GAMBAR yang dirakamkan pada tahun 1930-an menunjukkan tengkorak manusia yang disangka milik Raja Henry IV.
LONDON, 9 Okt. - Satu tengkorak manusia yang mempunyai kesan kecederaan didapati sekumpulan penyelidik Perancis sebagai bukan milik bekas Raja Perancis abad ke-17, Raja Henry IV seperti didakwa tiga tahun lalu.
Kesimpulan awal yang dibuat tiga tahun lalu berdasarkan kepada pembentukan semula teknik-teknik muka dan tanda-tanda pada tengkorak yang seakan- akan sama dengan kecederaan yang dialami oleh raja itu.
Namun, laporan kajian asid deoksiribonukleik (DNA) mendapati, tiada padanan genetik antara tengkorak itu dan tiga saudara lelaki Raja Henry IV yang masih hidup.
Kajian itu telah diterbitkan secara online dalam European Journal of Human Genetics semalam.
"Adalah mustahil tengkorak itu milik Henry IV," kata salah seorang pengkaji yang juga Profesor Emeritus di Universiti Leuven, Jean-Jacques Cassiman.
Kajian yang sama juga mendapati, DNA itu tidak sepadan dengan sampel yang terdapat dalam rekod keluarga diraja itu.
Henry IV merupakan salah seorang raja yang disayangi rakyat. Ia berjaya membawa keamanan di negara tersebut dan memerintah pada tahun 1589 hingga 1610.
Tengkorak itu kini disimpan di dalam bilik kebal sebuah bank sementara menunggu untuk dikebumikan semula. - AP
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "