2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Projek kemanusiaan terancam


RAMALLAH 5 Okt. : Projek- projek ekonomi dan kemanusiaan yang dianggap penting bagi mencapai perdamaian di Asia Barat kini terancam disebabkan pembekuan bantuan kewangan Amerika Syarikat (AS) berjumlah AS$200 juta (RM600 juta) oleh anggota Kongres yang menentang permohonan Palestin untuk diiktiraf sebagai negara di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Diplomat Palestin dan Barat berkata, tindakan Kongres membekukan dana yang sudah diluluskan untuk Palestin pada tahun ini mencampuradukkan elemen politik dengan usaha praktikal untuk mencapai perdamaian dengan Israel dan menubuhkan sebuah negara Palestin.

Kabinet Pihak Berkuasa Palestin (PA) dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat mingguannya semalam 'melahirkan harapan Kongres AS akan mengkaji semula pembekuan bantuan kepada PA'.

"Sesetengah pihak di Kongres bukan sahaja tidak mempedulikan kepentingan rakyat Palestin tetapi juga menentang sebarang kemungkinan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi bagi penduduk yang dijajah," kata Menteri Ekonomi, Hassan Abu Libdeh.

Beliau menyifatkan keputusan Kongres itu sebagai 'pelik' dan akan dipandang negatif oleh rakyat Palestin selain menjejaskan kredibiliti AS.

"Kita bercakap mengenai peruntukan AS$200 juta (RM600 juta) yang diagih-agihkan antara pelbagai projek sektor swasta, termasuk yang berkaitan dengan sektor bekalan air dan infrastruktur," kata Abu Libdeh.

Projek anjuran agensi bantuan kerajaan AS, USAID yang dijalankan sejak tiga tahun lalu termasuk program pembangunan lima tahun untuk sektor kesihatan, latihan kakitangan perubatan dan pentadbiran, baik pulih hospital dan penyediaan peralatan hospital.

Menteri Kesihatan, Fathi Abu Maghly berkata, belum ada projek kesihatan yang keseluruhannya bernilai AS$87 juta (RM252 juta) dibekukan, tetapi kerja pembinaan sebuah bangunan perbandaran di Jericho telah dihentikan.

Presiden AS, Barack Obama sedang melobi Kongres untuk menarik balik pembekuan bantuan tersebut, meskipun beliau juga memberi amaran kepada Palestin, pengiktirafan negara mereka menerusi pengundian di PBB tidak boleh menggantikan perjanjian damai yang dirundingkan dengan Israel.

Turut menggesa Kongres supaya menarik balik pembekuan itu ialah utusan damai Kuartet Asia Barat yang juga bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. - Reuters
Unknown , Jumaat, Oktober 07, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog