2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Australia perkenal mata bionik

RUDD memeriksa sendiri mata bionik pada pelancarannya di Universiti Melbourne, semalam.

MELBOURNE 30 Mac – Australia hari ini mempamerkan prototaip mata bionik yang direka untuk memulihkan penglihatan bagi pesakit yang penglihatannya semakin merosot.

Penyokong projek itu berharap mata bionik itu akan menjadi kemajuan terbesar dalam membantu golongan buta dan kurang penglihatan sejak huruf Braille dicipta lebih 200 tahun lalu.

Perdana Menteri, Kevin Rudd berkata, alat tersebut ‘boleh menjadi antara kemajuan perubatan paling penting yang dapat kita saksikan dalam hidup kita’.

Kerajaan Rudd menyumbangkan sebanyak A$42 juta (RM133 juta) untuk projek itu.

Projek mata bionik ini akan meletakkan Australia di barisan hadapan dalam bidang penyelidikan bionik dan usaha mengkomersialkan hasil penyelidikan bionik, selain berpotensi untuk memulihkan penglihatan bagi beribu-ribu penduduk di Australia dan di seluruh dunia,” katanya.

Alat bionik tersebut, yang sebahagiannya dimasukkan ke dalam mata menerusi pembedahan, direka untuk pesakit yang mengalami kemerosotan penglihatan disebabkan masalah genetik, retinitis pigmentosa atau disebabkan degenerasi makular yang berlaku apabila usia meningkat.

Ia terdiri daripada sebuah kamera mini, dipasang pada cermin mata, yang menangkap imej dan menghantarnya ke sebuah pemproses yang disimpan di dalam poket pemakai.

Pemproses kemudian memancarkan isyarat secara wayarles ke satu unit yang diimplan di dalam mata untuk merangsang neuron-neuron yang masih terdapat di dalam retina, sekali gus mengisyaratkan imej kepada otak.

Penglihatan pesakit yang memakai mata bionik tidak akan pulih sepenuhnya, tetapi diharapkan mereka akan dapat melihat titik-titik cahaya dalam medan penglihatan mereka untuk disusun semula oleh otak menjadi imej.

Pengarah penyelidikan Bionic Vision Australia yang menghasilkan prototaip itu, Profesor Anthony Burkitt menjangka alat itu boleh mengubah kehidupan pesakit mata.

Kami menjangka implan retina ini akan memudahkan pengguna untuk bergerak dan berdikari, dan versi implan pada masa depan akan membolehkan pengguna mengecam muka dan membaca tulisan dalam huruf besar,” katanya.

Ujian sedang dijalankan terhadap mata bionik itu sebelum implan pertama dilakukan pada manusia pada 2013. – AFP

Muhammad Ttuyup , Rabu, Mac 31, 2010 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Muhammad Ttuyup

CHAIRMAN / FOUNDER :: Saya adalah pengasas dan pemilik Asal Blog Ini yang di mulakan pada tahun April 2004, dan menggunakan alamat blog http://ttuyup.blogspot.com. Pada awal tahun 2007 saya menjemput en. Adam Merah menyertai blog ini dan pada akhir tahun yang sama, saya meminta en. Adam menguruskan blog ini untuk saya.

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog