2+4 hrs...Twogether Fourever

Sabtu : 15 Mac 2025   
@ 16 Ramadan 1446H / 11:31 AM

2Khamis,Februari

Sesuci Hati Isteriku [ Episod 4/20]

Betapa magisnya hidup ini. Baru tadi Riana terfikir dia kini berada di negeri kelahiran Irfan, mana tahu kalau-kalau terserempak Irfan di sini. Tetapi dia cepat-cepat menyangkalnya semula, kerana setahu Riana Irfan bekerja di Kuantan, dan kalau dia balik menjenguk ibunya pun di Seremban bukan di PD. Tetapi kini di depan matanya benar-benar wujud Irfan, satu pertemuan yang tidak pernah disangkakan.Riana membatalkan niat untuk menjelajah ke semua kedai yang ada di situ. Selepas bertemu Irfan situasi dirinya telah menjadi lain. Ada rasa gemuruh dan gementar yang bukan dibuat-buat. Irfanlah lelaki yang pernah mendiami lubuk hatinya paling dalam. Tidak seperti banyak lelaki lain yang pernah hadir, kewujudan Irfan memberi impak yang besar dalam hidup Riana. Dahulu selepas putus hubungan dengan Irfan, berhari-hari Riana rasa kesakitan dalam dada menyucuk-nyucuk setiap kali bangun dari tidur. Yang sebenarnya itu bukan sakit fizikal tetapi sakit dalaman akibat bersedih dengan kehilangan Irfan. Berbulan-bulan pula Riana berperasaan setiap lelaki kurus tinggi yang dipandangnya kelihatan seperti Irfan. Sana Irfan, sini Irfan. Lalu Riana menyedari bahawa dia sebenarnya terlalu merindui Irfan.

Penderitaan tidak habis di situ, setahun lebih selepas berpisah, Riana menangis lagi kerana Irfan. Niat mengucapkan selamat hari jadi menjadi bala apabila Riana menelefon Irfan, orang lain yang menjawab.

"Saya tunang Irfan." Begitulah indahnya kata-kata orang yang menjawab panggilan.

Berguguranlah air mata Riana mengenangkan dirinya sendiri. Saat dia terkenang-kenang Irfan, rupanya orang itu sedang membina kasih dengan orang lain. Cukup. Noktah. Dari saat itu tiada lagi harapan. Berita yang sungguh pahit itu menjadi pemecah tembok harapan hati Riana yang selama ini terharap-harap Irfan akan kembali kepadanya.

Dan kini, Irfan sudah pun berkahwin. Walau pun hatinya agak terusik dengan pertemuan itu tetapi Riana cukup sedar diri. Tidak mungkin akan ada lagi cerita dia dan Irfan selepas itu. Yang ada hanyalah cerita lama yang sesekali terkenang. Hanyalah untuk dikenang semata-mata, tidak untuk dicuit atau diperpanjangkan. Tidak perlu menambah masalah baru kerana masalah yang ada ini pun amat berat untuk Riana pikul. Masalah Remie.

******************************************


Dia bencikan keadaan ini. Terlalu banyak perkara yang tidak menyenangkan berlaku dalam masa yang sama. Pagi tadi, pengarah syarikat Intan Juara merungut-rungut tentang kesalahan ejaan pada permohonan sijil online yang dibuat oleh oleh stafnya Mona. Intan Juara Sdn Bhd menjadi Intan Juara Sdn Vhd.

Penandatangan cek yang sepatutnya seorang dibubuhnya dua orang. Memang hanya kesilapan kecil yang boleh dibaiki tetapi kalau pelanggan sudah merungut, dia jadi tidak selesa. Dia mahu memberi yang terbaik untuk pelanggan tak kira perkhidmamatan kecil mahu pun besar. Kesilapan, kalau selalu terjadi akan menjejaskan nama syarikat. Dan stafnya Mona, nampaknya tidak jemu-jemu melakukan kesilapan seperti itu.

Semalam, dia makan tengahari di rumah mama. Orang tua itu telah menimbulkan isu yang kalau boleh sama sekali tidak mahu didengarinya.

"Esok mama nak pergi kenduri kahwin anak kawan mama, Untie Ramlah. Kawan-kawan mama tu....sorang demi sorang menyambut menantu, menimang cucu....mama ni, entahlah bila."

Mulanya dia buat tidak tahu saja. Malas melayan karenah mama yang ada-ada saja. Dia buat-buat sibuk menceduk gulai, menambah nasi sedangkan perutnya telah kenyang benar.

"Engkau ni bila Along oi ? Cepat-cepatlah bawa girlfriend along ke rumah, jumpa mama dan papa ni. Mama tak kisah siapa-siapa, asalkan along suka mama suka."

Dia hanya tersenyum memandang mamanya. Entah apa mimpi orang tua itu tiba-tiba menyebut tentang menantu.

"Apalah mama ni, macam dah nak kiamat. Banyak masa lagi ma....janganlah rushing sangat nanti semua benda tak menjadi. Along nak tumpukan pada syarikat dulu. Lagi pun along nak kahwin dengan siapa ? Along mana ada makwe..."

"Eleh....macamlah orang tak tahu Along tu....takde girlfriend konon !"

Remie menjegilkan mata. Si kembar Nana dan Nini tersengih-sengih. Dihulurkan kaki ke depan lalu ditekannya kaki Nana kuat-kuat. Nana melawan . Ditendangnya kaki Alongnya semula.

"Kalau mama teringin menantu, ni....kahwinkan aje budak debab dua orang ni, dah gatal sangat nak kahwin tu !"

"Eh Along ni, budak-budak ni kecik lagi...baru lapan belas. Along tu yang dah sepatutnya kahwin...dah sampai masa dah."balas mamanya.

Balik-balik kahwin. Kenapa semua orang bercakap tentang kahwin. Dua hari lepas Riana yang merengek-rengek nak kahwin. Hari ini mama menyuruhnya kahwin. Apa yang seronok sangat tentang kahwin ? Dia tidak nampak sebarang keseronokan tentang kahwin, kecuali masalah-masalah yang bakal menimpa. Sebenarnya dia bukanlah suka memikirkan perkara yang remeh-temeh. Buat apa peningkan kepala. Tetapi kalau semuanya datang serentak, dia agak resah juga.

Dan petang ini, datang lagi masalah lain. Emel dari London itu benar-benar membuatnya bengang. Sia-sia pengorbanannya selama ini. Dia ingatkan penantian yang selama empat tahun itu akan berakhir sebulan-dua lagi, tetapi emel dari London itu memintanya menunggu selama dua tahun lagi. Gila ? Walau pun dia selalu memungkiri janji tapi kalau orang lain yang mungkir janji terhadapnya, dia tersangat bengang. Rasa marah meluap-luap.

Perempuan ! Mudah lupa pada janji !

Dia berasa rimas serimasnya. Ruang pejabat itu tidak lagi dingin seperti biasa. Lantas Perdana hitam dipandu laju ke Taman Bukit Kenangan.

Remie memanjat tangga ke tingkat satu. Kondonya yang didiami Riana gelap gelita. Ke mana pula Riana ? Remie mencampakkan kunci rumah ke atas meja lalu menghempaskan diri ke katil yang berkemas rapi. Riana sudah pandai meninggalkan rumah tanpa memberitahu. Baru tiga hari dia tidak ke situ, Riana sudah buat hal. Dia teringat hari Selasa lepas Riana menangis di atas sejadah. Gadis itu meminta dikahwini. Dia bukan tidak mahu berkahwin, cuma masanya tidak sesuai. Terlalu banyak perkara yang harus diberi tumpuan. Syarikatnya sedang berkembang. Banyak pelanggan yang datang meminta khidmat. Projek-projek lain pun banyak yang akan menyusul, takkanlah pula pada masa itu juga dia hendak berkahwin. Rahmat rakan kongsi syarikatnya itu sedang terumbang-ambing dengan masalah rumahtangga, jadi dia yang seharusnya mentadbir syarit dengan sempurna.

Kenapa wanita terlalu sukar untuk memahami apa yang difikirkan lelaki ? Atau diakah yang terlalu sukar untuk memahami wanita. Di mana Riana ? Remie kecewa. Selalunya kalau dia bermasalah, pasti Riana sentiasa ada di sisi, menenangkannya, mengusap lembut rambutnya, memeluk dirinya sambil mengucapkan cinta. Riana tidak pernah merungut walau pun dia tidak berkunjung ke kondo itu sehingga berhari-hari lamanya. Riana tidak berani bertanya ke mana dia pergi, kenapa dia tidak pernah menelefon. Kejamkah Remie ini ? Dia sedar perhatiannya kurang pada Riana. Dia selalu mahu dimanjai Riana, tetapi tidak pernah mahu mengambil tahu apa yang difikirkan gadis itu. Riana....rindunya meruntun kini.

Truuuuuuttt.....
Remie tersentak. Dicapainya telefon bimbit di kepala katil. Sebentar tadi dia terlelap tanpa disedarinya.

"Hi honey. You dah baca emel yang I hantar hari ni ?"suara lembut itu sayup-sayup menerjah pendengarannya. Remie bingkas bangun. Suara ini sudah lama tidak didengarinya.

"You main-mainkan ?"
"No Honey...I tak main-main. I call ni pun nak pastikan you tahu, I tak akan balik dalam masa terdekat ni..."
"You kata nak balik lepas habis study, alih-alih nak kerja kat sana pulak...apasal ni ?"

"Itulah...tiba-tiba je I dapat offer kerja kat sini, takkan I nak tolak ? Ala bukannya lama....dua tahun cukuplah. I nak cari pengalaman kerja di tempat orang....."rayunya.

Hati Remie kembali panas. Elly telah melampau.

"Pengalaman kerja di mana-mana sama je. You jangan nak bohonglah, kalau you tak apply takkan orang nak offer kerja ? Ini mesti you yang tergedik-gedik nak tinggal terus kat sana kan ? Okeylah kalau macam tu....you tak balik langsung pun tak apa !"suara Remie meninggi.
Dia cukup marah kerana Elly telah mungkir janji.

"Sampai hati you cakap macam tu. Empat tahun tempoh I study you boleh tunggu, takkan dua tahun lagi tak boleh ? Selama mana pun I kat sini, berapa jauh pun kita, hati I tetap pada you."pujuk Elly lagi dengan suara yang cukup lembut.

Namun itu tidak melembutkan hati Remie. Wanita mana pun sama saja. Entah-entah Elly sudah tersangkut lelaki orang putih. Hatinya membara.

"It's up to you Elly. Kalau you nak kerja juga kat sana, ok. Kerjalah...tapi jangan balik cari I lagi."Telefon bimbit dicampak ke sisi.

Remie termenung panjang. Terbayang sesusuk tubuh seksi milik Elly. Dahulu sewaktu di sekolah mereka pasangan yang secocok, kata kawan-kawan. Dia tidak dapat membayangkan rupa Uda dan Dara, atau seakrab mana Rumi dan Juli, tetapi kalau hendak dibandingkan dalam zaman sekarang, Remie dan Elly bagai Alexander Young dan Arianna Teoh, sama cantik sama padan. Walau pun tidaklah sekacak Alexander, tetapi dia tetap berbangga dapat memiliki Elly. Ramai yang cemburu. Mana tak cemburu, kulit Elly putih melepak, tubuh tinggi lampai persis model, wajah cantik seperti gadis Pan Asian. Remie memejamkan matanya.

Malam-malam hangat bersama Elly terbayang kini. Elly sungguh bijak menggoda. Sekali berjumpa, takkan lengkap kalau tidak menunaikan kewajipan. Elly sentiasa penuh penghayatan dan perasaan, tidak seperti Riana yang sering takut-takut. Kelelakiannya sering teruji bila bersama Elly. Tetapi kini, Elly meminta untuk berjauhan dua tahun lagi. Tidak....dia sama sekali tidak sanggup. Selama empat tahun Elly di London, dia sering resah kalau tubuh seksi itu dijamah lelaki lain. Dia terlalu gundah kalau hati Elly diracuni kata-kata cinta lelaki mat saleh yang bijak memikat.

Elly, jangan persiakan cinta yang hampir sedekad ini.....

Bersambunggg lagi...........................

try , Khamis, Februari 02, 2006 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog