KUALA LUMPUR, Nov 11 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan bahawa produk minyak sapi keluaran syarikat QBB halal untuk kegunaan umat Islam di negara ini.
Menerusi laman web www.halal.gov Jakim memaklumkan minyak sapi jenama "QBB Pure Ghee" keluaran syarikat QBI Packaging Sdn Bhd adalah menepati konsep halalan toyiban.
"Dengan itu permohonan (sijil halal) daripada Syarikat QBI Packaging Sdb Bhd adalah diluluskan mulai 1 Nov 2010," menurut laman web itu.
Sijil Pengesahan Halal ini diberikan setelah pemeriksaan dilakukan secara terperinci dengan menggunakan pendekatan 'pengenalpastian produk', yang memeriksa tiga elemen iaitu 'pengenalpastian pembekal', 'pengenalpastian proses' dan 'pengenalpastian pelanggan'.
Jakim menggantung Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada Syarikat QBI Packaging Sdn Bhd berkuat kuasa 19 Ogos lalu setelah mendapati ia mengandungi elemen yang meragukan dan tidak boleh dimakan oleh umat Islam.
Tindakan itu melarang QBI Packaging menggunakan logo halal Malaysia pada semua produk minyak sapi QBB sehingga Jakim berpuas hati status halal produk berkenaan.
Sementara itu dalam satu kenyataan, Pengarah QBB Pte Ltd Lim Peck Bin berkata syarikat akan sentiasa dan terus mengambil langkah-langkah bagi memastikan produk keluarannya boleh digunakan umat Islam dan mematuhi syarat pensijilan halal. - Bernama

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .

Nama Penuh saya ialah Cik NiNe Binti Che Kadir, saya menggunakan nama pena C9 dan Cik 9P. Mulus

0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "