2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Lendir siput rawat muka makin popular

Lendir siput rawat muka makin popular Siput dibiar merayap di seluruh wajah, dengan meninggalkan lendir yang dikatakan tinggi dengan protein berfaedah. - Foto Agensi

 

·         Kaedah cucian wajah bermula di Jepun kini jadi kegilaan di Britain

 

London, 1 Sept. 2013 - Kaedah rawatan muka menggunakan lendir siput yang dikatakan tinggi kandungan protein, bahan antioksidan dan antibakteria kini semakin popular di Britain.

 

Rawatan dikenali sebagai ‘cucian siput’ pada wajah dilakukan menggunakan tiga ekor siput yang dibiarkan merayap di atas muka selama 20 minit membolehkan haiwan moluska itu meninggalkan lendirnya di muka, menyebabkan wajah kelihatan bersinar.

 

"Ketika siput merayap di seluruh wajah, ia meninggalkan lendir yang dikatakan tinggi dengan protein berfaedah, bahan antioksidan dan antibakteria. Kesannya memang boleh dilihat serta-merta dan amat mengujakan,” Diane Gower, pemilik salon Simply Divine

 

Kaedah cucian itu sebelum ini begitu popular di Tokyo tetapi tiada pusat rawatan kecantikan yang menawarkan perkhidmatan itu di Britain, hinggalah baru-baru ini.

 

Rawatan lebih moden

P

emilik salon Simply Divine di Corby, Northamptonshire yang merintis kaedah ini menawarkan rawatan cucian siput yang lebih moden dengan bayaran £50 (RM254) sekali rawatan.

 

Pemiliknya Diane Gower, dengan bantuan pakar kulit Dr Sunil Chopra, seorang perunding rancangan Embarrassing Bodies, terbitan Channel 4, mempunyai sepasukan kakitangan terlatih yang akan memastikan lendir siput itu tidak memasuki lubang hidung, mulut atau mata.

 

“Ketika siput merayap di seluruh wajah, ia meninggalkan lendir yang dikatakan tinggi dengan protein berfaedah, bahan antioksidan dan antibakteria. Kesannya memang boleh dilihat serta-merta dan amat mengujakan,” kata Gower.

 

Beliau berkata, tidak dinafikan rawatan cucian siput, kelihatan ganjil pada mulanya, tetapi rawatan ini sebenarnya amat merehatkan.

 

“Apabila pelanggan sudah biasa dengan ‘rasa’ siput pada muka, mereka akan seronok dengan rawatan itu,” katanya.

 

Gower berkata, siput untuk rawatan itu dibiak dan dipelihara di sebuah ladang tempatan, diberi makan buah-buahan dan sayur-sayuran organik. Setakat ini beliau memiliki 60 ekor siput.

 

“Siput terbabit dipelihara khas untuk kami. Ia bukan jenis yang biasa anda lihat di kebun atau taman,” katanya. - Agensi

Unknown , Isnin, September 02, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog