2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Pesawat terbang tanpa minyak

MAMPUKAH kapal terbang penumpang atau kargo terbang tanpa minyak? Bunyinya seperti mustahil tetapi kemajuan teknologi yang sedang diterokai memungkinkan pekara itu menjadi kenyataan.

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, teknologi bahan api bersel hidrogen yang sebelum ini diimpikan penggunaannya dalam filem sains fiksyen, bakal mengubah corak untuk mengerakkan kapal terbang dan juga kenderaan darat.

Ketika harga minyak dilihat akan terus melonjak tinggi dengan sumber yang semakin berkurangan dan akan menjejaskan operasi kebanyakan syarikat penerbangan dunia, penggunaan bahan berkenaan dilihat sebagai antara alternatif baru selain biofuel.

Keupayaan teknologi bahan api bersel itu menjadi bahan gantian kepada minyak fosil bakal menamatkan pencarian yang diusahakan selama ini, dan dianggap sebagai pilihan lebih baik di samping juga mesra alam.

Biarpun biofuel, secara tidak langsung telah mula digunakan untuk mengerakkan kapal terbang tetapi krisis makanan yang mengancam dunia dijangka akan menyukarkan penggunaannya secara meluas.

Namun begitu, teknologi berkenaan bukan milik semua. Pada masa ini, syarikat penerbangan terkemuka dunia Boeing dari Amerika Syarikat (AS) merupakan antara dua syarikat yang semakin giat menerokai peluang dalam penggunaan teknologi itu untuk dunia penerbangan.

Menurut Naib Presiden Pemasaran Boeing, Randy Tinseth, pihaknya tidak menolak kemungkinan penggunaan teknologi terbaru itu dalam pesawat komersial akan dapat dilakukan.

Namun beliau mengingatkan usaha itu bagaimanapun bukan mudah, malah mungkin mengambil masa 10 hingga 30 tahun akan datang.

Sungguhpun begitu, Tinseth memberitahu Utusan Malaysia, penggunaan boleh lebih awal sekiranya banyak kejayaan-kejayaan yang dicapai menarik minat untuk memesatkan lagi penyelidikannya.

Boeing sebelum ini telahpun berjaya menerbangkan sebuah pesawat dua tempat duduk Dimona yang menggunakan bahan api bersel hidrogen di Sepanyol pada kelajuan 100 kilometer sejam selama 20 minit.

Bahan api bersel merupakan alat elektrokimia yang menukar hidrogen terus kepada tenaga elektrik dan haba untuk mengerakkan pesawat tanpa mengeluarkan bahan sampingan lain sekali gus menjadikannya bahan api mesra alam atau bahan api hijau.

Tinseth berkata, teknologi bahan api bersel merupakan antara usaha-usaha yang dilakukan dalam industri penerbangan ke arah mencapai prestasi lebih baik selain meningkat kuasa enjin, bentuk aerodinamik dan pengurangan bahan api lebih rendah.

Penggunaan bahan api bersel untuk menjana tenaga elektrik menggantikan kuasa menggunakan janaan turbin konvensional dilihat mampu mengurangkan secara ketara penggunaan bahan api, pelepasan gas berbahaya dan mengurangkan bunyi.

Pada masa ini, Boeing yang memulakan kajian sejak 2003 tidak bersendirian menerokai teknologi berkenaan, kerana pesaingnya Airbus turut bertindak untuk mengambil langkah yang sama.

Penyelidikan yang dilakukan oleh Airbus, sebuah lagi pengeluar kapal terbang terkemuka dunia turut berjaya memajukan tahap kepakaran dalam teknologi bahan api bersel yang bermula daripada teori kepada pembangunan sistem, pentauliahan dan integrasinya.

Pengeluar kapal terbang Eropah itu telah memulakan kajian sejak 2007 melibatkan pesawat Airbus 320 dan ternyata berjaya membuktikan teknologi itu sebagai layak digunakan untuk tujuan penerbangan.

Penyelidikan yang dilakukan menunjukkan keupayaan bahan api menjana tenaga elektrik dalam suhu operasi yang rendah pada tahap penerbangan tinggi.

Selain itu, produk sampingannya hanyalah bahang panas dan air, air mudah alih yang terhasil boleh digunakan untuk memenuhi keperluan pesawat dan juga bagi pengurusan sisa sekali gus mengurangkan berat dan juga penggunaan bahan api tambahan.

Sebenarnya, teknologi bahan api bersel mula diterokai sejak abad ke-19 lagi melalui usaha penyelidikan yang dilakukan termasuk saintis Britain, William Grove yang mencipta proto-fuel cell yang dipanggil gas bateri selain penggunaan awal dalam menjana elektrik kegunaan roket ke bulan dalam program angkasa lepas Apollo kira-kira 40 tahun lalu.


Dan, kemelut krisis minyak dunia dan usaha menjaga alam sekitar dilihat akan merangsang lagi kemajuan yang bakal dicapai. Teknologi bahan api bersel itu dilihat sebagai satu langkah perubahan yang besar pada masa akan datang. Secepat mana tempoh masa penggunaan komersialnya hanya masa yang akan menentukan. - utusan

Oleh MOWARDI MAHMUD
(Yang membuat liputan di Pameran Udara Farnborough, England baru-baru ini)

try , Isnin, Julai 28, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog