2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Nama panjang trend kini

KUALA LUMPUR, 28 Mac 2013 - Nama seperti Amanda Natasha Nur Rania Alya, Meor Muhammad Azrai Tufail, dan Sharifah Nur Arissa Zulaikha Damia adalah antara nama panjang kini menjadi pilihan sesetengah ibu bapa apabila mendaftar anak mereka yang baru lahir.

 

Nama itu semacam berselirat bila kebetulan nama bapa juga panjang seperti Muhammad Haikal Shafiq al-Amin.

 

Penceramah agama Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, "memang ada kalangan ibu bapa yang gemar memilih nama anak yang panjang dan lain dari yang lain tanpa memikirkan maksud yang baik di sebalik nama berkenaan."

 

Trend memilih nama panjang ini berbeza dengan trend pada tahun-tahun 40'an-50'an dulu ketika ibu bapa memilih nama-nama yang agak luar biasa seperti Pungut, Bongek, Patah, Punat, Gondol, Tumpang, Sabtu, Ahad, Isnin dsbnya. 

 

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, dari segi kepanjangan nama untuk pendaftaran, JPN tidak ada halangan asalkan nama berkenaan tidak melebihi 80 aksara meliputi huruf, ruang kosong, bin, binti dan nama bapa.     

 

"JPN cuba menasihati sekiranya nama yang ingin diberikan itu mempunyai maksud yang tidak baik", katanya.

 

Jainisah berkata nama yang terlalu pelik juga tidak digalakkan kerana ia akan menyusahkan ibu bapa itu sendiri apabila terpaksa datang semula ke JPN bagi menukar nama yang anak itu sendiri tidak selesa.

 

Wan Akashah berkata nama anak selain melambangkan identiti, ia juga merupakan doa.

 

"Lebih baik meletakkan nama yang pendek tetapi mempunyai maksud yang baik berbanding nama yang panjang dan pelik tetapi tidak mempunyai sebarang maksud," katanya.

 

Ada nama yang memberi makna negatif.

 

Jainisah berkata, kira-kira 500,000 pendaftaran kelahiran direkodkan oleh JPN setiap tahun. JPN tidak mempunyai statistik nama-nama panjang yang didaftarkan, katanya. - Bernama

Rokiah Mad Dom , Jumaat, Mac 29, 2013 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog