/

Buah Kabung: Sukar Untuk Memprosesnya Tetapi Enak Dimakan


BALING : Pokok kabung atau pokok Nau dikenali kerana isi buahnya yang enak terutama untuk dijadikan juadah untuk berbuka puasa.

Isi buah kabung sedap dimakan bersama air sirap, puding dan dimakan begitu saja kerana isinya yang lembut dan manis.

Isi buah kabung yang pokoknya hidup meliar dalam hutan mampu dijadikan satu perusahaan yang boleh menjana pendapatan lumayan sepanjang tahun, tetapi untuk memproses buah kabung bagi mendapatkan isinya amat sukar dan memerlukan kemahiran.

Di Kampung Kaki Bukit, Rambong dekat sini, Mohd Kassim Sudin, 51, dan isterinya Siti Fatimah Md Daud, 48, yang mengusahakan perusahaan ini secara tradisional mengakui bukan mudah untuk mendapatkan isi buah kabung.

Ini kerana kulit buah kabung mempunyai sejenis cecair yang boleh menyebabkan kulit menjadi gatal, pedih dan bengkak.

Mohd Kassim berkata selepas buah kabung direlaikan dari tangkainya, ia perlu direbus sekurang-kurangnya sejam bagi mengeluarkan getahnya.

"Setelah direbus, buah kabung dipotong sedikit untuk memudahkan isinya dikeluarkan dengan cara mengepitnya dengan kayu pengepit atau mengoreknya dengan sudu," katanya.

Katanya kini semakin sukar untuk mendapatkan buah kabung kerana pokok kabung semakin pupus.

Walaupun mengusahakan jualan isi buah kabung secara kecil-kecilan, pasangan ini mampu meraih pendapatan hampir RM1,000 sebulan dengan menjualnya di pasar malam dan bazar Ramadan dengan harga RM13 sekilogram secara borong dan RM3 sebungkus.

Katanya sebatang pokok kabung mampu mengeluarkan sekurang-kurangnya tiga mayang buah kabung yang boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 10 kilogram isi kabung.
Tanpa Nama , Khamis, Ogos 11, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Tanpa Nama

EXECUTIVE DERECTOR :: Saya, Blogger Tanpa Nama, Lihat atas, Lihat Bawah, Lihat Belakang, Lihat Depan, teruskan perjalanan ini, Itulah wajah kehidupan kita di atas muka bumi ALLAH ini..
((((((( 'The unKnown' / 'The Blog Noname' )))))