Ini kerana, katanya setiap kenderaan hanya menyediakan tiga tali pinggang keledar bagi penumpang belakang seperti yang diwajibkan oleh kerajaan.
"Kita tetap prihatin tentang adanya kes-kes sebegini, di mana keluarga besar yang mempunyai anak ramai yang mungkin kenderaan itu sahajalah yang mereka mampu, kita pun faham juga.
"Jika dalam keadaan begini, terdapat seorang anak yang tidak memakai tali pinggang berikutan tali pinggang yang ada itu untuk tiga orang sahaja, maka seorang itu yang tidak memakai tali pinggang, kita tidak akan kenakan tindakan penguatkuasaan tetapi ini jangan dianggap sebagai tindakan untuk menggalakkan lebihan muatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) bagi program berasaskan komuniti untuk keselamatan automotif. MoU itu ditandatangani oleh Ketua Pengarah JKJR Datuk Suret Singh dan Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.
Kerajaan akan mengenakan saman kepada penumpang belakang kenderaan yang gagal memakai tali pinggang keledar mulai 1 Jan 2009, sebagai antara usaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.
Bagaimanapun, Ong berkata pemandu kenderaan berkenaan perlu memastikan kesemua tali pinggang keledar tempat duduk belakang yang ada digunakan sepenuhnya."Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan," katanya. - Bernama
Rabu, Jun 18, 2008
|
0
komentar ::
Blog Gadgets

,

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.
Salam Blogger.... !!! .
The Blog 2x5

Anda sedang membaca artikel tentang Tiada Tindakan Jika Bilangan Penumpang Melebihi Bilangan Tali Pinggang Tempat Duduk Belakang silahkan Anda COPAS di situs anda atau sebar luaskan artikel ini, jangan lupa untuk meletakkan link dibawah ini sebagai sumbernya...!!!
0 komentar :: :
1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "