PENGELOLA Istana Negara, Rusli Asri (tiga dari kanan) memberi penerangan mengenai Istana Negara lama kepada Ibrahim (kanan) dan wakil-wakil media di istana tersebut di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR, 22 Jan. 2013 - Buat pertama kalinya, rakyat dibolehkan melawat bilik-bilik di Istana Negara lama yang pernah menjadi penginapan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berikutan bangunan lama itu dijadikan Muzium DiRaja dan dibuka kepada umum mulai 1 Februari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Muzium, Datuk Ibrahim Ismail berkata, sebelum ini Balairong Seri di istana itu telah dibuka kepada umum sebagai medan 'Pameran Raja Kita' sejak April tahun lepas.
"Kita menerima respons daripada orang ramai yang mahu melawat ke dalam Istana Negara. Kerajaan memutuskan untuk membuka istana itu sebagai sebuah muzium," katanya kepada pemberita semasa mengiringi lawatan media ke istana itu semalam.
Seramai 40 wakil media serta agensi pelancongan dibawa melawat selama dua jam dan buat pertama kalinya memasuki Istana Negara setinggi dua tingkat dengan 22 bilik termasuk bilik beradu, pejabat, dewan, ruang makan dan istirehat.
Katanya, pembukaan muzium itu akan dirasmikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 1 Februari ini.
"Kita akan buka setiap hari mulai pukul 9 pagi hingga 5 petang dan pada peringkat awal, orang ramai akan diiringi pegawai kita yang akan memberikan taklimat mengenai setiap bilik dan ruang yang pernah digunakan".
Sejarah Istana Negara bermula sebagai rumah agam yang dibina pada tahun 1928 dan penggunaannya berakhir pada November tahun lepas apabila Istana Negara baharu didirikan di Kompleks Istana Negara di Jalan Duta di sini.

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "