2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Iran benar pindahkan Tehran

DATARAN Azadi, di Tehran.

Usaha pindah ibu negara bantu tangani gempa, cabaran sumber
Tehran, 29 Dis. - Parlimen Iran meluluskan rang undang-undang membenarkan usaha memindahkan ibu negara ke lokasi luar Tehran, langkah yang dilihat perlu bagi menangani masalah dihadapi Iran, tetapi dikritik pentadbiran sebagai tindakan tidak munasabah.
 
Parlimen memperoleh 110 undian menyokong, berbanding 67 menentang dan 10 berkecuali untuk memindah ibu negara pentadbiran dan politik dari Tehran. Menurut rang undang-undang itu, pegawai pentadbiran akan mengetuai jawatankuasa termasuk pegawai Parlimen dan perbandaran untuk menilai dan meringkaskan kajian dibuat mengenai perpindahan ibu negara.
 
Kampung terus miskin
Penyokong berkata, Tehran terdedah kepada gempa bumi dan berdepan cabaran sumber dan pencemaran. Mereka berkata 11 peratus daripada penduduk Iran berada di Tehran, tetapi bandar raya itu merangkumi 25 peratus daripada kekayaan negara. Kekayaan terus berpusat di Tehran manakala bandar raya kecil dan kampung terus miskin kerana perbankan utama, pembinaan dan industri lain bertumpu di bandar raya itu.
 
Pembangkang pula berkata, daripada memindahkan ibu negara, lebih baik kerajaan menangani masalah dihadapi Tehran. Mereka berkata langkah besar perlu diambil untuk memastikan keadaan hidup lebih selesa di ibu negara baru yang dicadangkan.
 
Timbalan Parlimen Iran, Majid Ansari, berkata pentadbiran juga menentang cadangan pemindahan ibu negara itu.
 
Beliau berkata, cadangan pemindahan ibu negara adalah sesuatu yang serius, pentadbiran dan institusi politik perlu membuat pertimbangan dan pada masa sama mengambil kira nasib jutaan penduduk lain di Tehran jika ingin melakukannya.
 
Anggota Parlimen lain yang menentang rang undang-undang berkenaan berkata banyak bandar raya lain di negara itu juga terdedah kepada bencana gempa bumi dan memang benar bandar raya lain tidak padat dengan penduduk. – Agensi
Harjan Milosevic , Isnin, Disember 30, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Harjan Milosevic

Meminati Auto-Mechanical, tapi tak suka berlumba-lumba di jalan raya, Bahaya!!, :-)

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog