/

Produk Kesihatan 'Kapsul Huo Li Bao' Dan 'HB Lite' Tidak Selamat Digunakan


PUTRAJAYA, 18 Okt - Dua produk kesihatan iaitu kapsul 'Huo Li Bao' dan 'HB Lite' ditarik balik penjualannya mulai 26 Sept. lepas kerana didapati tidak selamat untuk digunakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahim berkata kedua-dua produk itu dikesan mengandungi bahan campur palsu yang tidak dibenar digunakan dalam produk tradisional.

"Produk Huo Li Bao nombor pendaftaran MAL09062214TC dikesan mengandungi frusemide dan chlorpheniramine, manakala HB Lite nombor pendaftaran MAL09032133TC mengandungi promethazine," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Hasan yang juga pengerusi Pihak Berkuasa Kawalan Dadah berkata frusemide atau furosemide ialah sejenis ubat diuretik yang diguna bagi mengurangkan pembengkakan akibat air terkumpul (edema) dan penggunaannya memberi kesan sampingan serius seperti ketidakseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan.

Chlorpheniramine pula katanya, ialah ubat anthihistamin yang digunakan dalam rawatan berkait dengan reaksi alergik, yang membawa kesan sampingan seperti mengantuk dan kekeringan pada mulut sehingga boleh menyebabkan penyakit paru-paru kronik.

Beliau berkata penggunaan Promethazine yang terdapat dalam HB Lite tanpa pengawasan pula boleh memberikan kesan sampingan serius seperti 'fatal respiratory depression' (dikontraindikasi untuk kanak-kanak bawah umur dua tahun).

"Ia juga boleh menyebabkan Neuroleptic Malignant Syndrome (Manifestasi klinikal seperti demam panas, kekejangan otot, gangguan mental dan gangguan pada rentak jantung," katanya.

Dr Hasan berkata orang ramai yang menggunakan produk itu diminta untuk menghentikan penggunaannya serta-merta dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan.

"Sesiapa yang mempunyai stok produk dinasihat menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya serta-merta kerana tindakan undang-undang boleh dikenakan kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.- Bernama
Unknown , Rabu, Oktober 19, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog