2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Google lancar 180 satelit

Google merancang menghubungkan dua pertiga kawasan di dunia yang masih tidak menikmati akses Internet dengan kemudahan itu selepas merancang melancarkan sebanyak 180 buah satelit ke angkasa lepas.
NEW YORK, 4 Jun 2014 - Peneraju enjin carian global, Google Inc dilapor bakal melancarkan sekumpulan 180 buah satelit ke ruang angkasa lepas dalam usaha syarikat menyediakan akses Internet ke seluruh dunia.
Dengan pelancaran kumpulan satelit itu, Google bakal memberi manfaat kepada sekurang-kurangnya 4.8 bilion penduduk atau dua pertiga kawasan di dunia yang masih tidak menikmati kemudahan Internet.
 
Untuk itu, syarikat yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat (AS) tersebut bakal membelanjakan lebih AS$1 bilion (RM3.2 bilion) untuk pembangunan teknologi tersebut yang akan menyaingi usaha Facebook dalam menghubungkan kawasan-kawasan terpencil di dunia.
 
Bagaimanapun, butiran berhubung pelancaran satelit itu masih tidak jelas, namun Wall Street Journal dalam laporannya mengatakan satelit tersebut dibina dalam saiz yang agak kecil dengan kapasiti yang agak tinggi dan akan mengelilingi Bumi pada 'ketinggian yang lebih rendah berbanding satelit biasa'.
 
Usaha Google itu diketuai oleh pengasas komunikasi satelit O3b Networks yang difahamkan akan menggandakan jumlah pengeluaran satelit bergantung kepada reka bentuk terakhir peralatan berkenaan.
 
Menurut Mail Online, projek satelit itu adalah yang terbaru dihasilkan dari Lembah Silikon dalam usaha menghubungkan dunia dengan rangkaian Internet beserta harapan akan meningkatkan pendapatan syarikat.
 
Facebook dalam pada itu sedang membangunkan pesawat tanpa juruterbang atau drone yang menggunakan kuasa solar, satelit dan laser dalam usaha menyampaikan akses Internet kepada negara-negara mundur.
Sementara itu, Google dalam projek berasingannya yang digelar sebagai 'Projek Loon', sedang mereka bentuk belon yang diterbangkan pada altitud tinggi bagi menyediakan perkhidmatan jalur lebar kepada kawasan-kawasan terpencil di dunia. - Agensi
 
 
Unknown , Khamis, Jun 05, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog