/

Mesej Sampah: Amerika Syarikat Hantar Lebih 13 Peratus Spam Global

SINGAPURA, 29 April - Amerika Syarikat meneruskan tindakan tidak popularnya sebagai "Raja Spam", apabila menghantar lebih daripada 13 peratus spam global, menyumbang beratus juta mesej sampah setiap hari.

Perkara itu didedahkan oleh firma kawalan dan keselamatan IT, Sophos, dalam laporan terkini mengenai 12 negara utama yang menghantar spam dalam tempoh suku pertama 2010.

Bagaimanapun laporan itu menyebut, China, yang sebelum ini kerap dipersalahkan atas jenayah siber oleh negara lain, lenyap daripada senarai yang dipanggil "dirty dozen", dengan menduduki tempat ke-15 dengan hanya mengirim 1.9 peratus spam dunia.

Laporan itu menyebut 12 negara yang paling tinggi dalam menyebarkan spam antara Januari dan Mac ialah Amerika Syarikat (13.1 peratus), India (7.3 peratus), Brazil (6.8 peratus), Korea Selatan (4.8 peratus), Vietnam (3.4 peratus), Jerman (3.2 peratus), United Kingdom (3.1 per cent), Rusia (3.1 peratus), Itali (3.1 peratus), Perancis (3.0 peratus), Romania (2.5 peratus) dan Poland (2.4 peratus).

Malaysia menduduki tempat ke-36 (0.65 peratus) selepas Thailand (tempat ke-20-1.44 peratus), Indonesia (21-1.29 peratus), Filipina (29-0.91 peratus). Singapura (42-0.55 peratus).

Graham Cluley, perunding kanan teknologi di Sophos, berkata “kumpulan nakal yang baru "geng empat" - Korea Selatan, Brazil, India dan ketua kumpulan, Amerika Syarikat -- menyumbang lebih 30 peratus spam daripada komputer yang digodam di seluruh dunia.”

Spam menyumbang 97 peratus daripada semua emel yang diterima oleh pelayan emel perniagaan, yang menjejaskan sumber dan merugikan masa akibat hilang produktiviti”, kata Sophos.

Spam yang sebahagian besarnya digunakan sebagai kaedah untuk menjual barangan palsu seperti farmaseutikal, jam mewah dan diploma palsu.

Semua spam datang daripada komputer yang diserang malware (yang dikenali sebagai bots atau zombies) yang dikawal oleh penjenayah siber "botherder", katanya. - B
ernama

'Api' Harjan Milosevic , Jumaat, April 30, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog