2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Takwim perbetul salah faham

Sarjana Muslim hasil ensiklopedia papar maklumat profil negara, permasalahan

MAKKAH: Takwim Dunia Islam 2008 yang memperincikan hampir semua maklumat mengenai Islam akhirnya berjaya dihasilkan dan bakal memberi jawapan kepada pelbagai permasalahan, selain memperbetulkan tanggapan negatif mengenai Islam.

Takwim setebal 900 halaman dan disifatkan paling lengkap, mengandungi hampir semua perkara mengenai umat Islam bermula daripada kepercayaan dan perjalanan kehidupan harian, ekonomi, pendidikan serta pandangan mengenai Islam di seluruh dunia.

Usaha menghasilkannya diketuai pengarang, Saqib Jawaid dan ketua pengarang, Jawaid Anwar Al-Hasan bersama 13 anggota sidang pengarangnya yang berpejabat di Makkah dan Jeddah.

Presiden Motamar Al-Alam Al Islami dan Timbalan Pengerusi Pusat Dialog Kebangsaan Raja Abdul Aziz, Dr Abdullah Omar Naseef dalam kata aluannya menyifatkan usaha menghasilkan takwim itu adalah jawapan kepada cabaran yang dihadapi umat Islam di seluruh dunia masa kini.

"Kita jarang mendapat peluang untuk memberi pendedahan secara terperinci dan komprehensif kepada masyarakat dunia mengenai agama dan umat Islam. Takwim ini diharap memberi penjelasan kepada mereka mengenai apa itu Islam," katanya.

Beliau berkata, takwim itu dibahagikan kepada 14 bahagian dengan bahagian pertama membabitkan separuh daripada keseluruhan halaman, mengandungi profil 60 negara Islam dengan maklumat terperinci.

Takwim turut menyediakan analisis dan data statistik yang amat berguna kepada pengkaji dan penyelidik. Dua rencana berjudul 'Demography of Muslim Countries' oleh Prof Mehtab Karim dan 'Economic Overview of OIC countries' oleh Dr Akhtar Ali memberi maklumat lengkap kepada sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai masyarakat Islam.

Satu lagi bahagian mengenai bagaimana Islam berhadapan dengan pelbagai aspek agama menyiarkan rencana oleh penulis terkenal membincangkan hak asasi, hak wanita dan perbankan Islam.

"Profil 15 institusi pengajian tinggi Islam termasuk Universiti Al-Azhar di Mesir, Univeristi Islam Aligarh, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Persatuan Islam Amerika Utara turut dicatatkan.

Takwim Dunia Islam 2008 juga membincangkan mengenai isu semasa umat Islam, antaranya kumpulan minoriti di Myanmar, selatan Filipina, selatan Thailand dan Gujerat, India. Tiga rencana mengenai penjara Teluk Guantanamo, Abu Ghraib Pangkalan Udara Bagram, mengingatkan pembaca mengenai diskriminasi yang terpaksa dihadapi sebilangan umat Islam.

"Takwim Dunia Islam 2008 dikompilasikan dengan keikhlasan bagi memberi gambaran sebenar mengenai keindahan agama suci ini, diharap membetulkan pelbagai salah faham dan memberi gambaran sebenar mengenai Islam," kata Dr Abdullah. - Agensi

bh

try , Sabtu, Jun 28, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog