2+4 hrs...Twogether Fourever

Jumaat : 18 April 2025   
@ 20 Syawal 1446H / 8:02 AM

1Sabtu,Julai

Ku Milikimu – Part 08/17

Saat aku letakkan jambangan bunga di hadapan Ain yang khusyuk menonton siaran tv, gadis itu terkejut sedikit. Dipandangnya bunga-bunga tersebut agak lama sebelum mendongak ke arahku. Seakan tahu apa yang dia fikirkan, aku terus membuka mulut."Dari seseorang untuk Ain"

"Siapa?"Aku tidak terus menjawab. Membiarkan dia memandangku dengan penuh perhatian.
"Siapa Qel?"Sekali lagi dia bertanya. Aku tersenyum, tapi rasa macam sumbing je senyuman aku tu.

"Emm... Faizal."

"Hah?"Dahi Ain berkerut. Dia memandang aku seperti tidak percaya.

"Faizal?"Kembali direnungnya bunga itu. "Kenapa dia bagi bunga ni?"

"Ntah!"Aku angkat bahu. Mengangkat kembali briefcase aku. "Kalau nak tahu apa sebab, Ain tanyalah sendiri empunya badan. Qel tolong sampaikan saja."

"Betul dari Faizal?"

"Kenapa?"

"Bukan dari Haiqel?"

Aku kerut dahi. Wajah Ain kurenung tunak. Bunga dari aku? Untuk Ain? "Maksud Ain?"

"Err..... kalau betul dari Faizal, tak apalah...."Dia mengalihkan pandangan.

"Kalau dari Qel?"Ain mendongak. Pandangan kami bersabung.

"Emm.... Ain cuma nak tahu saja...."

"Kalau dari Qel?"Sekali lagi aku bertanya. Ain kulihat serba salah. Dia melarikan pandangan.

"Kalau dari Qel....... pun Ain tak kisah...."Dia bersuara lambat-lambat." Tapi... rasanya itu tak mungkin....

"Tak mungkin untuk Ain terima?"Dia menggeleng. Memandang aku dengan pandangan
mengharap agar tidak ada lagi soalan-soalan lanjutan seperti itu.

"Tak mungkin..... tak mungkin untuk Qel berbuat demikian..." Aku tersengih. Akhirnya dia cuba untuk membalikkan persoalan itu kepadaku semula. Aku sudah dapat mengagaknya.

"Kenapa Ain begitu pasti?"

"Kenapa Qel tanya soalan-soalan macam ni?"Dia semakin rimas. Mungkin jengkel mendengar soalan-soalanku yang lebih bersifat memerangkap.

"Qel cuma ingin tahu, adakah Ain akan terima sekiranya bunga itu dari Qel..." Ain bangun, berdiri bertentangan denganku. Bunga ditangan digenggam erat.

"Tak ada sebab untuk Qel beri bunga atau apa-apa pada Ain.."

"Tak perlu ada sebab...."Aku tersenyum.".sebab yg paling mutlak.... Ain isteri Qel!"Ain sedikit terkejut.

"Oh ya?"Dia tersenyum."Isteri kontrak?"Aku terdiam.

"Tapi itu janji kita bukan?"Aku bersuara.

"Memang. Kerana kita terikat dengan janji. Jadi tak perlu Qel tanya soalan-soalan seperti ini."

"Tapi Qel berhak bukan?"Aku senyum kepadanya.

"Qel memang berhak. Tapi jangan katakan yang soalan-soalan seperti ini kerana Qel cemburu.."

"Cemburu?"Aku ketawa. Ternyata dia tidak senang dengan nada suaraku.

"Siapa kata Qel cemburu?" Aku mendekatkan wajahku. Ain semakin tidak selesa. Dikuaknya rambutnya berkali-kali.

"Tidak ada sebab untuk Qel cemburu....." Bisikku perlahan ke telinganya. Wajah Ain memerah. Langsung tidak dipandangnya aku. "Dan istilah itu tidak pernah wujud dalam hidup Qel."

Ain mendongak, menatap wajahku lama. Bagai mencari sesuatu, mungkin. Dia mengeluh tiba-tiba.

"Bagus!" Dia bersuara. "Dan Ain harap ia takkan wujud langsung sampai bila-bila..."Ain berpaling dariku. Dengan jambangan bunga erat di dada, dia melangkah meninggalkanku. Naik ke atas tanpa menoleh lagi.

Aku tersenyum nipis. Puas rasa hatiku bila melihat reaksinya begitu.Biar dia tahu hati aku. Tapi.... hati aku yang bagaimana. Benarkah perasaan cemburu itu tidak pernah tumbuh walau sekelumit pun? Atau aku telah berbohong. Berbohong pada Ain dan diriku sendiri. Cemburu? Adakah benar aku tidak cemburu langsung? Kalau benar, maka perasaan apa yang sedang bermain-main dalam diriku ini?

*******************************


Selesai menyiapkan lukisan illustratorku, aku masuk ke pantry sebentar untuk membancuh minuman. Hari ini agak dingin sedikit. Sedingin perasaan aku pagi itu. Mengenangkan emak yang masih belum pulang dari kampung, juga Ain yang aku temani pagi tadi.. Aku ingat lagi bila aku bawa Ain masuk ke pejabat tadi. Faizal orang pertama yang menyeringai gembira. Berubah air muka nya, terus jadi ceria. Malas aku nak mengadap lelaki itu, lalu aku bawa Ain menemui Dato' Rustam di biliknya Sebenarnya aku tidak berapa gemar dengan situasi tersebut. Tidak sepenuhnya ikhlas hati aku untuk membenarkan Ain bekerja di situ. Banyak kalutnya nanti.

Biarlah Ain kerja jauh dari sini. Walau perlu aku menghantar dan mengambilnya pulang setiap hari pun aku rela, daripada harus aku mengadap dia hari-hari di sini. Tapi aku tahu, keadaan ini sedikit sukar untuk dielak. Mak awal-awal lagi sudah mengingatkan aku agar membawa Ain ke temuduga tersebut. Mana mak tahu agaknya. Mungkin Ain yang bercerita. Malam tadi bila aku telefon mak pun, dia mengingatkan sekali lagi. Tak sempat lagi aku tanya pasal lembu-lembu Pak Long, mak dah sibuk menanyakan Ain.

Dan pagi itu pun aku sudah kalut. Bagaimana kalau Ain tidak mampu mempertahankan rahsia antara kami berdua. Berdepan dengan dia di rumah aku masih mampu ....... tapi di tempat kerja yang sama? Dengan situasi keadaan yang berbeza, dengan manusia-manusianya? Kalau boleh biarlah Ain gagal dalam temuduganya nanti. Biarlah. Aku tidak akan marah pada Dato' Rustam. Aku takkan kecil hati. Aku tak mahu dia diterima hanya kerana aku. Aku menghirup Nescafe panas, yang menjadi satu kemestianku setiap pagi.Aromanya sedikit menyegarkan. Selepas habis meneguk Nescafe, aku keluar semula menghampiri rakan-rakan sekerjaku yang lain. Farid yang berkaca mata, lulusan Universiti Teknologi Mara yang baru 3-4 bulan berkhidmat di situ, Mustaqim lelaki yang agak pendiam tetapi kerjanya memang bagus. Dan Faizal Arifin, bersebelahan dengan Mustaqim tetapi, tidak kelihatan di tempat duduknya. Aku panjangkan leher, menjengok ke arah Suzy yang tancap menghadap komputer.

"Suzy, you nampak Faizal tak? Dia ke mana? " Aku berdiri di sebelah partition. Suzy menoleh ke arahku sambil tersenyum

"I nampak dia ke bawah tadi.... jumpa Dato' kut.... you tak nampak ke staff baru yang gantikan Aileen nanti?"

"Dah confirm dapat ker?"Tanyaku

"Dapat rasanya.... itu pun Faizal yang bagitahu.. you tahu muka dia macam siapa?" Suzy angkat kening.

"Macam siapa?"

"Emmm.... macam Eja... dalam Roda Impian tu...."Dia tersengih.

"Patutlah I rasa macam familiar sangat.."

"You cakaplah siapa-siapa... I bukannya kenal sangat..."Aku angkat bahu.

"Tapi.... macam muka you pun ada..."Aku tersenyum nipis, menggeleng kepala.

"Iyer ke.... you tahu dia tu siapa?"

"Siapa?" Suzy terdongak.

"Dia sepupu I" balasku perlahan. Suzy membeliakkan biji mata. Agak terkejut. Gelihati aku melihat reaksinya.

"No wonder la...."Dia berbisik."Dato tahu ke dia sepupu you?"

Aku mengangguk tanpa memandang Suzy sebaliknya mataku liar melihat arah pintu, kalau-kalau kelibat Dato kelihatan.

"I turun bawah kejap..." Aku mula melangkah meninggalkan Suzy. Jam ditangan kulirik sekilas. Setengah jam berlalu, aku rasa urusan temuduga itu telah selesai. Mungkin Ain ada di bawah, di bahagian receptionist. Aku menemukan Tipah, penyambut tetamu yang sudah lanjut usia itu. Dia tersenyum memandangku.

"Hai.. Qel... you cari cousin you tu ker?"Tipah menjeling. Aku pandang wajahnya yang agak tebal dengan make-up itu.

"You ada nampak?" Balasku.

"Emm... dengan Dato tadi.... kat akaun dept. Dato' nak kenal2kan dengan staff sana.. agaknya"

Aku pandang bahagian akaun yang dipisahkan dengan pintu cermin. Ah... biarlah. Sekejap lagi pasti Dato akan bawa Ain ke atas untuk diperkenalkan dengan semua staff. Dan mungkin dia akan masuk ke bilikku. Aku kembali ke tingkat atas yang menempatkan bahagian engineering dan pengkomputeran. Masing-masing sedang menumpukan perhatian pada skrin monitor. Kelibat Faizal masih belum kelihatan. Aku mengambil keputusan untuk masuk ke bilikku semula.

Sambil menumpukan perhatian pada skrin monitor, sesekali mataku melirik ke luar. Dari celah bingkai kaca di sebelah pintu, aku masih dapat melihat gerak-geri staff diluar. Dan kalau ada siapa-siapa yang melintas atau menghampiri billikku juga dapat dikenal pasti. Interkom tiba-tiba berbunyi, dah suara Tipah kedengaran, serak-serak basah.

"Haiqel, bos panggil you turun.."

"Emm... ok " Aku bergegas bangun. Lima minit kemudian aku telah berada di bawah. Ain kelihatan duduk di bangku yang disediakan disitu. Dia tersenyum padaku dan tanpa kusedar senyumannya kubalas

"Ain nak balik" Dia bangun, merapatiku.

"Sekarang?" Dia mengangguk. Aku toleh sebentar ke pintu bila Dato' kelihatan beriringan dengan Faizal.

"Ha, Qel.... cousin you boleh start kerja next week. Since Aileen will be here until this Friday so saya fikir it's better if she come on Monday" Dato berdiri di sebelahku.

"Dato confirm ke?"Aku bersuara perlahan.

"Apa yang tak confirm?"

"Saya tak kisah kalau Dato reject pun... saya tak nak Dato' terima disebabkan saya.."Dato Rustam ketawa.

"Kenapa cakap macam tu. Ain is ok. She's qualified. She has 3 years experience in this field. So saya ambil dia base on her qualification."Dato tepuk bahuku. "Tapi satu saja yang you tak inform saya."

Mataku membesar. Terkejut.

"She's not a fresh graduate, right?" Dato berbisik ke telingaku. Zupp! aku rasa rona merah meruap naik ke muka serta merta.

"She is STP holder, but it was 4 years ago. Kenapa you sembunyikan?"

"Emm.. actually Ain baru datang dari.. kampung Dato. And now she is staying with me.. err. I means.. with me and my mum." Aku perlahankan suaraku agar tidak didengar.

"Emm..... dia belum kahwin bukan?" Sekali lagi aku terkejut. Dadaku mula berdegup kencang. Adakah Dato sudah tahu status Ain? Sekaligus status aku? Tanpaku sedar kepalaku mengangguk.

"OK, Isnin ni boleh start kerja. She will be under Mr. Wai." Dato berpaling kepada Faizal. Aku menarik nafas lega.

"So Ain nak balik sekarang ke?" Faizal bersuara tiba-tiba.

"You nak hantar Ain ke Qel? Atau Ain boleh pulang sendiri."Dato pandang Ain. "Pukul 10.30 nanti kita ada meeting, you jangan lupa. " Aku kerling jam di tangan.

"Err... saya rasa biar saya hantar saja, Dato. Saya pun nak keluar ke Maju Tech ni... boleh saya drop by Ain kat PJ nanti..." Faizal mencelah. sambil tersengih. Aku rasa mamat ni dah lebih-lebih. Belum apa-apa dia dah potong jalan.

"You macamana Haiqel? You nak hantar Ain pun tak sempat ni. Kalau you tak kisah Faizal boleh tumpangkan. Saya suruh dia jumpa En Lokman dari Maju Tech tu." Dato pandang aku. Aku gigit bibir sampai terasa sakit. Wajah Faizal aku renung. Ah.. lelaki ini bukan boleh dipercaya sangat. Sambil menyelam minum air ni. Aku tahu benar.

"So?" Aku sedikit tergegau. Wajah Ain ku pandang sekilas. Dia juga sedikit gelisah.

"Emm... oklah...."Aku sedikit mengeluh lalu merapati Ain. "Ain balik dengan Faizal ye. "Kunci rumah ku serahkan. Gadis itu menunduk. Mengucapkan terima kasih kepada Dato sebelum membuka pintu cermin. Faizal di belakang menuruti. Aku tahu hati lelaki itu. Pasti dia teruja dengan perkembangan ini.Nampaknya dia sungguh-sungguh hendak menakluki Ain.

Kenapa dia tiba-tiba bertindak drastik begitu. Tidak cukupkah gadis-gadis di bandar ini yang boleh dia miliki. Kenapa mesti Ain juga yang dihimpit. Bukankah Ain umpama bunga terlarang. Bukan saja terlarang kerana dia bunga desa yang belum pernah terdedah dengan udara kota, tetapi juga terlarang kerana dia..... isteriku!

***********************************


Dua minggu sudah Ain bekerja satu tempat denganku. Dia dibahagian akaun di tingkat bawah manakala aku pula di tingkat atas. Amat jarang sekali aku terserempak dengannya ketika waktu bekerja. Kerana aku tidak ada keperluan untuk ke bahagiannya manakala dia pula memang tidak pernah menjengah ke bilikku. Cuma waktu pagi, aku datang bersamanya, dan petang juga pulang bersama. Kadang-kadang kalau aku perlu outing, aku akan minta Suzy tumpangkan Ain kerana kebetulan jalan yang dilalui adalah sama. Pernah juga Ain bercadang untuk menaiki bas awam, kerana tidak mahu selalu menyusahkan Suzy tetapi tidak aku benarkan sama sekali. Sesekali tidak! Aku tahu Ain tidak berapa mahir dengan jalan-jalan di KL ini. Aku tidak mahu tanggung risiko apa-apa kemungkinan.

Mak sudah pulang dari kampung. Mengkhabarkan kesihatan Pak Long yang sudah beransur pulih. Sudah boleh tengok lembu-lembunya di kebun kelapa sawit. Sudah boleh berkebun dan meracun rumput. Ain orang paling ceria mendengar Khabar itu. Malam itu bila mak balik, Ain sengaja masak banyak-banyak. Gembira betul orang tua itu dilayan menantu. Tak putus-putus dipujinya masakan yang aku akui memang menepati seleraku. Tetapi aku diamkan saja. Pujian hanya dalam hati, tak terluah dengan kata-kata.

Satu lagi yang benar-benar menggembirakan mak, Ain sudah mula bekerja. Satu tempat kerja dengan aku pula tu. Tentulah lega hati orang tua itu. Suami isteri berkerja di satu tempat. Ah.. kelako... Aku tidak pernah membayangkan semua ini. Kalau betul-betul aku terima dia sebagai isteri pun, tak semestinya dia harus berkerja sama tempat denganku. Janggal. Janggal kerana aku harus mengadapnya setiap hari, dan juga harus berinteraksi dengannya dengan nada berbeza. Tapi dalam hal ini aku masih bernasib baik kerana hingga ke hari ini aku masih belum pernah keluar berdua-dua dengan Ain. Belum pernah makan bersama. Kalau bukan atas nama suami isteri pun, sebagai seorang sepupu pun belum pernah. Malah hingga saat ini comfoter lusuh itulah penemanku setiap hari. Untuk malam hangat atau dingin.

Tapi entah kenapa hari ini tiba-tiba aku teringin untuk makan bersama Ain. Mungkin tidak menjadi apa-apa kalau kami keluar berdua pun. Bukankah masih sepupu? Atau tidak layak lagi disebut sepupu setelah ikatan bertukar menjadi suami isteri?

"Tipah, kalau you nampak Ain.... suruh dia tunggu I kejap.."Aku bersuara melalui interkom. Suara Tipah yang serak-serak basah itu kedengaran perlahan.

"Tak silap I Ain dah keluar la Qel.."

"Cepatnya? Dia dengan Suzy ke?"

"Emm.... tak... Suzy keluar dengan tunang dia tadi.."Tipah terhenti."I nampak dia dengan Faizal. Maybe dia keluar dengan Faizal...

"Apa?"Aku tersentak. Jantung serta merta berdegup pantas. "Dah lama ker?"

"Emm.... dalam 15 minit tadi. Kenapa Qel? Kalau ada hal penting you call la Faizal.."

"Err... takperlah.... saya ingat Ain makan dengan Suzy. Ok lah... thanks..."

Aku bergegas bangun. Mencapai telefon bimbit lalu mematikan skrin komputer. Aku kerling sekilas organizer atas meja, mempastikan petang ini kalau-kalau aku ada appointment dengan mana-mana syarikat. Tak ada. Aku menarik nafas lega. Masuk lambat pun tak apa. Dato Rustam pun sudah 2 hari ke Singapore. Esok baru balik agaknya. Ahh... tak balik ofis terus petang ni pun tak apa! Aku capai kunci kereta. Pejabat yang lengang itu ku tinggalkan. Masing-masing mungkin sedang mengisi perut. Sampai di bawah, Tipah pun tidak kelihatan. Aku tahu biasanya tengahari macam ni anak dara tua itu selalu lepak di bilik solat. Tidur.

Memang benar kereta Faizal tidak kelihatan di tempat biasa. Biasanya dia akan makan di restoran di seberang sana. Kalau berjalan kaki tak sampai lima minit. Kalau teringin nak makan yang sedap-sedap barulah keluar ke bandar. Tapi hari ini awal-awal lagi dia sudah keluar. Kemana dia? Makan di mana? Dengan siapa? Takkan dengan Ain? Sudikah Ain? Tiap-tiap digoda Faizal, cairkah hati gadis itu. Tersentuhkah jiwa perempuannya. Aku tahu. Tahu amat. Bukan sekali dua aku lihat Faizal menghampiri Ain. Bukan sekali dua juga dia kenen-kenen dengan aku untuk menumpangkan Ain . Tapi aku menggeleng. Sesekali aku takkan benarkan. Aku sanggup ambil dan hantar Ain setiap hari. Kalau out-station, awal-awal aku sudah ingatkan Suzy supaya tumpangkan Ain. Walau berkali-kali gadis itu menolak huluran duitku, tapi aku paksa juga. Boleh cover duit minyak... pujukku. Dan Suzy tidak mampu menolak. Aku takkan benarkan Faizal mengambil kesempatan. Aku tahu lelaki itu. Langkah panjang. Kemana-mana agaknya nanti dibawanya Ain. Biasalah lelaki. Nak mengayat.

Aku menghidupkan enjin lalu mengundurkan kereta. Melihat sekilas cermin Pandang belakang. Ada sebuah kereta di belakang sana. Faizal! Hatiku berdetak. Aku keluar semula dari kereta. Faizal tersenyum bila terlihatku.

"Kau nak kemana, nak pergi makan ker?"Tanya Faizal sebaik cermin tingkap diturunkan. Aku menjeling ke sebelah. Tiada pula kelibat Ain.

"Kau ke mana?"Tanyaku pantas. "Ain mana?"

"Aku pergi bank kejap tadi. Ni nak pergi makan pulak. Kau nak ikut sekali tak?"Wajah Faizal berkerut.

"Kau sorang?"Aku masih tidak berpuas hati.

"Aku sorang la... abis Ain jual mahal.."Dia tersengih. Anak matanya tidak terlihat dek ray-ban yang dipakainya.

"Aku ingat kau keluar dengan Ain...."Suaraku mengendur. Kalau dengan Suzy bukan, dengan Faizal pun bukan.... kemana Ain?

"Aku keluar awal tadi. Masuk duit untuk mak aku. Kau nak ikut aku tak?"

"Emm.... tak payahlah. Aku tapau kat kedai je ..." Balasku. Hati aku betul-betul tidak sedap. Punah hasrat nak makan dengan Ain. Ahh.... makan kat rumah je la malam ni.

Faizal berlalu meninggalkanku. Aku bercadang untuk ke restoran seberang saja untuk tapau nasi. Makan saja di pantry. Minuman boleh buat sendiri. Jimat sikit duit aku nanti. Tiba di restoran, aku terlihat Mustaqim dan Farid. Mereka hampir selesai makan. Aku memberi isyarat untuk masuk ke ofis dulu Sementara mereka sedang berasap.( merokok ). Sampai di ofis, Tipah masih belum kelihatan. Membuta lagi ker? Mentang-mentang bos tak ada. Masing-masing buat peel. Ofis kena rompak pun tak siapa peduli.

Aku masuk ke pantry untuk memanaskan air dalam heater. Sementara menunggu, aku kembali semula ke bilikku. Menarik laci lalu mengeluarkan sesuatu. Photo Serina! Sampai sekarang aku belum lagi menerima panggilan darinya. Sudah tiga minggu. Sampai hati Serina. Lupa teruskah dia padaku? Sebelum bertolak dulu, mati-mati dia berjanji akan menelefonku. Tapi hingga kini, jangankan telefon, SMS pun belum pernah. Hinggakan rasanya aku hampir terlupa pada wajahnya. Setiap hari pandang Ain, wajah itu pula yang selalu terbayang-bayang di ruang mata.

Aku letakkan kembali photo Serina atas meja. Kerana Ain sudah pasti tidak akan menjengah ke bilik ini, biarlah photo itu terus kekal di situ. Sekurang-kurangnya dengan memandang wajah itu, akan melegakan sedikit perasaan aku setiap kali memikirkan Ain. Entahlah, sejak akhir-akhir ini kerap benar aku terfikirkannya.

Aku berdiri di tepi tingkap, melihat ke bawah sebentar, ke deretan kereta-kereta. Sebuah kereta berhenti di situ. Kereta Wira warna silver.Bukan kereta Faizal, aku yakin. Kelibat seorang wanita keluar. Baju kurung sutera merah jambu... tudung juga merah jambu.... Aku tergegau. Ain? Pintu pemandu pula dibuka. Seorang lelaki, berkemeja, bertali leher keluar dalam keadaan tergesa- gesa. Dari atas, wajahnya tidak jelas kelihatan. Tapi aku yakin, lelaki itu tidak pernah aku kenali. Siapa? Aku kuak penghadang cahaya luas-luas. Aku lihat lelaki itu menghampiri Ain. Bercakap sesuatu sebelum Ain perlahan-lahan beredar. Aku rasa macam nak terjun saja dari tingkap dan dengar apa yang mereka bualkan.

Aku berpaling. Dada mula berdegup kencang. Siapa? Siapa lelaki itu? Kawan Ain? Ain ada kawan lelaki, tetapi siapa? Ain tak pernah bagitahu pun. Ahh... takkan dia nak bagitahu aku. Nanti dia kata aku busybody pula. Bukankah kami sama-sama telah berjanji. Jangan masuk campur hal masing-masing. Tapi yang ini...... takkan aku nak diamkan. Ain keluar dengan lelaki lain. Gila! takkkan aku nak tengok saja. Suami apa aku ini?..... Tapi, pernahkah Ain menganggap aku ini suaminya. Bukankah aku suami kontrak. Dan dia juga isteri kontrak. Kalau aku boleh keluar dengan Serena, kenapa dia tidak boleh keluar dengan lelaki lain.

Tapi.... dia isteriku...... ahhhhh.... kenapa macam ni? Kenapa aku tiba-tiba jadi cemburu.

Ain Fathihah..... aku cemburu!

bersambung....

try , Sabtu, Julai 01, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog