/

UKM di tangga ke 31 QS kedudukan universiti dunia

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2012 - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menduduki tangga ke-31 dalam ranking Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings tahun ini bagi universiti di bawah 50 tahun penubuhannya.
Naib Canselor UKM, Prof Tan Sri Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata kedudukan itu adalah pengiktirafan peringkat dunia yang mana UKM merupakan satu-satunya universiti tempatan yang tersenarai.
 
Beliau berkata UKM dipilih berdasarkan kajian, hasil jurnal, kepakaran tenaga pengajar dan jumlah mahasiswa dalam penglibatan setiap kajian.
 
"QS menilai dari setiap aspek penghasilan bahan ilmiah dan penemuan baru... dan salah satu sebabnya ialah hasil kajian Fakulti Perubatan yang mana sebelum ini sering kali muncul dengan penemuan yang berkualiti tinggi," katanya kepada pemberita selepas majlis Perasmian Sambutan 40 tahun Fakulti Perubatan UKM, hari ini.
 
Majlis itu disempurnakan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaku Canselor UKM.
 
Ogos lepas Pusat Perubatan UKM (PPUKM) telah menjalankan pembedahan kaedah lubang kunci yang pertama di dunia terhadap bayi yang baru berusia 14 hari bagi mengeluarkan 95 peratus daripada organ pankreasnya.
 
Sharifah Hapsah berkata kedudukan itu memperlihatkan UKM sebagai satu institusi yang mampu memberikan impak dalam segala bentuk penghasilan jurnal mahupun sebarang kajian walaupun ia baru 42 tahun ditubuhkan.
 
"Memang sasaran kami sebelum ini untuk mendapat kedudukan 'top 50' dan kami komited untuk terus berusaha ke arah 'top 10' pada tahun depan bagi kategori universiti baru, kurang 50 tahun ditubuhkan," katanya.- Bernama
Unknown , Khamis, Mei 31, 2012 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog