/

Larangan Penggunaan Bahan Pewarna Rhodamine B Dalam Belacan

KUALA LUMPUR, 27 Mac - Kementerian Kesihatan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penggunaan bahan pewarna Rhodamine B dalam makanan termasuk belacan kerana ia berpotensi menyebabkan penyakit barah.
Pengarah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan kementerian itu, Noraini Mohd Othman berkata penjualan dan penyediaan makanan yang mengandungi Rhodamine B adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 13, Akta Makanan 1983. "Jika disabitkan kesalahan, seseorang itu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Bagi pelanggaran peraturan melibatkan belacan yang diimport, Noraini berkata produk tersebut akan disenaraihitamkan serta pengimportan seterusnya adalah tertakluk kepada prosedur "Tahan, Uji dan Lepas". Katanya kementerian sentiasa memantau semua makanan di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan sama ada yang diimport atau disediakan dalam negara. Beliau berkata pada 2005, sebanyak 320 sampel belacan dianalisis dan lima daripadanya didapati mengandungi Rhodamine B, menyebabkan 870 kilogram belacan dirampas dengan denda sebanyak RM4,408.10 dikutip. Katanya pada 2006, 76 sampel dianalisis dan empat daripadanya didapati melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985, manakala pada 2007, daripada 32 sampel yang dianalisis, empat didapati melanggar peraturan. Kutipan denda pada 2006 adalah RM800, dengan satu kes dari Johor masih dalam proses pendakwaan di mahkamah, dan kutipan denda bagi 2007 adalah RM300. Noraini berkata satu operasi khas belacan dijalankan pada bulan ini yang melibatkan pengambilan sampel serta pemeriksaan premis belacan di seluruh negara. "Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna dan tindakan penguatkuasaan tidak terhad kepada belacan sahaja," katanya. Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak termasuk persatuan pengguna supaya menyalurkan sebarang maklumat berserta nama dan alamat pengilang atau pengimport yang disyaki melanggar perundangan makanan kepada Jabatan Kesihatan di seluruh negara untuk tindakan segera. - Bernama
try , Jumaat, Mac 28, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog