/

Tulisan Jawi Hadapi Bahaya Kepupusan - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR, 28 April - Semua pihak perlu bersama-sama menghidupkan semula program membaca dan menulis dalam tulisan Jawi demi memastikan tulisan Melayu tertua itu tidak hilang dan pupus ditelan arus pemodenan sekarang, kata seorang ahli akademik Khamis.

Ketua Jabatan Perpustakaan dan Sains Maklumat Universiti Sains Malaysia, Dr Wan Ali Wan Mamat berkata sehingga kini kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran masih menggunakan tulisan Jawi dalam satu subjek di peringkat sekolah rendah dan menengah, bagaimanapun ia masih belum mencukupi.

"Selain kerajaan, pihak swasta juga perlu memainkan peranan dengan mempromosikan penggunaan tulisan Jawi kerana setakat ini hanya akhbar Utusan Melayu terbitan Utusan Melayu (M) Berhad yang masih menggunakan tulisan itu.

"Bagaimanapun ia bakal hilang dalam arus pemodenan sekiranya tiada usaha untuk menyelamatkannya
" kata Wan Ali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan syarahan bertajuk "Wacana Manuskrip Melayu "Paleografi Melayu: Pengenalan kepada Tulisan Melayu Lama" di Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) di sini hari ini.

Wan Ali berkata tulisan jawi bukan hanya terhad kepada pembaca kaum Melayu sahaja tetapi kaum-kaum lain juga boleh mempelajarinya dan sekiranya ia dibaca oleh semua kaum sudah pasti penggunaan tulisan jawi akan lebih mendapat sambutan pada masa depan kelak.

Selain itu, katanya media massa juga boleh membantu mempromosikan tulisan Jawi dengan menerbitkan lebih banyak bahan bacaan dalam tulisan itu seperti suratkhabar, majalah dan dalam internet.

Mengenai manuskrip Melayu, beliau berkata manuskrip Melayu merupakan satu warisan dalam bentuk penulisan daripada zaman silam yang sangat tinggi nilai harganya.

"Isi kandungan manuskrip tersebut adalah pelbagai, antaranya perubatan, agama Islam, fiqah, tauhid, tasawuf, tajwid, sejarah, undang-undang dan lain-lain yang mencerminkan kekayaan pemikiran serta kegemilangan tamadun Melayu yang mesti dipelihara bagi faedah generasi kini dan akan datang," katanya.

Justeru, katanya semua pihak perlu mencontohi apa yang dilakukan oleh PNM kerana keprihatinannya untuk menyelamatkan warisan intelektual itu dengan cermat dan selamat bagi kegunaan orang ramai.

Wan Ali berkata PNM yang juga merupakan Pusat Manuskrip Melayu di Malaysia mempunyai sejumlah 4,300 manuskrip di mana sebahagian besar koleksi itu adalah berkaitan agama Islam. - Bernama

Cik NiNe Che Kadir , Sabtu, April 30, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Cik NiNe Che Kadir

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog