/

Projek Menjadikan KL Bandaraya Wayarles Mulai Mei Ini - Datuk Bandar

KUALA LUMPUR, 17 Mac - Projek "KL Wireless Metropolitan" atau "Wireless@KL" yang bertujuan menjadikan Kuala Lumpur sebagai "bandar raya wayarles" dengan kemudahan rangkaian komunikasi bertaraf dunia akan dilancar Mei ini, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ab Hakim Borhan.

Beliau berkata selaras dengan itu, satu laman web komuniti, KUL.COM.MY akan diwujudkan bagi memuatkan maklumat terkini dan relevan mengenai Kuala Lumpur.

"Maklumat itu meliputi aspek sosial, pembangunan, ekonomi, perniagaan, hiburan, pelancongan dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian projek portal Metropolitan Kuala Lumpur di antara DBKL dengan Synapse Technologies (M) Sdn Bhd di sini, hari ini.

Perjanjian itu adalah di bawah inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi pihak kerajaan yang memperuntukkan geran sebanyak RM500,000 kepada DBKL untuk tujuan itu.

Sebelum ini, pada 17 Dis lepas, DBKL menandatangani memorandum persefahaman projek Wireless@KL dengan SKMM serta syarikat Packet One Networks (M) Sdn Bhd yang bertujuan meningkatkan kadar penembusan penggunaan jalur lebar yang meliputi pejabat dan pusat komuniti DBKL, kawasan awam serta kediaman di sekitar Lembah Klang menjelang tahun 2010.

"Wireless@KL ini menggunakan teknologi WiMAX dan untuk fasa pertama projek ini akan membangunkan sebanyak 1,500 zon Wi-Fi di kawasan tersebut," katanya.

Ab Hakim turut memaklumkan bahawa pada 19 hingga 22 Mei, Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada Kongres Sedunia IT 2008 dengan ribuan pengguna, pemaju, vendor dan kumpulan pakar teknologi maklumat akan berkumpul di sini. - Bernama
try , Selasa, Mac 18, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog