/

Forbes: Canselor Jerman wanita paling berkuasa di dunia

NEW YORK 28 Ogos - Canselor Jerman, Angela Merkel semalam tersenarai sebagai wanita paling berkuasa di dunia oleh majalah Forbes, buat kali ketiga berturut-turut.

Merkel kekal menduduki tangga teratas, manakala saingannya Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Condoleezza Rice pula jatuh dari tangga keempat ke tangga ketujuh.

Bekas Wanita Pertama AS, Hillary Clinton yang sebelum ini merebut pencalonan Parti Demokrat untuk bertanding jawatan Presiden AS pula menduduki tangga ke-28, jatuh tiga anak tangga berbanding tahun lalu.




Tempat kedua adalah seorang yang kurang dikenali iaitu Sheila Bair yang merupakan Ketua Pengarah Federal Deposit Insurance Corporation (FDIC), agensi AS yang bertanggungjawab "mengekalkan kestabilan dan keyakinan awam terhadap sistem kewangan dengan menginsuran deposit, memantau institusi kewangan dan menguruskan kuasa penerima''.

Tempat ketiga juga diduduki oleh orang yang kurang dikenali iaitu Ketua Eksekutif PepsiCo, syarikat minuman ringan AS, Indra Nooyi, salah seorang daripada 54 tokoh perniagaan yang disenaraikan oleh majalah itu.

Presiden Argentina, Christina Kirchner yang juga salah seorang daripada 23 ahli politik yang turut disenarai pula, menduduki tangga ke-13.

Antara wanita terkenal yang turut disenarai ialah Menteri Ekonomi, Kewangan dan Pekerjaan Perancis, Christina Lagarde yang menduduki tempat ke-14; manakala Sonia Gandhi di tempat ke-21, sementara Permaisuri Jordan, Ratu Rania pula di tempat ke-96.

Enam daripada 10 wanita yang berada di tangga teratas senarai itu datang dari AS, sementara bakinya adalah tokoh-tokoh dari Jerman, Australia, Singapura dan Perancis.
try , Jumaat, Ogos 29, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog