/

CerPen :: Bagai Itik Pulang Petang [Bahagian Kedua]

"Mak kenal Siti Nurhanis?" tanya saya sehari selepas peristiwa semalam.
 
"Kenapa pula mak tak kenal. Anak Pak Hanip, selang dua lorong dengan kita kan?"
 
Saya baru hendak mengangguk dan mengiyakan, mak saya sudah menyambung kata-katanya.
 
"Mak tak suka mak dia!"
 
Saya agak terkejut. Mak menghentak pisau di atas papan pemotong.
 
"Erkk… kenapa mak?"
 
"Mak dia tu, cukup suka mengata mak kat surau. Dia kata mak ni nak mengurat laki dia, Pak Hanip tu. Pak Hanip tu kan imam, lepas tu ustaz tertua dalam kampung kita ni. Salahkah mak nak belajar lebih sikit?"
 
Mak menunjukkan pisau dekat dengan muka saya. Silap saya juga, menanyakan tentang Siti Nurhanis sewaktu dia sedang menyiang ikan.
 
"Tak salah mak."
 
"Itulah! Dia ingat mak nak dekat laki dia. Macam lah laki dia tu kacak sangat. Arwah ayah kamu lagi kacak lah. Mujur tak umur panjang, kalau tidak payah juga hendak mengawal langkahnya."
 
"Iya mak." Saya hanya mengangguk.
 
"Kenapa tiba-tiba kamu bertanya tentang Siti Nurhanis?"
 
Saya tersedar dari lamunan saya. Mak memandang saya tajam.
 
"Tak ada apa mak. Man saja lah tanya, kot lah mak kenal dia."
 
"Hemmm…"
 
Saya mahu beredar dari dapur, mak memanggil saya semula.
 
"Kenapa mak?"
 
"Tolong belikan asam jawa dekat kedai pak Uddin tu. Hari ini ingat nak masak sambal tumis ikan. Lupa pula tadi asam jawa dah habis."
 
Saya mengangguk dan terus mencapai kunci motor di atas meja. Hilang sudah semangat saya untuk meminta mak meminang Siti Nurhanis untuk saya. Nampaknya, demi mak, saya terpaksalah melupakan angan-angan saya untuk memperisterikan orang secantik Siti Nurhanis. Mungkin, perkahwinan saya dengan Siti Nurhanis boleh menyebabkan mak saya dan mak dia, berbaik? Mana tahu ya!
 
Tapi, saya sahaja yang nampak beria-ia dengan perasaan saya, apa pula kata hati Siti Nurhanis? Bolehkah dia menerima saya yang sederhana ini? Sedangkan dia seorang yang luar biasa indahnya bagi saya.
 
Bibir saya mengukir senyuman lagi. Saya perlu tanya pada Sarah! Saya tahu Sarah, kawan Siti Nurhanis itu anaknya pak cik Shamsuddin atau lebih mesra dipanggil pak Uddin, tapi saya tak tahu namanya. Kini saya sudah tahu, bolehlah saya berbaik dengannya untuk mendekatkan diri saya dengan Siti.
 
"Pergi dulu mak!"
 

 
"Sarah!" saya menggamit.
 
Sarah tersenyum. Dia berjalan bagai itik pulang petang! Melenggok-lenggok jalannya. Saya tersengih. Bagi saya, Sarah perempuan yang berbadan besar, yang comel. Mulus kulitnya, kalau dia kurus, pasti dia cantik. Walaupun tidak secantik Siti Nurhanis. Arggghh.. itu sahaja yang bermain di bibir saya.
 
"Asam jawa satu."
 
"Abang nak kecil ke besar?"
 
"Bagi yang besar terus."
 
"Baik!" Sarah menghilang disebalik rak-rak di dalam kedai kemudian muncul di hadapan saya.
 
"Ini saja ke bang?"
 
Saya mengangguk.
 
"Pak Uddin mana?" Saya bertanyakkan bapanya, Shamsuddin. Selalunya dia yang menunggu di kedai.
 
"Tak berapa sihat bang. Sarah jaga kedai, hari ini off day."
 
"Siti pun?"
 
Sarah mengangguk.
 
"Berapa semua Sarah?"
 
"RM3.50 saja."
 
"Nah RM4.00… ambil saja bakinya."
 
"Terima kasih." Sarah tersenyum.
 
"Abang suruh Sarah simpan bakinya sebab abang nak tanya pasal Siti ya?" Usik Sarah.
 
Saya tersengih, muka saya sudah merona kemerahan, malu! Nampak sangat ke saya hendak mengurat kawan baiknya itu.
 
"Kalau boleh, abang nak berkawan dengan Siti."
 
"Kawtim! Abang anggap saja, benda sudah selesai. Anggap saja pertolongan Sarah ini membalas pertolongan abang menahan bas tempoh hari!"
 
Saya tersenyum.
 
 
 
 
.......Bersambung......

Oleh ISKANDAR DANIEL
Unknown , Jumaat, April 18, 2014 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog