2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Yang di-Pertuan dan Diraja

PELBAGAI cara mengeja frasa 'Yang di-Pertuan', 'Yang di-Pertua' 'Yang Dipertua' dan 'Diraja' atau 'diraja' yang dapat kita lihat dalam media-media cetak di negara kita.
 
Ketidakselarasan penggunaan frasa tersebut telah menimbulkan kekeliruan kepada pengguna bahasa Melayu. Sepatutnya ejaan bagi frasa yang penting sebegini haruslah betul kerana berkaitan ketua bagi negara, negeri dan sesuatu pertubuhan atau organisasi. Perkara ini mungkin dianggap remeh oleh sesetengah pihak kerana bagi mereka tiada apa-apa implikasi negatif  yang timbul akibat kesilapan ini. Namun kesilapan yang dilakukan ini pasti akan memberi gambaran yang negatif terhadap kecaknaan rakyat Malaysia kepada pemimpin mereka sendiri.
 
Namun, ada juga pihak yang sedar akan kesilapan ini. Tidak kurang juga yang berada dalam waswas kerana didedahkan dengan ejaan berbeza bagi sesuatu frasa. Aduan dan pertanyaan telah diajukan kepada pihak berkaitan, khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka berkenaan isu ini. Hasilnya, mulai tahun 2000, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Jawatankuasa Biro Pengaduan Bahasa mengambil inisiatif dengan memutuskan untuk melakukan penyelarasan bagi mengeja frasa tersebut supaya tidak timbul lagi kekeliruan. Bentuk penulisan yang betul telah diputuskan, iaitu:
 
(i) Yang di-Pertuan
(ii) Yang di-Pertua
(iii) Yang Dipertua
 
Manakala bentuk penulisan Yang Dipertuan seperti selalu digunakan dianggap salah.
 
Penggunaan frasa 'Yang di-Pertuan', 'Yang di-Pertua' dan 'Yang Dipertua' khusus untuk merujuk jawatan atau pangkat tertentu.
 
Frasa Yang di-Pertuan hanya digunakan khusus untuk ketua negara dan ketua negeri sahaja. Selain untuk kedua-dua pihak berkenaan, frasa Yang di-Pertuan tidak boleh digunakan. Contohnya:
 
(i)     Yang di-Pertuan Agong
(ii)     Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
(iii)     Yang di-Pertuan Negeri (Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak)
 
Frasa Yang di-Pertua pula digunakan khusus bagi ketua dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Negeri. Contohnya:
 
(i)     Yang di-Pertua Dewan Negara
(ii)     Yang di-Pertua Dewan Rakyat
(iii)     Yang di-Pertua Dewan Negeri
 
Frasa Yang Dipertua pula digunakan khusus untuk ketua sesebuah organisasi atau pertubuhan, persatuan dan lain-lain. Contohnya:
 
(i)     Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(ii)     Yang Dipertua Persatuan Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
(iii)     Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu
 
Selain penggunaan frasa di atas, ejaan bagi perkataan diraja  juga menimbulkan masalah. Ada pengguna yang mengeja perkataan itu sebagai 'diraja', 'di-raja' dan 'di raja'. Sesuatu kekeliruan  itu perlu kita perbetulkan supaya kit tidak terus melakukan kesalahan dalam berbahasa.
 
Perkataan 'diraja' sebenarnya berasal daripada kependekan perkataan 'adiraja' yang bermaksud raja yang maha mulia dan perlu ditulis serangkai sebagai satu perkataan. Contohnya:
 
(i)     Nona memberitahu kawan rapatnya itu berasal daripada keturunan diraja.
(ii)     Kerabat diraja itu amat disenangi oleh masyarakat setempat kerana amat peramah.
(iii)     Majlis itu menjadi lebih istimewa dengan kehadiran kerabat-kerabat diraja.
 
Manakala perkataan 'Diraja' digunakan untuk nama khas. Contohnya:
 
(i)     Polis Diraja Malaysia
(ii)     Tentera Udara Diraja Malaysia
(iii)     Persatuan Kerabat Diraja
 
Penjelasan yang diberi ini diharapkan dapat membantu pengguna bahasa Melayu yang berada dalam keadaan waswas tentang ejaan sebenar frasa berkenaan. Kita tidak seharusnya terus berada dalam kesilapan dalam berbahasa kerana bahasa merupakan agen perhubungan. Bahasa Melayu milik kita semua, oleh itu bangsa Malaysia tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan perlu berusaha untuk memantapkan bahasa Melayu.
 
Mantapnya sesuatu bahasa, maka mantaplah bangsanya seterusnya majulah negaranya. Akhir kata "Cintailah Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa".
 

*Oleh MUHAMMAD DAUD, Sinar Harian (Ruangan ini dikelolakan oleh DBP Wilayah Timur), 17 Oktober 2013
 
 
Unknown , Khamis, November 07, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog