/

Ibu bapa berdepan perubahan dunia lebih terbuka, global

SHAH ALAM, 31 Mac 2013 – Sebagai pemimpin dalam keluarga, ibu bapa hari ini berdepan situasi sukar dan mencabar kerana perubahan dunia yang lebih terbuka sehingga sukar untuk mengawal pergerakan anak-anak.

 

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, cabaran globalisasi yang melanda dunia ketika ini, tempiasnya telah sampai ke negara kita.

 

Bekas Ketua Pengarang Sinar Harian itu berkata, pendedahan maklumat yang dapat dicapai dengan sekelip mata akan menggugat keimanan jika tiada asuhan dan didikan yang kuat dalam keagamaan.

 

"Selain didikan, pemantauan, kasih sayang mestilah diberikan kepada anak-anak. Dahulu, ibu bapa mungkin risau keselamatan anak-anak yang pergi menangkap ikan kerana bimbang disengat haiwan berbisa namun sekarang pula lain cabaran lebih-lebih lagi dengan perubahan dunia yang lebih terbuka.

 

“Ibu bapa juga perlu menggalakkan anak  untuk untuk memilih pendidikan yang tepat dan dapat menjamin masa depan, dalam masa sama perlu memantau pergaulan mereka,” katanya ketika berucap di Seminar Cabaran Ibu Bapa Dalam Era Milenium, di Universiti Selangor (Unisel), di sini, semalam.

Beliau berkata, masyarakat sekarang juga terdedah kepada perubahan sosial yang menyukarkan ibu bapa untuk mengawal pergerakan anak mereka.

 

Cabaran menjaga anak zaman sekarang ini saya akui lebih banyak berbanding dahulu, ibu bapa kini perlu berfikiran terbuka untuk memahami anak mereka dengan meningkatkan komunikasi dan cuba bertoleransi," katanya.

 

Hadir sama memberi ceramah daripada Galeri Ilmu, Aliyah Sijari, Penceramah Motivasi, Dr Robiah K Hamzah dan Penceramah Smart Parents Netwook, Zaid Mohamad.

 

Penolong pengarah program, S Harikeshwaran berkata, objektif seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kesediaan ibu bapa untuk mendidik anak dalam era globalisasi.

 

Hampir 200 orang termasuk 80 peserta daripada Persatuan Ibu Tunggal Taiping mengikuti program tersebut yang merupakan projek pelajar semesta tujuh, Fakulti Media dan Komunikasi, Unisel.

 

* Oleh SITI AISAH HABIRIN, Sinar Harian, 31 Mac 2013

Rokiah Mad Dom , Isnin, April 01, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog