/

Bandar Raya Masa Depan Dibangunkan Di Abu Dhabi

DUBAI, 10 Feb. - Abu Dhabi telahpun melancarkan projek bernilai US$22 bilion bagi membina apa yang dipanggil sebagai bandar raya zero-karbon, zero-buangan dan bebas kenderaan yang pertama di dunia.

Terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, Bandaraya Masdar direka bentuk oleh firma arkitek terkemuka Foster & Partners dan dijadual siap pada 2016 sempena Pelan Pembangunan Abu Dhabi 2030.

"Kami mewujudkan sebuah bandar raya dengan penduduk dan pengulang-alik akan menjalani kualiti kehidupan paling tinggi dengan jejak pada alam sekitar yang paling sedikit," kata ketua pegawai eksekutif Masdar Dr Sultan Al Jaber seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Emirates.

Sebagai tambahan kepada penduduk tetap, Bandaraya Masdar akan berusaha menarik dan menggalakkan kerjasama antara pakar dalam pengangkutan mampan; pengurusan bahan buangan; pemuliharan air dan air kumbahan; pembinaan mesra alam; bahan pembinaan dan perindustrian; kitar semula; biokepelbagaian; perubahan iklim; tenaga yang diperbaharui dan institusi kewangan mesra alam.

Masdar akan memaksimumkan manfaat teknologi mampan, misalnya sel fotovoltaik dan tenaga solar terpusat, menerusi pendekatan perancangan serta reka bentuk bersepadu.

Dengan melaksanakan tekonologi ini, Bandaraya Masdar akan menjimatkan minyak dengan nilai menyamai US$2 bilion dalam tempoh 25 tahun akan datang, berdasarkan harga pada hari ini, kata Al Jaber.

"Bandaraya Masdar akan menjadi hub dunia bagi tenaga masa depan. Dengan melaksanakan pembangunan mampan dan kehidupan pada tahap yang baru akan membolehkan dunia memahami bagaimana semua bandar raya masa depan seharusnya dibina," katanya.

Bandar raya itu dijangka mewujudkan lebih 70,000 pekerjaan dan meningkatkan lebih dua peratus Keluaran Dalam Negara Kasar Abu Dhabi.

Langkah pertama dalam pelan tujuh fasa bandar raya itu ialah pembangunan Institut Sains dan Teknologi Masdar, universiti siswazah pertama di dunia yang mengkhususkan kepada tenaga yang diperbaharui semula dan dijadual dibuka pada 2009. - Bernama


try , Isnin, Februari 11, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog