2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Ulat boleh rawat luka kencing manis


JIKA luka akibat kencing manis, apa kata gunakan ulat berenga untuk menyembuhkannya? Itulah idea yang ditimbulkan oleh sekumpulan pengkaji dari Hawaii.

Ketika ini, untuk memulihkan luka akibat kencing manis, doktor mengeluarkan tisu-tisu yang sudah mati dengan menggunakan pengerik atau enzim. Proses ini disebut debridement.

Bagaimanapun, cara ini sering gagal memulihkan luka sebegini, kata Dr Lawrence Eron dari Hospital Kaiser dan Universiti Hawaii di Honolulu.

'Para pesakit kencing manis yang menghadapi masalah luka ini perlukan rawatan yang lebih baik untuk menyelamatkan kaki atau tangan mereka yang luka itu,' katanya.

Beliau menambah: 'Merawat luka pesakit kencing manis dengan proses debridement menggunakan ulat berenga (maggot) didapati sangat berkesan. Selepas satu rawatan saja, lukanya kelihatan semakin sembuh.'

Dr Eron dan rakan-rakannya membentangkan dapatan mereka di satu pertemuan saintifik di Chicago, Amerika Syarikat, baru-baru ini, tetapi dapatan itu belum lagi diteliti oleh pengkaji bebas.

Kesemua 37 pesakit kencing manis yang terlibat dalam kajiannya dirawat dengan ulat-ulat berenga. Mereka menghidap penyakit pembuluh darah akibat pengaliran darah yang lemah di bahagian kaki kerana kencing manis hingga mengakibatkan luka - ada selama lima tahun.

Para doktor itu telah meletakkan 50 hingga 100 ekor ulat berenga daripada spesies Lucilia sericata ke luka para pesakit itu dan membiarkannya selama dua hari.

Selepas itu, mereka menggantikannya dengan ulat-ulat baru. Ini diulangi purata sebanyak lima kali.

'Kami mengurung ulat-ulat ini dalam kurungan berdawai halus. Sarung kaki nilon pun boleh digunakan. Kami kemudian tutup kurungan itu agar ia tidak keluar,' jelas Dr Eron.

Seramai 21 pesakit berjaya dirawat. Infeksi pada luka mereka telah dapat dihapuskan; begitu juga dengan tisu-tisu mati. Tisu-tisu penghubung lain pula dapat dihasilkan dan tiga suku bahagian yang luka dapat dipulihkan.

Bagaimanapun, sekumpulan kecil lagi pesakit gagal dirawat. Seorang mengalami inflamasi teruk di sekitar lukanya, seorang lagi mengeluarkan banyak darah dan tiga mengalami jangkitan pada tulang mereka.

Bagi pesakit yang dapat dirawat dengan baik menggunakan ulat berenga, lima luka mereka adalah disebabkan infeksi bakteria Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), sembilan luka kerana jangkitan bakteria Methicillin-Sensitive Staphylococcus Aureus (MSSA) dan 10 kes kerana jangkitan bakteria streptococci kumpulan B, kata Dr Eron.

Ulat berenga dapat merawat luka kerana ia mengeluarkan bahan ke dalam luka yang dapat mencairkan tisu-tisu mati sebelum menghadamkannya di dalam perutnya.

Ini membersihkan luka itu dan bahan lain yang dikeluarkan ulat itu membolehkan tisu-tisu penghubung baru dihasilkan sambil luka menjalani proses penyembuhan, tambah Dr Eron. - Reuters Health.
Muhammad Ttuyup , Khamis, September 29, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog