/

Bahasa Melayu.... Dimana Kerajaan? : 'Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka'

Bahasa Melayu terabai dalam pentadbiran

WARTAWAN SINAR HARIAN, 27 November 2012

 

GEORGETOWN - Ahli masyarakat termasuk pemimpin dan orang kenamaan mula mengabaikan bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran.

 

Pengarah Penerbit Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Md Salleh Yaapar berkata, ada juga golongan yang sering bercakap bahasa Melayu dengan mencampuradukkan bahasa Inggeris.

 

Gejala ini bermula dengan perkataan, kemudian ayat dan terus menular ke peringkat perenggan,” katanya sewaktu sesi pembentangan kertas kerja bahasa Melayu dalam bidang pentadbiran dan pendidikan di sini, kelmarin.

 

Beliau berkata, kalangan orang yang berkuasa dalam politik juga tidak memahami cara menggunakan bahasa yang sedang berkembang malah menganggap bahasa Melayu patut dikorbankan dan digantikan bahasa Inggeris untuk menguasai bidang sains dan teknologi.

 

Golongan ini tidak sedar jika bahasa jika tidak dikembangkan untuk menguasai ilmu maka ia juga tidak akan berkembang dalam bidang pentadbiran.

 

Mereka tidak memandang berat terhadap usaha membina bahasa sendiri untuk ilmu yang dikehendaki. Inilah mentaliti minda yang sedang dijajah secara sedar yang mudah terseret ke dalam imperialisme linguistik dan turut membantu perkembangannya,” katanya.

 


Bahasa: Pemimpin perlu ubah sikap

Oleh NORSYAFINAS AHMAD SUKRI, 27 November 2012

 

GEORGETOWN - Sikap pemimpin masyarakat yang kurang yakin untuk menggunakan bahasa Melayu di khalayak ramai selain menganggapnya tidak mampu menjadi bahasa ilmu menjadi punca utama bahasa itu terus terpinggir.

 

Karyawan Tamu, Universiti Malaya, Prof Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim berkata, tamparan hebat berlaku pada awal tahun 1990-an apabila pucuk pimpinan negara mengeluh mengenai kemerosotan bahasa Inggeris dengan menyalahkan bahasa Melayu setelah dijadikan bahasa pengantar utama.

 

Menurutnya, tindakan pucuk pimpinan yang menyokong keputusan itu secara terang-terangan melanggar Dasar Bahasa Kebangsaan dengan menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di dalam situasi rasmi.

 

Saya tidak senang hati jikalau pemimpin kita tidak yakin dengan bahasa Melayu kerana kebanyakan mereka ini dididik di luar negara.

 

Apabila disuruh bercakap dalam bahasa Melayu, mereka kurang mahir dan beranggapan lebih selesa untuk bercakap dalam bahasa Inggeris yang akan menyebabkan bahasa Melayu terus terpinggir,” katanya selepas membentangkan kertas kerja pada Persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka.

 

Tokoh bahasa itu berkata, berdasarkan penggubalan akta yang membenarkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi (IPT), sekali gus menggalakkan penubuhan ratusan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di negara ini.

 

Beliau berkata, jika diteliti semula dasar Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) menunjukkan Kerajaan Malaysia tidak yakin dengan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

 

Jika hendak menulis untuk dibaca di peringkat antarabangsa tidak salah menulis dalam bahasa Inggeris tetapi untuk menghasilkan bahan rujukan kepada rakyat jelata mesti menggunakan bahasa yang mudah difahami.

 

Tidak semua orang pandai berbahasa Inggeris yang tinggi. Kalau pergi ke pasar untuk beli ikan sekalipun bukannya bahasa Inggeris yang digunakan malah bahasa ibunda mengikut laras yang berbeza,” katanya.

 

Sehubungan itu, masyarakat harus menentukan pemimpin yang sesuai memegang jawatan termasuk ketua jabatan yang mampu menjadikan penggunaan bahasa Melayu dengan baik dan dikembangkan.

 

Unknown , Selasa, November 27, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog