/

Tata beli Jaguar, Land Rover RM7.34 bilion

GAMBAR ini menunjukkan kilang Land Rover dan Jaguar di Merseyside, Liverpool. Gambar kecil, Ratan Tata

DETROIT - Syarikat Tata Motors dari India semalam mengumumkan pembelian ikon kenderaan mewah Britain, Jaguar dan Land Rover daripada syarikat Ford Motor Co. dari India pada harga AS$2.3 bilion (RM7.34 bilion).

Pembelian itu dilakukan secara tunai dan merupakan sebahagian daripada usaha Tata untuk mengembangkan perniagaannya keluar dari Asia.

Syarikat dari India itu berjaya membeli dua ikon mewah itu selepas mengadakan perbincangan dengan syarikat Ford selama berbulan-bulan.

Ford Motor Co. bertindak membuat penjualan itu kerana ia kini melakukan penstrukturan semula selepas mengalami kerugian lebih AS$15 bilion (RM47.88 bilion) sejak dua tahun lalu.

"Kami berasa gembira mengenai prospek Jaguar dan Landa Rover yang kini menjadi sebahagian daripada perniagaan penting kenderaan kami," kata Pengerusi Kumpulan Tata, Ratan Tata.

Selepas pembelian itu, syarikat Ford akan terus membekalkan Tata enjin dan beberapa komponen lain selain menyediakan perkhidmatan kejuruteraan.

Menurut pengangalisis, syarikat Tata akan memperoleh lonjakan teknologi kerana memperoleh akses enjin canggih Land Rover dan Jaguar.

Sebelum ini Ford membeli Jaguar pada harga AS$2.5 bilion (RM7.98 bilion) pada 1989 dan Land Rover RM2.7 bilion (RM8.62 bilion) pada 2000.

Pembelian terbaru oleh Tata itu merupakan tindakan terbaru korporat India mengembangkan peniagaan mereka ke peringkat global. - Agensi

sumber :: cosmo!
try , Khamis, Mac 27, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog