2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Lemak tepu tidak bahaya?

MAKANAN segera mempunyai kandungan lemak trans yang mengakibatkan penyakit kardiovaskular.
 
MAKANAN belum diproses yang mengandungi kandungan lemak tepu sebelum ini dipercayai menjadi antara penyumbang kepada serangan sakit jantung.
 
Bagaimanapun, perkara itu disangkal oleh pakar kardiologi Hospital Universiti Croydon di London, Britain, Dr. Aseem Malhotra hasil kajiannya yang diterbitkan dalam British Medical Journal baru-baru ini.
 
Menurutnya, makanan tersebut sebenarnya tidaklah seburuk yang disangka, malah ia dipercayai dapat membantu melindungi tubuh daripada risiko penyakit kardiovaskular.
 
"Kajian kohort prospektif tidak menyokong hubungan pengambilan lemak tepu dengan risiko penyakit kardiovaskular, malah menerusi kajian itu, kita dapati lemak tersebut mampu melindungi jantung daripada penyakit itu," katanya.
 
Namun, tanggapan bahawa lemak tepu tidak baik untuk kesihatan jantung membuatkan ramai orang menolak pengambilannya dalam diet masing-masing.
 
Salah anggap
Masyarakat lebih gemar mengambil produk rendah lemak kerana beranggapan ia lebih baik untuk kesihatan selain dapat membantu mereka menurunkan berat badan.
 
Mereka mungkin silap kerana kebanyakan produk rendah lemak di pasaran sebenarnya mengandungi kandungan gula atau garam yang tinggi.
 
"Minggu lalu, saya menyaksikan seorang pesakit wanita dalam lingkungan umur 40-an mati akibat serangan sakit jantung.
 
"Enam bulan sebelum meninggal dunia, dia mengalami kenaikan berat badan sehingga 20 kilogram (kg) dan pertambahan itu dipercayai selepas dia mengambil minuman rendah lemak sebanyak lima kali sehari," kata Malhotra menerusi portal berita The Guardian.
 
MENTEGA mengandungi lemak tepu yang didakwa baik untuk kesihatan jantung.
 
Daripada pengiraan yang dibuat, Malhotra mendapati bahawa setiap 450 mililiter (ml) susu berperisa mengandungi kira-kira 15 sudu teh gula.
 
"Ini bermakna pesakit itu berkemungkinan telah mengambil 75 sudu teh gula setiap hari," ujarnya.
 
Jelasnya, pengurangan kadar pengambilan gula dalam diet adalah lebih baik bagi mencegah penyakit berkaitan jantung.
 
Justeru, Malhotra mengesyorkan pesakit jantung agar mengamalkan pengambilan lemak tepu daripada makanan belum proses seperti keju, mentega, telur, yogurt dan daging.
 
"Produk tenusu misalnya kaya dengan vitamin A, D, kalsium dan fosforus yang diyakini dapat merendahkan tekanan darah.
 
"Makanan diproses seperti makanan segera didapati mengandungi kandungan asid lemak trans tinggi yang berbahaya untuk kesihatan jantung," katanya.
 
Lemak trans
Sementara itu, menurut Ketua Pusat Jantung dan Paru-Paru Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ramzisham Abdul Rahman, lemak trans meningkatkan paras kolesterol tidak baik (LDL) dan menurunkan paras kolesterol baik (HDL).
 
Lemak ini kebiasaannya dijumpai dalam makanan segera seperti kentang goreng, piza, patti burger, hotdog dan makanan diproses lain.
 
Katanya, di Malaysia, penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan adalah disebabkan penyakit jantung dengan kemasukan kini melebihi 7,300 kes setahun.
 
"Lemak trans yang berlebihan akan terkumpul dikeliling jantung dan seterusnya mengganggu saluran darah.
 
"Pembuluh darah yang tersumbat akan menyukarkan oksigen sampai ke jantung lalu mengakibatkan penyakit jantung koronari, darah tinggi dan strok," ujarnya.
 
 

*Oleh NOR IDAYU BOSRO, Kosmo!
 
 
Unknown , Jumaat, November 01, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog