2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 14 Mac 2025   
@ 15 Ramadan 1446H / 11:59 AM

19Khamis,Julai

Bisa kala jengking dijadikan ubat barah

Bahan kimia dalamnya bantu doktor bedah kesan sel kanser

LONDON: Sejenis bahan yang didapati dalam bisa kala jengking boleh dijadikan kunci kepada rawatan lebih berkesan bagi pelbagai jenis barah, kata penyelidik.

Laporan akhbar The Independent menyebut, bisa itu secara meluas dapat memperbaiki ketepatan pakar bedah apabila membuang tumor kerana ia bertindak umpama cat dalam membantu mengubah warna sel barah daripada tisu sihat.

Saintis mendapati, ‘chlorotoxin’, sejenis bahan kimia dalam bisa itu, akan melekat pada sel barah.

Ketepatan adalah penting dalam pembedahan membuang tumor, apabila sel barah boleh terlepas dan ditinggalkan. Ia terutama penting apabila berurusan dengan otak, yang menyaksikan 80 peratus barah kembali ke tempat dibedah dan tempat saraf sekitarnya tidak rosak.

Pada masa ini, pakar bedah menggunakan warna, tekstur dan bekalan darah untuk membezakan barah dari tisu sihat.

Cat menandakan adanya tumor dengan sekurang-kurangnya 500 kali lebih sensitif berbanding imbasan imej gema magnetik (MRI), yang cuma berfungsi jika lebih satu juta sel barah wujud.

Berlanjutan sehingga dua minggu, ia juga dapat mengatasi dengan lebih baik ejen bertentangan yang digunakan buat masa ini untuk menunjukkan barah, yang cuma bertahan beberapa minit.

Pasukan penyelidik dari Hospital Kanak-Kanak Seattle dan Pusat Penyelidikan Barah Fred Hutchinson di Washington, mendapati dalam ujian ke atas tikus bahawa mereka dapat mencerahkan tumor barah sekecil satu milimeter. Dalam satu kes lain, mereka mengesan 200 sel barah prostat yang berkeliaran menerusi sistem cecair haiwan itu.

Dr James Olson, yang mengetuai pasukan itu berkata: “Harapan terbesar saya ialah cat tumor akan dapat memperbaiki terapi barah. Dengan membolehkan kita melihat barah yang tidak dapat dikesan dengan cara lain, kami memberikan rawatan lebih baik kepada pesakit.”

Pakar pembedahan saraf paediatrik di Hospital Kanak-Kanak Seattle, Dr Richard Ellenbogen, menulis bersama kajian yang disiarkan dalam jurnal Cancer Research.

“Perkembangan ini mempunyai potensi untuk menyelamatkan nyawa dan menjadikan pembedahan semula tumor otak lebih selamat,” katanya. – Agensi

INFO: Kelebihan bisa kala jengking
  • Unsur ‘chlorotoxin’, bahan kimia dalam bisa itu boleh melekat pada sel barah.
  • Unsur kimia itu 500 kali lebih sensitif berbanding imbasan imej gema magnetik
  • Bisa dapat membantu sel barah dikesan dengan mengubah warnanya
  • Dijangka dapat digunakan dalam pembedahan 18 bulan lagi
try , Khamis, Julai 19, 2007 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog