/

Pengamal Perubatan Dinasihat Tidak Menggunakan Terapi 'Ozon' Dan 'Chelation'


PUTRAJAYA, 18 Okt - Semua pengamal perubatan dinasihat supaya tidak menggunakan Terapi Ozon dan Chelation sebagai kaedah rawatan untuk sebarang masalah kesihatan, kecuali untuk tujuan penyelidikan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Hasan Abdul Rahman.

Dr Hasan, yang juga presiden Majlis Perubatan Malaysia, berkata tiada bukti yang menunjukkan penggunaan dua rawatan terapi itu mendatangkan hasil terapi untuk sebarang penyakit.

"Keputusan dibuat selepas perbincangan menyeluruh dan hasil maklumat yang diperoleh daripada pangkalan data saintifik tempatan dan luar negara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Hasan berkata terdapat keperluan untuk menjalankan kajian lanjut mengenai kaedah dua rawatan itu, terutama mengenai keberkesanan dan keselamatan penggunaannya.

"Oleh itu orang ramai dinasihat jangan melakukan rawatan itu, dan menanggung sendiri sebarang risiko jika mereka menjalaninya," katanya.

Beliau berkata Majlis Perubatan Malaysia dan Kementerian Kesihatan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kemungkinan akibat penggunaan kaedah rawatan itu. - Bernama
Unknown , Rabu, Oktober 19, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog