2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Mahatma Gandhi dituduh biseksual

BUKU biografi "Great Soul:Mahatma Gandhi and His Struggle With India" yang ditulis olehJoseph Lelyveld.

NEW DELHI 29 Mac - Seorang penulis Amerika berang dengan dakwaan kononnya bukunya menuduh pemimpin kemerdekaan India, Mahatma Gandhi sebagai bersifat perkauman, biseksual dan sanggup meninggalkan isteri untuk bersama seorang ahli bina badan.

Buku bertajuk Great Soul: Mahatma Gandhi And His Struggle With India tulisan Joseph Lelyveld itu menceritakan tentang hubungan rapat Gandhi dengan ahli bina badan amatur dan arkitek Jerman-Israel, Hermann Kallenbach.

Ikon kemerdekaan India itu pernah tinggal bersama Kallenbach di Johannesburg selama dua tahun dari 1907 sebelum meninggalkan Afrika Selatan untuk kembali ke India pada 1914.

"Bagaimana kamu boleh benar-benar menguasai tubuh saya. Ini adalah satu 'pengabdian' yang perlu dibalas'," jelas Gandhi menerusi sepucuk surat kepada arkitek itu.

Akhbar Britain, Daily Mail memaparkan tajuk muka depan 'Gandhi tinggalkan isteri untuk bersama kekasih lelaki', sementara akhbar Daily Telegraph melaporkan 'pemimpin tersebut bersifat perkauman terhadap kaum kulit hitam Afrika'.

Laporan akhbar tersebut telah menimbulkan kemarahan akhbar-akhbar India.

Lelyveld yang juga bekas penyunting eksekutif di akhbar New York Times berkata, kandungan bukunya telah disalah tafsir oleh liputan media.

"Saya tidak mengatakan Gandhi bersifat perkauman atau biseksual. Perkataan 'biseksual' langsung tidak ditulis dalam buku itu.

"Perkataan 'bersifat perkauman' pula hanya digunakan sekali untuk menerangkan kenyataan beliau semasa mula-mula tinggal di Afrika Selatan. Bab itu juga tidak menyatakan beliau bersifat perkauman atau perkara yang berkaitan dengannya," katanya. - AFP

+

Penulis nafi tuduh Gandhi biseksual

NEW DELHI, India - Seorang penulis Amerika Syarikat (AS) semalam menafikan sekeras-kerasnya bahawa buku terbarunya tentang Mahatma Gandhi menuduh bapa kemerdekaan India itu seorang biseksual dan berfahaman rasis yang meninggalkan isterinya demi seorang ahli bina badan.

Akhbar-akhbar di India berang dengan ulasan di AS dan Britain mengenai buku biografi Gandhi tulisan Joseph Lelyveld itu. Ia menceritakan tentang hubungan pemimpin itu dengan seorang arkitek dan ahli bina badan amatur berdarah campuran Jerman-Yahudi, Hermann Kallenbach.

Gandhi menetap di Kallenbach, Johannesburg selama dua tahun dari tahun 1907 sebelum meninggalkan Afrika Selatan untuk kembali ke India pada 1914.

"Anda telah memiliki seluruh tubuh saya," Gandhi dipetik sebagai berkata dalam sepucuk surat kepada Kallenbach yang dipaparkan dalam buku tersebut.

Akhbar Britain, Daily Mail menyiarkan tajuk utama "Gandhi meninggalkan isterinya untuk hidup bersama seorang kekasih lelaki, dakwa buku baru", manakala akhbar Daily Telegraph menyatakan, beliau berfahaman perkauman terhadap penduduk kulit hitam Afrika Selatan.

Namun, Lelyveld, seorang bekas pengarang eksekutif akhbar New York Times menegaskan: "Buku berjudul, Great Soul: Mahatma Gandhi And His Struggle With India" telah disalah tafsir oleh media cetak.

"Saya tidak menuduh Gandhi seorang rasis atau biseksual. Perkataan biseksual langsung tidak digunakan dalam buku ini," katanya.

"Perkataan rasis hanya digunakan sekali bagi menggambarkan komen-komen Gandhi ketika beliau baru menetap di Afrika Selatan. Ia langsung tidak merumuskan bahawa Gandhi seorang yang rasis," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, saudara-mara Gandhi di India, di mana buku tersebut belum lagi dipasarkan, mengecam dakwaan terhadap kehidupan cinta Gandhi oleh Lelyveld.

"Penulis-penulis Barat begitu taksub tentang seksualiti Gandhi. Cerita ini cuma dapat membantu menjual buku mereka," kata cicit pemimpin itu, Tushar Gandhi. Buku tersebut mula dipasarkan di AS semalam.

Gandhi meninggal dunia pada 30 Januari 1948 akibat ditembak oleh seorang ekstremis Hindu. - AFP

Rokiah Mad Dom , Khamis, Mac 31, 2011 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Rokiah Mad Dom

Seorang Surirumah Sepenuh Masa

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog