2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Google Plus lawan Facebook

CONTOH paparan halaman sosial Google Plus yang disiarkan untuk Reuters, kelmarin.
 
SAN FRANCISCO, 29 Jun - Google Inc. sekali lagi cuba memecah dominasi Facebook dalam rangkaian sosial dengan memperkenalkan satu perkhidmatan baru dikenali sebagai Google Plus, semalam.

Google menyatakan perkhidmatan baru itu akan menghubungkan semua sifat perkhidmatan yang ditawarkan di talian, menjadikannya sebagai sebuah rangkaian sosial.

Pengasas bersama Google, Larry Page mahu menjadikan enjin carian nombor satu di Internet itu sebagai satu jaringan sosial kerana orang ramai lebih menggunakan Facebook dan Twitter.

Bagi membezakan perkhidmatan tersebut, Google menyatakan ia mempunyai pendekatan lebih baik berhubung privasi, perkara yang menjadi isu dalam rangkaian sosial sebelum ini.

Google Plus menawarkan pendekatan 'rangkaian' rakan dan kenalan di mana pengguna boleh menguruskan rakan mengikut rangkaian anggota keluarga, rakan sekerja atau rakan kolej, apa yang hendak dikatakan selain perkongsian gambar dan video atau pelbagai maklumat dalam kumpulan kecil itu sahaja.

''Dalam dunia di talian, terdapat perkhidmatan dikenali sebagai perkongsian kotak di mana anda tidak akan tahu ke mana perkara yang dimasukkan dalam kotak itu atau siapa akan membaca atau adakah ia akan memalukan anda dalam tempoh enam bulan akan datang.

''Bagi kami, privasi adalah perkara penting,'' kata Timbalan Presiden Pengurusan Produk Google, Bradley Horowitz.

Facebook yang dikritik kerana menyediakan kawalan privasi yang memeningkan pengguna, pada tahun lepas memperkenalkan satu ciri yang membolehkan pengguna membentuk kumpulan-kumpulan kecil rakan.

Google Plus akan dibuka kepada sejumlah kecil pengguna dalam sesi percubaannya.

Syarikat enjin carian itu tidak pula memaklumkan tarikh ia akan diperluaskan kepada semua pengguna. - Reuters

Adam Merah , Jumaat, Julai 01, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Adam Merah

CHAIRMAN :: Saya bermula di blog ini pada februari 2007 selepas dijemput oleh Mr. Ttuyup. Pada bulan november 2007 saya mengambilalih sepenuhnya bloh ini daripada Mr. Ttuyup, tetapi bermula Mac 2008 saya mengubah bentuk dan corak penampilan blog ini. Saya pernah mengubah alamat blog ini kepada www.red10.tk yang diperolehi secara percuma. Selepas setahun kemudian alamat ini dipadamkan selepas pihak terbabit mengenakan bayaran.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog