/

Pengguna dinasihat sahkan ncd insurans motor

Para pengguna boleh menyemak NCD mereka melalui SMS dengan menghantar NCD [ruang] [NOMBOR KENDERAAN] [ruang][Nombor ID] ke 39993. Setiap SMS dikenakan bayaran RM1.

KUALA LUMPUR 23 Sept. - ISM Insurance Services Malaysia Bhd. (ISM) hari ini menasihatkan para pengguna supaya mengesahkan kelayakan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD) atas insurans motor semasa membeli atau memperbaharui polisi mereka.

''Para pengguna boleh berjimat sehingga 55 peratus atas premium insurans motor mereka dengan mengesahkan NCD mereka melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)", menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Carl Rajendram.

ISM telah membangunkan sistem bagi membolehkan pengendali insurans dan takaful mengesahkan NCD pelanggan mereka, sejak tahun 2007 lagi.

Menurut beliau, sistem itu mencakupi maklumat daripada semua syarikat dan memastikan para pengguna menikmati hak diskaun yang mereka layak terima.

Katanya, pada masa lalu, lazimnya para pengguna membayar premium penuh tanpa NCD sehingga NCD berkaitan disahkan oleh syarikat insurans mereka yang terdahulu.

''Bagaimanapun, sering kali, para pelanggan tidak menerima langsung bayaran balik premium ini, manakala syarikat insurans pula tidak pernah menerima bayaran premium penuh. Ini samalah seperti penipuan insurans,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, sistem ISM-NCD bertujuan untuk menghentikan amalan tidak beretika ini dengan membolehkan para pengguna mengesahkan NCD mereka melalui SMS dan memuat turun kenyataan pengesahan NCD secara dalam talian.

''Setiap pemegang polisi insurans bermotor mempunyai NCD bagi setiap kenderaan yang mereka miliki dan mereka tidak membuat tuntutan, diskaun ini bertambah sehingga ia mencapai paras maksimum,'' jelasnya.

Bagi kereta persendirian kadar maksimumnya ialah 55 peratus manakala bagi motosikal kadarnya ialah 25 peratus.
Menurut Rajendram lagi, objektif sistem ISM-NCD adalah untuk memperbaiki kecekapan dalam industri di samping mengurangkan peluang penipuan.

Setakat hari ini, sistem ini meliputi 99 peratus daripada polisi insurans dan takaful di Malaysia.

Beliau berkata, dua lagi syarikat dijangka akan mula menggunakan sistem ISM dalam beberapa bulan yang akan datang untuk mencapai liputan 100 peratus. - utusan
try , Rabu, September 24, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog