2+4 hrs...Twogether Fourever

Ahad : 27 April 2025   
@ 29 Syawal 1446H / 2:36 PM

2Khamis,Februari

Sesuci Hati Isteriku [ Episod 8/20]

~Susah sedikit tidak mengapa Bulan impian jatuh ke riba~


Segalanya bagaikan mimpi. Sehingga kini Riana tidak dapat mempercayai yang dirinya kini sudah bertunang dengan Remie. Mereka bertunang tidak lama, hanya dua bulan. Itu pun kalau mengikut Remie tidak mahu bertunang, tetapi keluarganya yang beria-ria mahu mengikut adat.

Remie anak sulung, tidak hairanlah mama dan papanya begitu teruja mahu menyambut menantu. Awal-awal lagi Zaharah menawarkan diri untuk menaja pakaian perkahwinan mereka. Mulanya Riana terlalu segan tetapi bersungguh-sungguh pula bakal ibu mertuanya itu, terpaksalah Riana bersetuju. Lagi pun dia boleh juga menjimatkan kos. Nampaknya mama Remie itu sangat baik dan ramah orangnya, tidak seperti anaknya yang jarang-jarang mahu bergurau itu. Jangankan bergurau, bercakap pun dia tidak sudi kalau tidak kena dengan anginnya. Pada pertemuan yang pertama lagi Riana sudah jatuh hati pada sikap mesra Zaharah, begitu juga kedua-dua adik kembar Remie yang sangat gembira mendapat kakak ipar. Belum apa-apa lagi mereka sudah berpesan supaya Riana melahirkan ramai anak saudara untuk mereka. Riana hanya tersenyum. Tuhanlah yang tahu betapa berdebar-debarnya dia menghadapi keadaan baru ini.

Kelam kabut juga Riana menguruskan hal-hal berkaitan perkahwinan. Masa persiapan hanya dua bulan. Mujurlah kakak dan abang ipar yang tinggal di kampung bersetuju untuk menguruskan hal-hal menjemput orang kampung dan kenduri-kendara.

Dia cuma mengeluarkan sedikit perbelanjaan. Emak dan ayah bermurah hati menanggung sebahagian perbelanjaan kenduri. Abang-abang Riana pun sudi menghulur serba-sedikit.

Duit simpanannya yang sebahagian lagi bolehlah digunakan untuk membeli barang hantaran, kad jemputan dan hadiah untuk tetamu. Kenduri di kampung ini memang dia berniat untuk mengadakannya secara besar-besaran. Itu memang impiannya sejak dulu. Riana mahu majlisnya dihadiri semua sanak saudara jauh dan dekat, semua orang-orang kampung dan semua kawan-kawannya sejak di sekolah asrama sehingga ke kawan-kawan di universiti dan di pejabat.

Riana tahu emaknya sudah cukup berkenan dengan Remie. Ternyata Remie tahu bersopan di hadapan orang tua. Berlakon pun pandai. Asal masuk waktu sembahyang Remie akan segera bersuci dan mencari sejadah. Riana senyum saja. Kalau di rumah sendiri, bukan main liat lagi soal sembahyang. Kerana kepandaiannya berlakon itu juga memikat hati ayah Riana. Kalau liat bersembahyang, tentu awal-awal lagi ditolak.

Terharu sungguh Fira bila diberitakan kepadanya Remie setuju berkahwin. Dia bersyukur sungguh dan berjanji akan hadir ke majlis Riana. Nampaknya Riana yang akan kahwin dulu walaupun Fira bertunang lebih dulu. Inilah yang dikatakan jodoh.
Irfan juga begitu. Terharu dan gembira sekali menerima berita itu lewat panggilan telefon.

"Itu semua berkat daripada saya. Kan sebelum itu awak jumpa saya di PD, hah itulah berkatnya." Gurau Irfan. Riana cuma ketawa.

Dalam keghairahannya mengurus hal perkahwinan Riana agak terkilan dengan Remie. Sikapnya acuh tak acuh saja. Semua hal berkaitan perkahwinan diuruskan sendiri daripada menempah kad jemputan sehingga ke mengedar kad termasuk kepada kawan-kawan Remie sendiri. Dia cuma memberi senarai nama dan alamat.

Soal pakaian untuk akad nikah dan majlis bertandang diserahkan bulat-bulat kepada mamanya. Bila diajak berbincang, Remie menyerahkan segala-galanya kepada Riana. Dia seolah-olah tidak bersemangat langsung untuk berkahwin.

"Saya sibuklah. Nak kahwin kena pakai banyak duit kan. Saya tengah cari duitlah ni. Lagi pun saya tak reti hal-hal hantaran semua ni." Begitu kata Remie.

Cari duit ? Lupakah Remie dia pernah memberitahu Riana yang mama dan papanya sudi menyumbang separuh daripada duit hantaran yang berjumlah tujuh ribu ringgit itu ?

Sudahnya Riana sendiri yang pening kepala merujuk ke sana sini. Laman web, majalah pengantin, majalah kewanitaan, kawan-kawan habis semuanya dirujuk Riana sebagai persediaan perkahwinan.

Tambahan pula masa yang ada cuma dua bulan. Remie juga yang menetapkan tempoh itu. Bagi Riana pula tidak kisah masa persediaan singkat asalkan Remie mahu berkahwin, dia pun sudah tidak sanggup lagi menjadi isteri tidak rasmi kepada Remie. Dia mahu menjadi isteri yang rasmi, yang sah digauli agar hidupnya lebih tenteram kelak.

Dan Riana nekad selepas perkahwinan ini dia akan berubah. Dia mahu lebih dekat kepada Tuhan. Dosa-dosa yang lalu akan ditebus dengan sesungguh hati. Bukan kepalang banyaknya dosa Riana kepada Tuhan Maha Pencipta. Dan kepada rumahtangga yang dibina, Riana ingin mengabdikan diri sesungguhnya. Alam ini akan menyaksikan kesetiaan Riana yang tidak berbelah bagi. Kepada Remielah dia akan setia sehingga ke akhir hayat.

******************************************


"Yeay....kahwin jugak member aku."kata Mimi sambil menepuk bahu Riana. Riana berkerut kening.

"Kau nih....cakap macam tu. Malulah aku...."

Mimi dan yang lain-lain ketawa. Bahagia sungguh Riana dikelilingi kawan-kawan rapat di hari perkahwinan. Kawan-kawan rapat sejak dari zaman sekolah sehingga ke zaman universiti.

Riana amat-amat berterima kasih. Tak sangka mereka sudi datang walau pun kampungnya agak jauh dari Kuala Lumpur. Mereka telah menyempurnakan impiannya. Saudara-mara pun ramai yang datang memeriahkan majlis.

Melihatkan majlisnya yang sesak, Riana jadi sebak. Segala rintangan telah berakhir hari ini. Dia telah pun sah menjadi isteri Remie. Rasa seperti bermimpi. Tadi sewaktu majlis akad nikah, airmatanya menitis tanda kesyukuran. Di sisinya Fira menemani sambil setia menggenggam jemarinya. Fira seorang sahabat yang setia. Dia yang tak pernah gagal berkongsi perasaan bersama Riana sejak mereka ditakdirkan berkenalan di UPM dulu.

"Tahniah Yana....." Ucap Fira sebak sebaik saja selesai akad nikah. Dia menolong mengelap air mata di wajah Riana.

"Syyy…jangan nangis banyak sangat nanti rosak mekap."

Riana cuma mampu senyum dalam tangisan. Hari ini hari impiannya tercapai. Remie yang dicintai sudah sah dimiliki jadi bagaimana dia tidak sebak. Hatinya berkali-kali mengucapkan syukur.

"Semoga kau bahagia sahabatku. Buang semua kisah-kisah lama dan sekarang mulakan hidup baru. Jaga Remie elok-elok tau !" Pesan Fira.

"Yalah. Kau pun selamat berbahagia. Tak lama lagi nak kahwin, ha…jaga Wan Fariz betul-betul." Mereka ketawa.

Kesetiaan persahabatan Fira nampak jelas. Dia sudi menemani Riana sehingga ke petang dan banyak memberi nasihat itu dan ini. Dia juga turut berkongsi perasaan yang sama dengan Riana, terharu dan bersyukur tak terhingga dengan pernikahan ini. Setelah petang barulah dia bertolak balik bersama Irfan yang tiba bersama isterinya waktu tengahari.

Riana, tidak seperti pengantin baru yang lain tidaklah begitu gementar menunggu malam pertama dalam kehidupan berumahtangga. Tiada rahsia bagi Riana. Selama ini pun dia sudah biasa menjadi isteri Remie. Isteri yang tidak sah.

Cuma dadanya berdebar bila memikirkan keadaan yang akan mereka tempuhi malam ini. Keadaan mereka sebelum dan selepas bernikah adalah berbeza. Kalau pun Remie ingin melaksanakan tanggungjawabnya di malam pertama itu, Riana dapat membayangkan keadaan itu berbeza daripada pengalaman yang sebelumnya.

Dan Riana berpendapat malam ini adalah lebih baik. Tentu saja lebih baik kerana pergaulan mereka pada malam ini diredhai Allah bukan dilaknati seperti yang sebelum ini. Selebihnya Riana rasa gembira kerana malam ini dia akan menghadapi seorang suami, bukan seorang kekasih. Di sudut hati Riana tidak sabar menunggu peluang berduaan dengan suaminya.

Sepanjang hari ini dia tidak puas menjeling ke arah Remie yang kelihatan begitu segak dengan baju melayu hijau muda yang ditaja butik mamanya sendiri. Konsep warna hijau muda ini dipilih oleh Zaharah dan mujurnya tidak ada bantahan dari sesiapa. Riana pun bersetuju saja. Mana tidaknya, kebaya pendek dari kain satin itu begitu cocok dengan tubuh dan kulitnya. Potongannya sangat kemas dan padan sekali dengan susuk tubuh Riana yang kecil molek. Ternyata ibu mertuanya begitu bijak memilih warna yang sesuai untuk hari penting anak terunanya itu.

"Yana, apa terhegeh-hegeh lagi ni...dah malam, cepat pergi siapkan bilik sana." Tegur emak apabila dilihatnya Riana masih berlengah-lengah di dapur.

Riana tersengih. Dia tahu maksud emaknya. Bilik pengantin itu memang sudah kemas, tiada apa yang nak dikemaskan lagi. Sudah jam sepuluh, mungkin sudah masanya dia masuk ke bilik. Tadi dia segan hendak memerap di bilik, ramai saudara-mara yang bermalam di rumah itu. Risau pula kalau dikata dia tak sabar menunggu malam.

Riana masuk ke bilik dengan senyap-senyap. Kotak-kotak hadiah memenuhi penjuru bilik. Dia pun tidak menyangka akan menerima hadiah sebanyak ini. Kawan-kawan Remie pun ramai yang datang, masing-masing membawa hadiah.

Riana menukar pakaian dengan sehelai baju kelawar. Tidak perlu dia menyediakan baju tidur yang seksi untuk malam ini, dia tidak perlu bersusah payah menggoda Remie.

Sambil menunggu Remie masuk dia duduk di depan almari solek sambil memerhatikan wajahnya di cermin. Keningnya yang lebat telah dipantis oleh mak andam sehingga tinggal nipis sebaris. Riana berharap keningnya akan tumbuh lagi selepas ini.

Cantik juga wajahnya selepas disolek siang tadi. Semua orang memuji-muji akan seri di wajahnya, kecuali Remie. Ah, Remie memang tidak suka memuji perempuan. Dia memang pantang lelaki memuja wanita berlebihan.

Kalau menonton drama melayu di televisyen, mulutnya bising mengutuk lelaki yang bersedih-sedih kerana perempuan. Suaminya itu memang tinggi egonya.

Riana menjeling ke pintu. Remie belum juga masuk. Belum habis muzakarah agaknya. Riana cuma berharap Remie tidak bosan mendengar ayahnya berceloteh. Ayahnya itu memang suka berbual dengan anak-anak lelaki. Tadi pun tiga orang abang Riana turut serta ayah dan Remie berbual di anjung luar. Nampaknya Remie diterima baik oleh seluruh ahli keluarganya. Riana paling takut kalau Remie tidak dapat menyesuaikan diri di dalam keluarga baru itu. Syukurlah Remie berpendidikan tinggi dan berpengetahuan luas, jadi tiada masalah untuk melayan ayah dan abang-abangnya berbual.

Melewati jam sepuluh empat puluh lima, Remie masuk dengan wajah yang kelihatan letih. Dia terus saja berbaring di katil. Riana menghampiri.

"Well, what should I call you now, abang ?"

Remie memejamkan mata. "Nothing change us. We are still the same !"

Terangkat kening Riana mendengar kata-kata itu. "Of course we changed. We are married now, husband and wife. Don't you happy ?"

Remie tersenyum sedikit. "Yalah....tapi tak payahlah tukar-tukar nama. Saya suka awak panggil saya Mie aje."balasnya sambil menyuruh Riana menutup lampu dengan isyarat. Dipeluknya sebiji bantal lalu mengiring ke kanan. Riana turut berbaring selepas menutup lampu. Tubuh Remie dipeluknya dari belakang.

"Takkan dah nak tidur ?"

Kedengaran Remie ketawa kecil. "Habis nak buat apa lagi ?"tanyanya sinis.

Riana turut tersenyum. Tangannya mencari tangan Remie lalu digenggamnya erat.

"Thank you Mie....sayang sangat kat awak...."bisik Riana perlahan.

Kasihnya mendalam. Kini di dalam pelukannya bukan lagi seorang kekasih tetapi seorang suami. Pastilah Riana kini yang Remie memang jodohnya, miliknya yang abadi. Orang yang akan bersama-samanya mengharungi kehidupan ini ialah Remie, bukan orang lain. Remielah yang akan terus merajai hatinya, kini dan selama-lamanya.

belum habis lagi...

try , Khamis, Februari 02, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog