v Bayi yang diberi antibiotik terlalu awal berdepan risiko mengalami berat badan berlebihan.
v Pemberian ketika kecil bunuh bakteria baik dalam usus
NEW YORK, 01 April 2013 - Amalan memberi ubat antibiotik kepada bayi sebelum berusia enam bulan boleh menyebabkan mereka mengalami masalah berat badan berlebihan, lapor satu kajian terbaru.
“Kita biasanya menganggap, kegemukan atau obesiti berpunca daripada amalan pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam, bagaimanapun semakin banyak kajian yang dijalankan menunjukkan keadaan sebenarnya lebih rumit.
Usia kanak-kanak ketika mereka diberi antibiotik juga mempunyai kesan” kata Leonardo Transande, Penyelidik
“Mikrob di dalam usus memainkan peranan penting untuk menentukan bagaimana kalori diserap dan pendedahan kepada antibiotik sejak awal usia boleh membunuh bakteria baik yang mempengaruhi penyerapan zat makanan ke dalam badan kita,” kata penyelidik Leonardo Transande dari Sekolah Perubatan Universiti New York.
Hasil kajian pertama pernah dilakukan dan disiarkan dalam Journal of Obesity ini juga memberi amaran bahaya yang mungkin diwujudkan dengan pemberian antibiotik dikalangan kanak-kanak.
Ubah sel mikrob
Transande berkata, kajian awal membuktikan kaitan antara pemberian antibiotik dengan perubahan berbilion-bilion sel mikrob di dalam badan hingga menyebabkan obesiti, masalah pembengkakan usus, asma dan pelbagai masalah kesihatan lain. Bagaimanapun bukti kaitan secara langsung kesan antibiotik ini belum ditemui dan kajian masih diteruskan.
Penyelidikan membabitkan penilaian penggunaan bahan antibiotik dikalangan 11,532 kanak-kanak dilahirkan di wilayah Avon, Britain dari 1991 hingga 1992 yang mengambil bahagian dalam kajian jangka panjang mengenai kesihatan.
Kajian itu mendapati, bayi yang menerima rawatan antibiotik dalam tempoh lima bulan pertama kehidupan mereka mempunyai berat badan yang berlebihan berbanding kanak-kanak yang tidak didedahkan dengan ubat berkenaan.
“Perbezaannya agak kecil bagi kanak-kanak berusia 10 hingga 20 bulan. Bagaimanapun apabila usia mereka mencapai 38 bulan, kanak-kanak yang menerima rawatan antibiotik mempunyai 22 peratus kemungkinan untuk mengalami masalah berat badan berlebihan.
Usia beri kesan
“Usia kanak-kanak ketika mereka diberi antibiotik juga mempunyai kesan. Mereka yang menerima rawatan antibiotik pada usia enam hingga 14 bulan, tidak menunjukkan tanda ketara indeks tubuh lebih tinggi,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penyelidik di universiti yang sama, Jan Blustein berkata, sejak sekian lama penternak lembu mengetahui antibiotik mempunyai pengaruh besar bagi menghasilkan lembu yang lebih berat untuk pasaran.
“Walaupun kajian lanjut perlu dilakukan untuk mengesahkan penemuan ini, penyelidikan terperinci setakat ini membuktikan antibiotik mempunyai pengaruh besar kepada peningkatan berat badan kanak-kanak dan dewasa,” katanya. - Agensi

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "