2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Rizab minyak mencukupi

Masalah utama negara pengeluar adalah kaedah akses simpanan

RIZAB minyak dunia ketika ini adalah mencukupi untuk menampung permintaannya pada masa depan, tetapi masalah utama yang dihadapi pengeluar minyak adalah kaedah untuk mengakses rizab berkenaan dan bagi meningkatkan pengeluarannya.

Ketua Ahli Ekonomi BP Plc, Cristof Ruhl, berkata jumlah rizab minyak mentah dunia ketika ini adalah 1.24 trilion tong, meningkat 107.8 bilion tong sejak 2001 dan 168.5 bilion tong atau 14 peratus sejak sedekad lalu.

"Rizab minyak global meningkat lebih tinggi berbanding peningkatan pengeluarannya. Sebahagiannya disebabkan kekangan sumber modal dan teknologi untuk mengakses sumber itu. Selain modal pelaburan yang tinggi, pembangunan sesebuah lapangan minyak juga mengambil masa yang lama di antara tujuh hingga lapan tahun," katanya pada sidang media selepas membentang Kajian Statistik Tenaga Dunia di Kuala Lumpur, semalam.

Ruhl berkata, 71 peratus daripada rizab minyak dunia itu dimiliki oleh anggota Pertubuhan Negara Pengeluar Minyak (Opec), manakala 10 peratus lagi milik negara bekas Soviet.

Mengikut rantau pula, katanya, jumlah rizab terbesar adalah di Asia Barat iaitu 73.21 trilion meter padu, diikuti Eropah (59.41 trilion meter padu), Afrika (14.56 trilion meter padu), Asia Pasifik (14.46 trilion meter padu), Amerika Utara (7.98 trilion meter padu) dan Amerika Tengah (7.73 trilion meter padu).


Katanya, jumlah rizab minyak dunia itu bagaimanapun mungkin lebih tinggi kerana ada negara enggan mendedahkan jumlah rasmi rizab masing-masing.

Ruhl menjelaskan, kadar penggunaan minyak mentah global tahun lalu naik sejuta tong sehari atau 1.1 peratus kepada 85.22 juta tong sehari atau kira 60,000 tong seminit daripada 83.32 juta tong sehari atau 57,895 tong seminit pada 2006.

Jumlah pengeluaran pula sebaliknya merosot 126,000 tong sehari atau 0.2 peratus kepada 81.5 juta tong sehari atau 56,597 tong seminit daripada sebanyak 81.66 juta tong sehari atau 56,597 tong seminit pada 2006, katanya.

Justeru, beliau menegaskan, kenaikan harga minyak mentah sehingga mencatat rekod tertingginya AS$147.27 pada 11 Julai lalu pada umumnya disebabkan oleh bekalan terhad di sebalik permintaan yang tinggi.

"Permintaan minyak mentah dijangka hanya susut jika ekonomi dunia mencatat pertumbuhan lebih perlahan di bawah kadar dua peratus tahun ini," katanya.

"Penstrukturan semula subsidi di India, Thailand, Indonesia, Mesir, China dan Malaysia, dijangka tidak menjejaskan pertumbuhan permintaan global," katanya.

Rulh mengunjurkan harga purata minyak mentah dunia tahun ini antara AS$109 dan AS$110 setong, berbanding purata AS$72 setong tahun lalu. - bh
try , Jumaat, Ogos 01, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog