2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Refleksologi atasi masalah saraf kaki

RASA sakit dan sengal  pada sendi kaki merupakan signal  awal masalah saraf  yang dihidapi individu.  Masalah tersebut mungkin berpunca daripada tekanan kerja, terlalu banyak berjalan ataupun pernah terbabit dalam insiden kemalangan.
 
Kesakitan itu pastinya memberikan rasa ketidakselesaan juga menganggu keceriaan pada hari itu. Masalah tersebut boleh  diatasi menggunakan urutan refleksologi yang bermaksud terapi pengurutan tapak kaki untuk merangsang dan mengesan penyakit berpunca daripada urat saraf.
 
Ia bukan sahaja dapat membantu membenarkan badan melakukan penyembuhan sendiri, tetapi turut melancarkan perjalanan darah, menghilangkan lenguh serta melegakan tekanan.
 
Bagi mereka yang benar-benar menghargai kesihatan pastinya akan memilih kaedah rawatan itu bukan kerana murah tetapi keberkesanan tekanan kepada titik refleks dan urutan ini akan meredakan ketegangan serta memperbaiki peredaran yang sebelum ini tidak berfungsi dengan baik.
 
Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik refleksi utama yang ada pada tapak kaki seseorang. Semua titik berkenaan mempunyai hubungan dengan organ utama pada tubuh antaranya jantung, paru-paru, ginjal, organ seks dan otak.
 
Maksud titik refleksi ialah titik pusat urat saraf. Setiap titik itu ada kaitan dengan organ tubuh tertentu. Jadi dengan mengurut bahagian refleksi akan melancarkan perjalanan darah pesakit.
 
Urutan di tapak kaki mengikut refleks zon, rentak urutan dan penggunaan teknik tekanan yang betul mampu membawa kesegaran pada kaki dan tubuh. Refleksologi juga mampu mengatasi masalah tidur kerana selepas sesi urutan, pesakit akan berasa lebih sihat dan bertenaga.
 
Keadah rawatan yang kurang daripada satu jam itu  sesuai kepada semua peringkat umur, selain memberi kesegaran berpanjangan.  Ia juga mampu meningkatkan daya ketahanan diri dan menambah keselesaan ketika bergerak.
 
Selepas rawatan itu, pesakit disarankan supaya minum air lebih banyak daripada biasa bagi membolehkan toksin terkumpul keluar melalui peluh juga air kencing.
 
Apa yang anda perlu tahu tentang refleksologi
Berdasarkan sejarah, rawatan refleksologi berasal dari Mesir sebelum disebarkan ke seluruh dunia, terutama China, sejak 5,000 tahun dahulu. Ia boleh meredakan tekanan sama ada disebabkan kerja, masalah peribadi mahupun persekitaran.
 
Refleksologi berasaskan kepercayaan setiap bahagian kaki adalah cermin kepada anggota badan (kaki kiri untuk anggota belah kiri dan kaki kanan pula menggambarkan anggota kanan badan).
 
Walaupun refleksologi sesuai untuk semua peringkat umur dan kesihatan, tetapi jika mengalami masalah darah beku atau luka pada tapak kaki, anda disaran mendapatkan rawatan moden untuk mengatasinya terlebih dulu.
 
Kebaikan refleksologi :
  • Melancarkan pengaliran darah
  • Meningkatkan daya tahan individu
  • Mengurangkan risiko tulang reput
  • Menyeimbangkan kedudukan badan
  • Melancarkan pergerakan
  • Menguatkan otot kaki
  • Mengurangkan risiko kencing tidak lawas
  • Menguatkan tulang dan pinggul
  • Mengurangkan risiko sakit sendi
  • Mengurangkan rasa letih
  • Mengelakkan risiko sembelit
  • Menurangkan masalah usus
  • Mengurangkan masalah pada bahagian peranakan
 
Jururefleksologi Pusat - Rawatan Ar Raudah Al Hijamah, Zulaikha Zura Ashikin Azizan
 
 
Unknown , Isnin, Disember 30, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog