/

Kaedah akupuntur bantu tingkat kesuburan wanita

Rawatan IVF 65 peratus peluang hamil jika digabung teknik lama

WASHINGTON: Kaedah akupuntur menawarkan cara lebih mudah, selamat dan berkesan dalam meningkatkan kadar kejayaan dalam rawatan kesuburan.

Wanita yang menjalani rawatan persenyawaan luar rahim (IVF) 65 peratus lebih berkemungkinan untuk hamil apabila menggabungkan prosedur itu dengan teknik lama menggunakan jarum, menurut kajian.

Kadar kejayaan menakjubkan itu didapati pada tujuh percubaan akupuntur membabitkan 1,366 wanita.

Akupuntur dilakukan sama ada sebelum atau selepas pemindahan embrio. tempoh ketika embrio yang dihasilkan dalam makmal mesti melekatkan dirinya kepada dinding rahim untuk membolehkan kehamilan berlaku.

Penyelidikan dijalankan saintis dari Universiti Maryland di Amerika Syarikat dan Universiti Amsterdam di Belanda. Mereka mendakwa disebabkan kos akupuntur cuma kira-kira £50 (RM340) satu sesi berbanding £4,000 hingga £6,000 (RM27,200 hingga 40,800) bagi setiap kitaran IVF, ia lebih berkesan untuk diperkenalkan.

Akupuntur merangsang pemancar saraf yang mencetuskan pengeluaran hormon pembebasan gonadotrophin, yang mengawal kitaran haid dan kesuburan wanita. Kaedah itu juga merangsang aliran darah ke rahim dan meningkatkan pengeluaran endogenous opioids, yang mendorong tubuh untuk tenang.

Kaedah akupuntur digunakan di China selama berabad-abad untuk merangsang kesuburan. Ia juga terbukti menjadi rawatan berkesan untuk sakit kronik. Kajian itu disiarkan dalam laman web British Medical Journal. - Agensi
try , Khamis, Mac 27, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog