2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Rusa muntjak Sumatera ditemui semula

Sekumpulan renjer dan aktivis hidupan liar menemui rusa dipercayai sudah pupus ketika ekspedisi di Taman Negara Kerinci-Seblat pada 2002

SPESIES rusa muntjak Sumatera yang dipercayai sudah pupus dan kali terakhir dilihat hampir 100 tahun lalu, disahkan masih ada dan mendiami Taman Negara Kerinci-Seblat di Sumatera.

Sekumpulan renjer hutan dan aktivis hidupan liar menemui haiwan itu dan mengambil gambarnya ketika melakukan ekspedisi di kawasan pergunungan taman berkenaan pada 2002. Namun, hanya enam tahun kemudian haiwan itu dikenal pasti sebagai rusa muntjak Sumatera berdasarkan gambar yang diambil.

Rusa itu ditemui pada ketinggian kira-kira 2,000 meter di taman negara yang mempunyai keluasan 6,000 kilometer persegi dan antara kawasan paling tinggi di Indonesia. Haiwan itu dilaporkan dilihat kali terakhir pada 1914.

"Kami menerima laporan mengenai kegiatan memburu harimau secara haram dan menjalankan siasatan di kawasan itu. Ketika usaha menjejaki mereka dilakukan, kami mengesan dua perangkap harimau dan menemui rusa itu yang cedera di dalam satu daripada perangkap itu," kata Debbie Matyr, seorang daripada aktivis Yayasan Antarabangsa Flora dan Fauna yang menyertai kumpulan ranjer berkenaan.

Debbie berkata, beliau bersama rakannya menyelamatkan rusa itu yang saiznya hampir sama dengan seekor anjing dengan ketinggian kira-kira 70 sentimeter dan memberi rawatan sebelum melepaskannya.

"Rusa betina itu cuma cedera ringan dan ia bunting. Kami sapukan minyak khas dan merawat kakinya yang melecet dan merakamkan banyak gambar kerana berasa ada sesuatu yang istimewa dengan haiwan itu sebelum melepaskannya. Ia tempang sedikit tetapi kami yakin haiwan itu selamat," katanya.

Debbie berkata, beliau mengenal pelbagai spesies kucing dan monyet tetapi tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenai rusa dan perlu berhati-hati dengan sesetengah jenis haiwan yang belum dikenal pasti.

Aktivis alam semula jadi dan pakar rusa muntjak, Robert Timmins menghubungi Debbie baru-baru ini untuk melihat bukti spesies yang 'pupus' itu dan mengesahkan haiwan itu sebagai rusa muntjak berdasarkan gambarnya.

"Robert menghubungi saya dan saya mengirimkan gambar rusa itu kepadanya. Tiba-tiba dia berteriak...oh!! dan memberitahu saya bahawa rusa itu adalah daripada spesies muntjak Sumatera," katanya.

Debbie berkata, rusa muntjak Sumatera adalah antara penemuan penting pada abad ke-21 dan banyak lagi yang perlu dipelajari dan diketahui daripada spesies istimewa itu.

"Penemuan ini menunjukkan banyak lagi yang perlu kita ketahui mengenai hutan hujan Sumatera dan biodivesiti di Taman Negara Kerinci-Seblat. Bagaimanapun, ketika kita sibuk mempelajarinya, hutan tropika Sumatera termasuk kawasan pergunungan dan taman negara terus terancam. Kita berdepan masalah kehilangan spesies yang kita sendiri tidak tahu kewujudannya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pihak Berkuasa Taman Negara Kerinci-Seblat, Suyatno Sukandar, berkata pihaknya berasa bangga dengan penemuan istimewa itu dan berharap semua pihak dapat bekerjasama untuk melakukan kajian dan memulihara spesies ditemui semula itu.

"Penemuan ini menunjukkan betapa pentingnya penyelidikan lanjut dilakukan di kawasan pergunungan hutan hujan Sumatera. Saya juga yakin ada lagi spesies baru yang belum dikenal pasti di Taman Negara Kerinci-Seblat," katanya.

Pakar hidupan liar juga sudah mengesahkan bahawa rusa muntjak Sumatera adalah spesies tersendiri dan bukan sub-spesies seperti yang diandaikan sebelum ini.

Ia mempunyai saiz lebih kecil manakala kulitnya lebih gelap berbanding spesies yang hampir sama dengannya dikenali rusa muntjak merah.


'Rusa muntjak Sumatera yang hilang' itu kini diletakkan dalam 'senarai merah' spesies dalam bahaya Kesatuan Antarabangsa Bagi Pemulihan Alam Semula Jadi, di bawah kategori 'kekurangan data (data deficient) yang bermakna kajian segera diperlukan untuk mendapatkan data mengenai ekologi dan status populasinya.

Kebanyakan kawasan di Taman Negara Kerinci-Seblat adalah hutan gunung dan masih banyak bahagiannya yang belum diteroka. Ia diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia Unesco pada 2004 menempatkan kira-kira 136 ekor harimau Sumatera iaitu kira-kira 25 peratus daripada jumlah harimau spesies berkenaan hidup di pulau itu. - bh
Marjaki Rawo , Sabtu, Februari 21, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog