2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Khasiat epal organik epal

PERIBAHASA Barat 'makan sebiji epal sehari, anda tidak perlu berjumpa doktor' memang diketahui umum. Kini saranan itu terkandung dalam program 3-Epal-Sehari yang mampu menyusutkan berat badan beberapa paun.

Beberapa tahun lepas, di bandar Wenatchee di Washington, Amerika Syarikat (AS), berat badan penduduk di situ mula susut bukan disebabkan kurang makan, diet terkini atau pil pelangsingan tetapi melalui perubahan gaya hidup yang mendatangkan hasil mengejutkan.Epal6be22d4

Seorang wanita susut 19 paun lemak badan sepanjang 12 minggu manakala seorang lelaki pula berjaya susut 35 paun dalam masa sama. Keseluruhannya, seramai 346 orang yang mengikuti program itu susut lebih daripada 6,000 paun lemak dalam 12 minggu.

Bagaimana ia berlaku? Dengan hanya memakan tiga biji epal Washington Apples sehari di samping program pemakanan dan senaman yang seimbang.

Perut buncit Menurut Pengarah Urusan Dya D Masha, Wan Muhammad Izzat Wan Izani, ramai rakyat negara kita menghadapi masalah perut buncit dan obesiti.

"Walaupun berpuasa dikatakan cara terbaik menurunkan berat badan, keadaan pasti berubah ketika menyambut Aidilfitri.

"Penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut harus dicari sebelum ia menjadi bertambah serius. Seseorang yang obes akan berhadapan masalah ketidakseimbangan tubuh badan. Kaki dan lutut menjadi sakit gara-gara mahu menampung badan yang berat selain risiko penyakit jantung, kencing manis dan cepat letih," ujarnya.

Muhammad Izzat menambah, salah satu pemakanan yang baik diamalkan ketika menyambut raya adalah gabungan epal organik menerusi serat kolagen dan stem sel yang dapat membantu membuang lemak berlebihan tanpa cirit birit. Ini kerana epal boleh mengawal paras kolestrol secara semula jadi ekoran kandungan seratnya yang tinggi.

"Ia boleh bergabung dengan kolestrol dan membuang lemak tidak baik sebelum lemak diserap ke dalam badan," katanya.

Selain pengambilan makanan tambahan, serat epal organik diperlukan dalam pemakanan harian kita. Setiap individu memerlukan 25 hingga 30 gram serat sehari untuk membantu menyahtoksin dalam badan. Serat larut ini juga membantu mengurangkan lemak berlebihan iaitu kolestrol dalam badan.

Bagaimanapun ramai yang tidak menyedari bahawa tidak mudah bagi mereka untuk mengambil jumlah serat yang diperlukan setiap hari sebelum lemak diserap ke dalam badan.

Serat epal juga bertindak membuang toksin daripada kolon dan mengawal fungsi usus serta dapat mengelakkan sembelit. Ia berbeza daripada produk lawas yang lain kerana tidak menyebabkan pengguna sakit perut seperti memulas dan cirit-birit.

Unknown , Isnin, Julai 30, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog