/

Tonton TV lebih tiga jam undang risiko mati muda

    • Amalan menonton televisyen secara keterlaluan boleh meningkatkan risiko mati muda.
    • Golongan dewasa perlu kerap bersenam, elak tempoh rehat lama
Barcelona, 29 Jun 2014 - Kajian di Sepanyol mendapati golongan dewasa yang menonton televisyen lebih tiga jam sehari meningkatkan risiko mereka untuk mati pada usia lebih muda.
 
Penyelidik berkata, golongan berkenaan sebaliknya perlu bersenam lebih kerap, mengelakkan tempoh rehat terlalu lama dan mengurangkan menonton televisyen kepada sejam atau dua jam sehari.
 
"Menonton televisyen menyebabkan diri tidak aktif dan gejala itu kian meningkat kini. Hasil kajian kami konsisten dengan pelbagai kajian sebelum ini yang menunjukkan kaitan antara tempoh lama menonton televisyen dengan kematian," kata penulis utama kajian dan Pengerusi Jabatan Kesihatan Awam Universiti Navarra, Sepanyol, Prof Miguel Martinez-Gonzalez.
 
Kajian itu membabitkan seramai 13,284 graduan universiti di Sepanyol yang masih muda dan sihat, dengan purata umur 37. Daripada jumlah itu, 60 peratus adalah wanita.
 
Tiga aktiviti tak aktif
Tiga aktiviti tidak aktif iaitu masa menonton televisyen, masa menggunakan komputer dan masa memandu digunakan untuk menentukan risiko kematian.
 
Peserta terbabit dipantau selama 8.2 tahun. Penyelidikan melaporkan 97 kematian, dengan 19 daripadanya disebabkan penyakit kardiovaskular, 46 akibat barah dan 32 lagi kerana pelbagai punca.
 
Risiko kematian adalah dua kali ganda lebih tinggi di kalangan peserta yang dilaporkan menonton televisyen tiga jam atau lebih sehari berbanding mereka yang menonton sejam atau kurang.
 
Penemuan itu lebih jelas selepas mengambil kira pelbagai punca lain yang berkaitan dengan risiko tinggi kematian. Kajian mendapati tiada kaitan antara masa digunakan untuk komputer atau memandu dengan risiko tinggi kematian pada usia muda.
 
Kaji kesan memandu, guna komputer
Penyelidik berkenaan menambah, kajian selanjutnya perlu dilakukan untuk mengesahkan kesan yang mungkin wujud antara penggunaan komputer atau memandu ke atas kadar kematian dan memastikan mekanisme biologikal yang menjelaskan kaitan itu.
 
"Penemuan kami menunjukkan golongan dewasa mungkin perlu meningkatkan aktiviti fizikal mereka, mengelakkan tempoh rehat yang panjang dan mengurangkan waktu menonton televisyen kepada tidak lebih sejam hingga dua jam sehari," katanya. – Agensi
Unknown , Isnin, Jun 30, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog