2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Masjid tak mesra kanak-kanak?

Biar apapun keletah kanak-kanak, ia adalah fitrah.

 

P

EPATAH mengatakan, meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Ini membawa maksud melatih anak biar daripada kecil. Hal ini menjurus pada aspek positif di mana untuk mendidik anak menjadi baik perlu dimulakan sejak kecil.

 

Manakala mendidik anak ketika dewasa, ajaran diberikan mungkin ibarat mencurah air ke daun keladi, sia-sia sahaja.

 

Begitulah juga halnya dengan menanamkan rasa cinta pada masjid. Ia perlu ditanamkan sejak kecil dengan sering membawa kanak-kanak ke masjid.

Dengan itu Insya-ALLAH, rasa kecintaan dan rindu untuk selalu hadir ke rumah ALLAH kekal sehingga dewasa. Namun, apa yang berlaku kini, ada pula segelintir pihak tidak suka ibu bapa membawa anak ke masjid atas alasan bising dan mengganggu.

 

Melihatkan hal ini, padanlah tak ramai anak muda suka ke masjid, rupa-rupanya ketika mereka kecil dahulu mak dengan abah jarang bawa. Lebih teruk tak pernah bawa langsung dek takut orang mengata, agaknyalah.

 

Memang fitrah kanak-kanak suka bermain, dan bising itu biasalah. Tugas si dewasalah menegur penuh kasih sayang 'jangan buat bising ye nak..." Ini tidak, dihalang terus, ada ke patut! Namun, hal sebegini tidaklah berlaku di semua masjid, tapi memang terjadi, memang ada.

 

Petikan ceramah 1

 

Di mana najis itu?

S

ATU hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud ada menyebut hendaklah saf kanak-kanak di belakang sementara saf orang yang dewasa di depan, bagaimanapun hadis ini adalah daif, kata Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu slot ceramahnya yang dipetik menerusi laman Youtube, menyentuh mengenai 'Masjid Kita Tak Mesra Kanak-Kanak'.

 

Dr Mohd Asri berkata, terdapat juga kebiasaan yang banyak berlaku di (masjid) negara ini iaitu saf kanak-kanak diletakkan tiga hingga empat kali regang daripada saf dewasa.

 

"Kenapa hal seperti ini boleh berlaku? Kerana pada pandangan kita dan selalu kita dengar iaitu kalau kanak-kanak sentuh kita, (solat) terbatal sebab dia (kanak-kanak) belum sunat (khatan).

 

Pernah suatu ketika saya bertanya kepada seorang tua, kenapa najis, di mana najis itu? Dijawab, di bawah kulit, dan saya tanya semula di bawah perut pakcik juga ada (najis) bukan di bawah kulit (kanak-kanak) sahaja," katanya sambil memberitahu benda yang tidak nampak kenapa hendak dihukum.

 

(sumber: http://www.youtube.com/watch?v=R1cV3ENrAXE)

 

 

Petikan ceramah 2

 

Nak bawa boleh atau tidak?

C

ERAMAH pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus yang dipetik dari laman Youtube ada menyentuh mengenai 'bawa anak aktif ke masjid' menyatakan, haram kepada ibu bapa membawa anak yang suka berbuat bising ke masjid sekiranya tidak dikawal sehingga mengganggu jemaah lain.

 

"Tetapi, jika hari lain anak tersebut diam sahaja, tidak pernah mengganggu solat cuma pada hari berkenaan tiba-tiba dia buat kacau (bising) tidak mengapa, tidak berdosa," katanya.

 

"Namun, ibu bapa yang memang dah tahu anaknya suka buat kacau dan mengganggu jemaah lain di masjid dan dalam masa sama tidak kawal kanak-kanak berkenaan hukumnya haram."

 

"Boleh bawa (anak yang aktif) ke masjid tetapi kena jaga dan kawal mereka," katanya.

 

Sementara itu, menjawab pertanyaan 'hukum ibu bapa bawa anak kecil ke masjid' dalam slot ceramah lain, beliau berkata, kanak-kanak yang boleh dibawa ke dalam masjid adalah kanak-kanak yang tidak mengotorkan masjid.

 

"Kalau budak tersebut tak pakai seluar atau lampin dan pada bila-bila masa dia akan buang air kecil, haram membawanya masuk ke dalam masjid," katanya.

 

Namun, mengulas lanjut Ustaz Azhar berkata, sekiranya kanak-kanak itu dikemaskan dan dipakaikan lampin tiada kesalahan membawanya ke dalam masjid.

 

"Kalau nak bawa kena pakai lampin tetapi ibu bapa perlu jaga kerana mereka masih belum mumayiz. Ibu bapa boleh lepaskan anak yang telah mumayiz yang mana berumur dalam darjah satu (tujuh tahun) dan tadika yang mana tidak ganggu jemaah lain.

 

"Ibu bapa adalah berdosa jika meninggalkan atau tidak menjaga anak kecil lalu anak tersebut buat kacau dalam surau atau masjid," katanya.

 

(Sumber: Youtube)

 



 

Pendekatan masjid: Boleh hadir tapi bersyarat

 

"PADA pandangan saya, di dalam hal ini adalah lebih baik menentukannya dengan menggunakan neraca ilmu kerana ia menyuluh kehidupan," kata Ketua Unit Dakwah dan Informasi Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Firdaus Subhi sekali gus sebagai respons kepada persoalan ramai yang tidak gemar kanak-kanak hadir ke masjid atas faktor bising.

 

Katanya, setiap amalan akan diberi pahala mahupun mendapat dosa berdasarkan apa dilakukan dengan menyebut firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud: "Dan boleh jadi kamu membenci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka pada sesuatu pada hal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), ALLAH jualah yang mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya."

 

Katanya, firman ALLAH dalam surah An-Nisa' ayat 19 bermaksud: "Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang ALLAH hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untukmu).

 

"Firman ALLAH ini boleh dirujuk bagi menjawab tindakan sesetengah pihak yang tidak gemar kanak-kanak hadir ke masjid atas alasan berbuat bising. Membawa atau mengalu-alukan kanak-kanak ke masjid adalah satu perkara yang baik dan sememangnya dalam mendidik kanak-kanak memerlukan kesabaran apatah lagi apabila berkaitan dengan ibadah solat," katanya.

 

"Firman ALLAH dalam surah Toha ayat 132 "Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun dan sabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan baik adalah bagi orang-orang bertakwa".

 

"Maka itu, secara kesimpulannya janganlah terlalu keras dalam melarang kehadiran kanak-kanak dan tidak pula terlalu longgar sehingga menjejaskan fungsi utama iaitu beribadah di masjid." katanya.

 

Firdaus berkata, hadis riwayat Bukhari dari Anas bin Malik berkata, sabda Nabi SAW: 'Sesungguhnya aku ketika menunaikan solat aku ingin memanjangkan bacaan, tetapi aku mendengar tangisan budak lantas aku meringkaskannya kerana risau perasaan ibunya'. Kata Imam Nawawi, hadis ini adalah keharusan bagi wanita dan kanak-kanak solat di masjid dan ketika Imam ibn Hajar menjelaskan hadis ini, disebut kanak-kanak berada sama saf dewasa.

 

"Secara kesimpulannya, kanak-kanak boleh menghadiri masjid dengan syarat berikut, selamat dari najis; tidak membawa kanak-kanak yang tidak mampu dijaga akan kekotoran najisnya; kanak-kanak itu mampu diajak untuk bersolat apabila diarahkan agar tidak berlaku kebisingan," katanya.



 

* Oleh SUHARNE ZAINUDIN, Sinar Harian, 1 April 2013

Rokiah Mad Dom , Isnin, April 01, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog