/

Kami datang bukan kejar hiburan – Pelancong


Oleh NURUL HUDA HASSAN

PULAU PINANG 9 Julai - Keindahan alam semula jadi serta keunikan Malaysia menjadi faktor utama tarikan pelancong asing ke negara ini dan bukan mengejar hiburan semata-mata.

Rata-rata beberapa pelancong asing yang ditemui mengakui sekiranya faktor hiburan menjadi tarikan utama, lebih baik mereka berkunjung ke tempat lain yang mempunyai tarikan itu dan bukannya Malaysia.

Malahan, ada antara mereka tidak mengambil kira sama ada operasi pusat-pusat hiburan ditutup lebih awal atau dilanjutkan sehingga pukul 5 pagi seperti yang dicadangkan Kementerian Pelancongan kerana kunjungan mereka ke Malaysia bukan untuk berhibur tetapi lebih kepada menikmati keindahan negeri ini.

Seorang pelancong dari Jerman, Laura Fritzsche, 21, berkata, keindahan Malaysia seperti yang disebarkan rakan-rakannya serta melalui Internet, menjadi tarikan utama dia memilih melawat negara ini.

Selain itu, menurutnya, keunikan serta kepelbagaian kaum di negara ini, harga barangan yang murah dan pilihan makanan yang pelbagai menjadi agenda utamanya memilih untuk menghabiskan masa cuti selama tiga minggu di Malaysia.

‘‘Saya tidak peduli sama ada waktu operasi pusat hiburan dilanjutkan sehingga pukul 5 pagi atau tidak, kerana yang lebih penting adalah untuk menikmati keindahan serta pelbagai aktiviti yang ditawarkan di sini.

‘‘Siapa yang tidak mahukan hiburan, tetapi aktiviti seperti itu boleh dapat di mana-mana sahaja malah di negeri saya sendiri.

‘‘Jadi saya ke sini adalah untuk menikmati pelbagai perkara serta melakukan aktiviti yang tidak terdapat di negara saya,” katanya ketika ditemui di Batu Feringghi di sini hari ini.

Pendapat itu disokong rakannya, Henny Schneider, 21, yang turut tidak mengambil pusing mengenai waktu operasi pusat hiburan di Malaysia.

Jelasnya, hiburan boleh dinikmati di mana-mana sahaja tetapi apa yang ada di Malaysia tidak dapat dinikmati di tempat lain dan sebaliknya.

‘‘Jadi saya tidak peduli sama sekali sama ada operasi pusat hiburan di sini dilanjutkan atau tidak.

‘‘Saya datang ke sini bukan untuk berhibur di tempat-tempat seperti itu kerana aktiviti seperti itu boleh dilakukan di mana-mana sahaja, malah di tempat saya pun boleh,” ujarnya.

Muka depan Mingguan Malaysia hari ini memetik kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom yang tidak bersetuju dengan cadangan melanjutkan tempoh operasi pusat-pusat hiburan di negara ini kerana ia boleh mengundang wujudnya lebih banyak masalah sosial termasuk penyalahgunaan najis dadah.

Pada masa yang sama Mohd. Johari meminta mana-mana pihak termasuk Kementerian Pelancongan tidak hanya memikirkan soal ekonomi semata-mata sehingga mengabaikan aspek keselamatan negara.

Beliau memberikan alasan pusat hiburan bukannya satu tarikan pelancongan yang besar kerana negara-negara lain termasuk Thailand yang bergantung sepenuhnya kepada industri pelancongan juga tidak membenarkan pusat hiburan mereka beroperasi sehingga dinihari.

Sebelum ini Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mencadangkan agar waktu operasi pusat membeli-belah, pusat hiburan serta restoran di seluruh negara dilanjutkan sehingga pukul 5 pagi untuk meningkatkan kedatangan pelancong asing.

Sementara itu, pelancong dari Britain, Ashley Leonard, 46 berkata, keramahan rakyat serta keindahan alam semula jadi di Malaysia membuatkannya memilih untuk menghabiskan percutiannya di sini dan bukan berhibur sehingga awal pagi.

‘‘Banyak lagi perkara yang dapat ditawarkan serta dilakukan di negeri ini selain daripada berhibur.

‘‘Membeli-belah atau berjalan-jalan di tepi pantai juga merupakan satu hiburan dan tidak semestinya ke pub atau disko sahaja,” jelas suri rumah itu.

Bagaimanapun dua remaja dari Belfast, Ireland, mengalu-alukan cadangan melanjutkan operasi pusat hiburan sehingga pukul 5 pagi.

Helen McCorrel, 19, dan Clove Lee, 18, berkata, antara tujuan mereka ke sini ialah kerana kemeriahan pusat-pusat hiburan dengan kadar yang murah.

‘‘Ini bukan kali pertama tetapi kali kelima ke sini. Hiburan yang ditawarkan di negeri ini memang menyeronokkan tetapi malangnya ia ditutup awal dan keseronokan itu dapat dinikmati sekejap sahaja selepas itu tidak tahu hendak ke mana.

‘‘Sudah tentu cadangan itu menggembirakan kami jika ia betul akan dilaksanakan. Kami tidak perlu susah-susah untuk berfikir tempat untuk berhibur selepas pukul 1 pagi,” ujarnya.

Bagaimanapun, kedua-duanya bersetuju mereka ke Malaysia bukan semata-mata disebabkan faktor hiburan.

Sebaliknya terdapat pelbagai tarikan lain terutama keindahan alam semula jadi seperti pantai dan hutan di Malaysia.

Petikan dari Utusan Online
try , Isnin, Julai 10, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog