2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 25 April 2025   
@ 27 Syawal 1446H / 9:33 AM

14Selasa,November
INILAH YANG TERJADI JIKA TIADA AKTA HALAL DI NEGARA KITA. TIADA SESIAPA NAK HORMAT PADA KITA.

Serbuan Setor "Coldroom" Di Subang
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mendapat aduan melalui sms mengatakan terdapat kontena dari Vietnam yang menghantar bekalan ayam dicampur dengan daging babi untuk pasaran Malaysia. Bekalan tersebut akan disimpan di setor simpanan sementara di kawasan Subang sebelum diagihkan kepada pengedar-pengedar. Kontena berukuran 40 kaki itu dipercayai tiba pada malam sabtu (28/10/06).
.
Pada 29/10/2006 jam 7.00 pagi di Subang Coldroom Lot 1 Jalan SS 13/1 Subang., kakitangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang diketuai oleh Setiausaha Kerja PPIM, Dato’ Nadzim Johan bersama beberapa pegawai dari pihak Kastam yang diketuai oleh En Bune dari Jabatan Penyiasatan Kastam dan turut menyertai adalah wartawan media seperti Kosmo, Utusan dan TV3 tiba di tempat yang dilaporkan.

Pihak Kastam mengarahkan pemilik setor membuka setor untuk tujuan siasatan. Apa yang memeranjatkan adalah setor yang dikatakan hanya menyimpan barangan/makanan halal dipenuhi dengan timbunan kotak yang mengandungi babi.

Dijangkakan lebih kurang 500 kotak tersusun dan setiap kotak tersebut mengandungi 12 ekor babi.

Daripada serbuan tersebut, pihak Kastam telah menyita kesemua daging babi tersebut dan mereka akan dikenakan kompaun.

Inilah permainan orang tak menghormati bangsa dan agama lain. Mengambil kesempatan di atas peluang yang diberi.

Mereka telah menyalahgunakan permit/ kelulusan yang diberi. Juga didapati bahawa kontena tersebut sebenarnya hanya mendapat kelulusan permit untuk membawa masuk ikan, ini bermaksud daging babi tersebut diseludup masuk secara haram.

Walaupun kita tak makan babi, tetapi kita perlu berhati-hati. Penyakit tidak mengenal mangsa, bangsa dan agama. Sekiranya babi-babi ini membawa wabak yang merbahaya seperti yang pernah berlaku sebelum ini, iaitu JE, jadi kita manusia pasti terkena tempiasnya.

Timbul kerisauan dan keraguan terhadap produk-produk yang diimpot. Adakah ia sepenuhnya Halal dan Selamat? Apakah jaminan kepada Umat Islam yang ia benar-benar halal bukan sahaja dari segi penyembelihan, malah cara pengedaran daripada pengeluar kepada pengguna akhir.


Kami di PPIM berasa amat marah kerana perbuatan ini seolah-olah menghina umat Islam. Kami mewakili suara pengguna lain amat menggesa supaya perkara ini disiasat dan diambil tindakan segera.


PETIKAN DARI AKHBAR UTUSAN 30 OKTOBER 2006

Kontena ikan campur daging babi disita
Oleh UMAVATHI RAMAYAH

SUBANG JAYA 29 Okt. – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) menyita sebuah kontena yang sarat berisi daging babi bercampur ikan di sebuah syarikat pembekal daging di Jalan SS13/1 di sini hari ini.

Jurucakap KDRM memberitahu, bekalan daging yang diletakkan dalam sebuah kontena sejuk beku itu disita dalam satu serbuan oleh lapan pegawai KDRM kira-kira pukul 8 pagi.

“Berdasarkan dokumen Ikrar Kastam, kontena itu sepatutnya hanya menyimpan bekalan ikan tetapi apabila diperiksa didapati bekalan daging babi beku juga dicampurkan dalam kontena itu,” katanya kepada pemberita.

Jurucakap itu berkata, dalam serbuan itu pihaknya telah memeriksa lapan kontena dan hanya sebuah kontena yang didapati menyimpan daging babi bercampur ikan manakala kontena selebihnya cuma menyimpan bekalan ikan.

“Kontena itu, bagaimanapun, disahkan hanya mempunyai permit untuk menyimpan ikan dan tiada permit untuk menyimpan daging babi,” katanya.

Menurutnya, pihak Kastam belum menahan pemilik syarikat tersebut.

Difahamkan, daging babi dan ikan itu disimpan dalam kontena itu untuk diedarkan ke beberapa restoran di kawasan berhampiran.

Menurut jurucakap itu, bekalan ikan tersebut diberi kelepasan untuk diedarkan kerana syarikat berkenaan mempunyai permit manakala daging babi itu mungkin akan dilupuskan.

Berikut ( dibawah ) adalah gambar ketika serbuan dilakukan oleh PPIM dan Pihak Kastam.


Firman Allah: "Sekali-Kali Tidak Akan Redha Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani Itu Sehingga Engkau Mengikut Cara Hidup Mereka." (Al Baqarah: 120)

Firman Allah : "Dan Janganlah Kamu Campur Adukkan Yang HAQ Itu Dengan Yang BATIL,
Dan Kamu Sembunyikan Yang Benar Itu Pula Padahal Kamu Semua Mengetahuinya." (Al-Baqarah : 42)
try , Selasa, November 14, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog