SEKALI lagi isu yang paling hangat diperkatakan pada masa ini ialah isu yang berkaitan dengan serangan virus. Minggu ini sahaja (ketika artikel ini ditulis), dunia dikejutkan dengan serangan virus yang dianggap paling dahsyat kerana begitu cepat merebak dalam rangkaian Internet. Virus yang dikenali sebagai MyDoom ini telah dua kali menyerang Internet menerusi e-mel dan dikatakan sebagai satu serangan jenayah paling buruk pernah berlaku. Dua versi virus tersebut iaitu MyDoom.A dan MyDoom.B dipercayai telah disebarkan oleh individu yang sama berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar-pakar dalam keselamatan komputer. Kedahsyatan serangan virus ini telah menyebabkan gergasi perisian dunia iaitu Microsoft menawarkan ganjaran sebanyak hampir RM 1 juta kepada sesiapa yang berjaya menyalurkan maklumat atau membantu pihak berkuasa untuk menangkap pembangun virus ini. Selain daripada Microsoft, SCO Group Inc iaitu pemilik sistem operasi Unix juga telah mengambil langkah yang sama iaitu dengan menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya memberi maklumat kepada pihak berkuasa sehingga tertangkapnya individu yang terlibat dengan serangan ini. Apa yang menarik ialah isu ini turut mendapat perhatian yang serius oleh pihak FBI dan Interpol.
Sementara itu, dalam masa yang sama, kita sebagai pengguna juga perlu berhati-hati ketika menggunakan komputer terutamanya ketika melayari Internet dan membuka e-mel kerana kebanyakan serangan virus atau worm adalah berpunca dari dua sumber ini. Beberapa langkah proaktif perlu diambil bagi mencegah serangan virus atau worm ini misalnya memasang perisian antivirus, sentiasa mengemaskinikan perisian antivirus, melakukan imbasan keatas pemacu dan dokumen secara berkala dan menggunakan penapis ketika membuka e-mel.
Memasang perisian antivirus adalah merupakan langkah yang mula-mula sekali perlu dilaksanakan dan dianggap mandatori pada masa ini berdasarkan kepada suasana atau persekitaran rangkaian yang begitu banyak diancam oleh virus dan worm. Dengan lambakan perisian antivirus di pasaran, pengguna boleh memilih perisian yang sesuai mengikut keutamaan penggunaan dan peruntukan yang sedia ada. Malah ada perisian antivirus yang sangat bagus boleh didapati secara percuma di Internet. Antara perisian antivirus yang boleh dipertimbangkan ialah seperti berikut:
Perisian : AVG Antivirus Versi : 6.0 Harga : Freeware Boleh beroperasi dengan : Windows 95/98/Me/NT/2000/XP Pengeluar : GRISOFT Inc - www.grisoft.com |
Perisian : Norton Antivirus Versi : 2004 Harga : USD 49.95 Boleh beroperasi dengan : Windows 98 / XP / NT 4 / 2000 / Me Pengeluar : Symantec - www.symantec.com |
Perisian : McAfee Antivirus Virus Protection Versi : N/A Harga : Shareware (Bermula dari USD 34.95) Boleh beroperasi dengan : Windows 95/98/Me/2000/XP/NT Pengeluar : McAfee - http://us.mcafee.com/ |
Perisian : Panda Antivirus Platinum Versi : 7.02 Harga : Shareware (USD 69.95) Boleh beroperasi dengan : Windows 95/98/Me/2000/NT/XP Pengeluar : Panda Software - www.pandasecurity.com |
Perisian : AntiVirÆ Personal Edition Versi : 6.22 Harga : Freeware Boleh beroperasi dengan : Windows 9x/Me andXP/NT/2000 Pengeluar : H+BEDV Datentechnik GmbH - www.free-av.com |
Perisian : F-Secure Antivirus Versi : 2004 Harga : Shareware (Bermula dari USD 56.90) Boleh beroperasi dengan : Windows 98/Me/2000/XP Pengeluar : F-Secure - http://www.f-secure.com/ |
Perisian : avast! 4 Home Edition Versi : 4.1.319 Harga : Freeware Boleh beroperasi dengan : Win95,Win98,WinMe,WinNT 4.x,WinXP,Windows2000 Pengeluar : ALWIL Software - www.avast.com |
Perisian : Kaspersky Antivirus Versi : N/A Harga : Shareware USD 45.95 Boleh beroperasi dengan : Win95,Win98,WinMe,WinNT 4.x,WinXP,Windows2000 Pengeluar : Kaspersky Lab International - http://www.kaspersky.com/ |
Perisian : BitDefender Professional 6.5 Versi : 6.5 Harga : Shareware USD 44.95 Boleh beroperasi dengan : Win 95/98/Me/NT/2000/XP Pengeluar : Softwin Ltd - http://www.bitdefender.com/index.php |
Perisian : VCatch Basic Versi : 5.0 Harga : Freeware Boleh beroperasi dengan : Windows 95/98/Me/2000/NT4/XP Pengeluar : VCatch - www.vcatch.com |
try
,
Ahad, Februari 05, 2006
|
0
komentar ::
Blog Gadgets
...lagi Artikel yang Berkaitan :
Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah
JOIN TO MEMBER BLOG
atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
Author / Penulis
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang
Memilih perisian antivirus terbaik silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "