canna tropicana
Originally uploaded by omnia.
Keprihatinan pengguna Islam memilih barangan yang halal, bersih dan suci kini semakin terserlah. Sebab itu perkataan 'Halal', tidak kira bagaimana bentuknya (dalam jawi atau rumi), mempunyai tarikan terutama kepada pengguna-pengguna beragama Islam. Bagaimanapun, peniaga-peniaga bukan Islam nampaknya mendapat formula mudah untuk menarik pelanggan Islam, iaitu hanya dengan meletakkan tanda tersebut di premis mereka. Taktik tersebut ternyata berkesan. Kedai makan yang mempunyai tanda 'Ditanggung Halal', dikunjungi ramai oleh pembeli Islam. Tidak menghairankan sekiranya tanda halal tersebut ditampal dan dipamerkan di merata tempat, baik di restoran eksklusif, mahupun di warung yong-tau-fu atau gerai teh tarik di tepi jalan.
Persoalannya, benarkah Ditanggung Halal atau hanya 'digantung halal'. Seolah-olah siapa sahaja boleh menggantung perkataan halal. Adakah ini berpunca daripada sikap pengguna yang tidak prihatin dengan siapa yang 'menanggung' halal tersebut menyebabkan peniaga mengambil mudah menggunakan perkataan tersebut atau disebabkan kurangnya pemantauan dan penguatkuasaan tentang penggunaan perkataan Penggunaan tanda 'Halal' atau 'Ditanggung Halal' merupakan petunjuk keseluruhan hasil keluaran premis pembuatan, penyediaan dan penjualan adalah halal untuk orang Islam. Penggunaan petunjuk yang menandakan sesuatu hasil itu halal tertakluk di bawah Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasan Halal) 1975 dan Perintah Dagangan (Penanda Makanan), 1975.
Bagaimanapun seperti lain-lain perkara berkaitan dengan hal ehwal Islam yang sentiasa dikaitkan dengan ketidakseragaman, penganugerahan logo halal juga tidak terkecuali. Ini kerana selain logo halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam negeri-negeri juga berkuasa untuk mengeluarkan label halal untuk digunakan pada produk atau sesebuah premis. Pengagihan kuasa ini terkandung dalam persefahaman yang dicapai oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam negeri-negeri yang antara lain mensyaratkan hanya syarikat tempatan yang mengeluarkan produk untuk pasaran sesebuah negeri sahaja boleh mendapat pengesahan majlis agama Islam negeri berkenaan. Manakala logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM adalah di guna pakai untuk tujuan import dan eksport serta premis yang mempunyai rangkaian antara negeri-negeri lain di Malaysia. Ini adalah ketetapan bersama yang diputuskan dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan Agama Islam kali ke-50 pada 30 Jun 1998.
Selain kedua-dua logo itu, terdapat juga pengeluar produk makanan yang mengeluarkan logo halal mereka sendiri, tidak kurang juga restoran-restoran yang mempamerkan perkataan seperti Bismillah menandakan makanan yang mereka jual adalah halal. Pada masa yang sama ramai juga pasa raya besar meletakkan logo halal di bahagian jualan ayam dan daging. Memang tiada keraguan tentang logo tersebut kerana sijil perakuan dari pada pihak berkuasa disertakan. Namun, pasaraya tersebut juga menjual makanan dan daging yang tidak halal. Walaupun makanan yang tidak halal di letakkan di bahagian lain, tetapi tidak ada troli khas untuk barangan tidak halal. Betapa halnya jika daging tidak halal diletakkan di atas troli, dan tidak lama kemudian troli yang sama digunakan oleh pelanggan islam untuk meletakkan daging halal? Tidakkah ini juga termasuk dalam penyalahgunaan logo halal?
Sebenarnya peraturan penggunaan tanda halal memang telah lama diselaraskan di seluruh negara. Pusat Islam telah lama mengeluarkan garis panduan tentang penggunaan tanda tersebut sejak tahun 1982. Garis panduan ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pengguna berikutan sikap sesetengah peniaga yang meletakkan tanda ditanggung halal sesuka hati. Sesetengahnya meletakkan tanda tersebut tanpa mengetahui yang mana haram, yang mana halal.
Di bawah peraturan tersebut peniaga hanya boleh menggunakan tanda halal setelah mendapat sijil perakuan dari Pusat Islam. Sijil tersebut dikeluarkan setelah pemeriksaan dilakukan untuk mengesahkan kebersihan dan kesucian satu-satu produk atau makanan, iaitu dari segi proses penyediaan, bahan-bahan yang digunakan, pembungkusan, pengedaran dan sebagainya.
Walaupun sijil dikeluarkan, tidak ada logo halal yang diberikan kepada peniaga. Semua pihak boleh membuat tanda halal yang ditulis sendiri untuk digantung atau ditampal. Peniaga bukan Islam yang tidak boleh menulis jawi boleh mengupah orang lain menulis jawi untuk perkataan halal. Dari segi psikologi, halal dari tulisan jawi lebih meyakinkan dari ejaan rumi.
Oleh kerana tanda halal boleh ditulis sendiri dan digantung sesuka hati walaupun tanpa sijil perakuan, pihak berkuasa merasa perlu mengeluarkan satu tanda halal yang standard dan boleh digunakan secara menyeluruh. Mulai tahun 1994, logo halal standard telah pun dikeluarkan. Pengeluaran logo halal ini berserta dengan sijil perakuan, dibuat oleh Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri (BAHEIS) yang kini dikenali dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kelulusan sijil dan logo dilakukan secara lebih teliti dan ketat dengan kerjasama dan kepakaran daripada pusat-pusat pengajian tinggi. Ini adalah untuk memastikan makanan, minuman, ubat an, alat solek dan barang tertentu yang menggunakan logo halal, menepati tahap kebersihan dan kesucian seperti yang ditetapkan oleh Islam.
Pendek kata, produk yang menggunakan logo halal tersebut adalah seratus peratus halal. Sebenarnya, kaedah JAKIM meluluskan sijil perakuan halal diiktiraf di peringkat antarabangsa. The Codex Alimentarius Commission, satu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab menentukan piawaian untuk makanan halal dunia, mengakui Malaysia adalah contoh terbaik berhubung dengan kelulusan produk halal. Cara untuk mendapatkan sijil dan logo daripada JAKIM memang agak rumit dan memakan masa yang panjang, sesetengah kes sehingga dua tahun. Sebab itu, ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil jalan singkat dengan menciplak logo halal dan meletakkan pada premis atau produk mereka. Mereka menipu pengguna hanya untuk kepentingan perniagaan.
Tidak syak lagi sejak sekian lama, banyak penyalahgunaan logo tersebut telah dilakukan oleh pihak yang ingin mengambil kesempatan. Restoran yang menjual makanan tidak halal pun menggantung tanda halal. Dari semasa ke semasa kita membaca berita tentang sekian banyak kedai, gerai, warung-warung yang menyimpan dan memproses benda-benda najis juga meletakkan tanda halal. Malah kes terbaru di sebuah hotel empat bintang di Pulau Pinang yang memanggang babi di sebalik pengiktirafan halal yang diberi oleh Majlis Agama Islam Negeri sebenarnya bukanlah kes terpencil kerana sebelum ini ada restoran yang menjual arak juga berani meletakkan logo halal.
Jika semua pihak prihatin, tanda halal tentu tidak boleh diperleceh dan diperdagangkan. Pihak peniaga, tidak kira Islam atau bukan, mesti bertanggungjawab mematuhi peraturan kebersihan, sebelum dengan mudah meletakkan tanda halal. Halal-haram adalah persoalan agama, jadi hal ini mesti dihormati dan tidak boleh dise lewengkan hanya untuk tujuan komersial.
Dalam hal ini menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman, pengguna juga perlu lebih teliti dan tidak boleh dengan mudah mempercayai seratus peratus kebersihan dan kesucian makanan, minuman, dan sebagainya, hanya kerana ada logo halal. Sepatutnya mesti ada sedikit syak jika tanda tersebut dipamerkan di restoran yang menjual benda-benda najis, termasuk arak. Malah, tidak salah jika pengguna bertanya sama ada kedai atau restoran berkenaan mempunyai sijil perakuan halal.
"Jika pengguna betul-betul mengambil berat, logo halal sahaja tidak cukup meyakinkan mereka. Makanan halal adalah tuntutan agama. Dengan sedikit sahaja rasa syak, pengguna Islam sudah tidak boleh makan sebarang makanan yang dijual walaupun terpampang tanda halal. Tetapi, jika pengguna sendiri tidak pernah prihatin, pihak yang tidak bertanggungjawab akan mudah mengambil kesempatan," tegas beliau.
Selain peniaga dan pengguna, perkara yang lebih penting ialah penguat kuasaan peraturan atau undang-undang mengenai tanda halal. Malangnya, setakat ini belum ada akta yang benar-benar dapat menangani perkara ini. Sementara menunggu akta yang lebih berkesan, tindakan ke atas pihak yang menggunakan tanda halal boleh dilakukan di bawah beberapa peruntukan undang-undang yang sedia ada. Antaranya ialah Akta Perihal Perdagangan 1972 yang memperuntukkan hukuman bagi mereka yang menyalahgunakan tanda halal. Seksyen 3(1)(b) akta berkenaan memperuntukkan denda tidak melebihi RM 250,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Selain undang-undang dan akta, perkara yang lebih penting ialah sikap dan keprihatinan pengguna. Tegasnya, mereka yang inginkan jiwa dan hati yang benar-benar bersih sahaja yang akhirnya dapat mengatasi masalah ini.
"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "