/

Singapura Singkap Sejarah Kejayaan Mendapatkan Pedra Branca (Pulau Batu Putih)


PADA 1992, sekumpulan 35 anggota sayap belia Parti Islam SeMalaysia (PAS) bercadang mencacak bendera Malaysia di Pedra Branca atau Pulau Batu Puteh sebagai menunjukkan kedaulatannya ke atas pulau tersebut.

Namun, perbuatan mereka dilarang keras Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamed, yang memberi amaran tindakan sedemikian boleh mencetuskan peperangan.

Di pihak Singapura pula, Perdana Menteri masa itu, Encik Lee Kuan Yew, mengarahkan segala bukti yang ada dalam genggaman negara ini ditunjukkan kepada Malaysia sebagai mengesahkan bahawa pulau seluas satu padang bola yang terletak di perairan sebelah timur negara ini sememangnya milik republik ini.

Demikian beberapa senario dramatik yang menyelubungi isu kedaulatan Pedra Branca yang dituntut kedua-dua negara.

Namun, kejayaan Singapura dan Malaysia menghuraikan secara baik pertikaian mereka itu menggambarkan kematangan politik kedua-dua negara.


Demikian catatan Timbalan Perdana Menteri, Profesor S. Jayakumar dan Duta Kelana, Profesor Tommy Koh, dalam buku tulisan mereka, Pedra Branca: The Road To The World Court (Pedra Branca: Laluan ke Mahkamah Dunia) yang dilancarkan pada 19 Disember 2008 lalu.

Malah, Hakim Besar Chan Sek Keong, semasa perasmian buku itu, turut mendedahkan bagaimana Malaysia memanfaat kebanyakan dokumen yang disiapkan Singapura.

'Saya tidak pasti sama ada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sedar bahawa kebanyakan dokumen yang digunakan Malaysia dalam penghujahan mereka ke atas Singapura sebenarnya disiapkan oleh kita.

'Jadi, anda boleh bayangkan kekecewaan kami yang amat mendalam apabila Singapura didakwa sebagai enggan memberikan sepucuk surat daripada mahkamah yang Malaysia percayai boleh menjejas kes kita.

'Walhal yang sebenarnya, kami telah ke serata dunia mencari surat itu untuk sekitar 30 tahun tetapi tidak berjaya,' dedahnya.

Kes tuntutan ke atas Pedra Branca, yang berjalan selama 30 tahun, berakhir Mei lalu apabila ICJ memutuskan Singapura mempunyai kedaulatan ke atas pulau itu.

Pedra Branca merupakan sebuah pulau kecil tidak berpenghuni.

Pada 1847, ia dimiliki British yang didirikan Rumah Api Horsburgh di situ.

Singapura kemudian mengambil alih pemilikan ke atas pulau itu selepas Britain mengakhiri kedudukannya.

Malaysia pula menuntut kedaulatan ke atas pulau yang dinamakannya sebagai Pulau Batu Puteh pada 1979.


Namun, hasil keputusan ICJ pada Mei lalu menetapkan Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) adalah kepunyaan Malaysia.

Hak kedaulatan Terumbu Karang Selatan (South Ledge) pula masih dibincangkan oleh kedua-dua negara.

ICJ, dalam keputusannya berkata, negara yang perairannya merangkumi terumbu tersebut menjadi pemiliknya.

Perjalanan selama tiga dekad dalam menghuraikan pertikaian ini dirakamkan dengan cukup teliti dan menarik oleh kedua-dua Profesor Jayakumar dan Profesor Koh.

Buku setebal 190 halaman itu menceritakan bagaimana pelibatan mereka bermula pada 1978 sewaktu mewakili Singapura di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.

Ketika itu, Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengirim teleks penting meminta Profesor Jayakumar pergi ke London untuk mencari beberapa dokumen berkaitan pulau tersebut.

Kedua-dua mereka bersama- sama Hakim Besar Chan kemudian memimpin pasukan Singapura dalam membentangkan tuntutan republik ini ke atas pulau itu di ICJ, di The Hague, Belanda.

Hakim Besar Chan ialah Peguam Negara antara 1992 dengan 2006.


Profesor Jayakumar mendedahkan bahawa usaha menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara pada pihak ketiga kini merupakan salah satu tunggak penting dalam dasar luar Singapura.

Bagi Profesor Koh pula, keputusan mereka menulis buku ini adalah untuk mengongsi pengalaman dan iktibar yang diraih kepada rakan sekerja dan juga orang awam.

Hakim Besar Chan mengakui isu tuntutan Pedra Branca bukanlah kes yang mudah untuk diselesaikan.

Penghujahan bertulis kedua- dua pihak sahaja meliputi lebih 2,600 muka surat.

'Ini merupakan kes di mana sejarah merupakan sebahagian daripada penghujahan undang- undang dan undang-undang menjadi sebahagian penghujahan sejarah.

'Namun, akhirnya, sebahagian besar hakim (di ICJ) memutuskan bahawa Malaysia punya sejarah di sisi mereka dan Singapura punya undang-undang antarabangsa di bahagian mereka dan ini dinyatakan di akhir rumusan keputusan mereka itu,' kata beliau.

Menurut kedua-dua penulis buku itu, mereka akan mendermakan royalti hasil jualan buku tersebut kepada pusat bagi undang-undang antarabangsa yang akan diwujudkan di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS).

Penubuhannya bertujuan membangunkan generasi baru peguam antarabangsa Asia. - cyberita
Marjaki Rawo , Jumaat, Januari 02, 2009 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

PENULIS Marjaki Rawo

Saya dikenali dengan nama Helang Merah dan nama panggilan, J.Ki, Saya mula menyertai blog ini bermula Oktober 2008

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog