2+4 hrs...Twogether Fourever

/

Kolam renang terbesar dunia di Chile

KOLAM TERBESAR: Pusat pelancongan San Alfonso del Mar Resort di Chile yang mempunyai kolam renang terbesar di dunia dan mendapat pengiktirafan Buku Rekod Dunia Guinness.

SANTIAGO: Buku Rekod Dunia Guinness sudah menemui 'kolam renang terbesar dunia' yang terletak di pusat pelancongan San Alfonso del Mar Resort di Chile dan laporan mengatakan sebanyak 250,000 meter padu air diperlukan untuk memenuhi kolam sepanjang 1.013 kilometer itu.

Resort Algarrobo di pantai selatan Chile itu kini secara rasminya boleh berbangga diiktiraf sebagai pihak yang mempunyai kolam renang terbesar di dunia.

Meliputi kawasan berukuran lapan hektar dengan kedalaman 35 meter, kolam San Alfonso del Mar jauh lebih besar berbanding kolam renang kedua terbesar di Maghribi yang diberi nama 'The Big splash' dan hanya seluas 137.16 meter panjang dan 91.44 meter lebar.

Mengambil masa lima tahun untuk disiapkan dengan khabar angin mengatakan pembinaannya menelan kos £1 bilion (RM6.43 bilion) dan £2 juta (RM12.87 juta) setahun untuk penyelenggaraan.

Memenuhkan kolam itu mungkin suatu tugas yang boleh dianggap rumit.

Namun, ia tidak menjadi masalah besar kerana perancang kolam itu berfikiran ke depan apabila menggunakan air laut yang ditadah pada satu hujung dan dipam semula pada hujung lain menerusi proses kitaran kekal.

Menggelar kolam renang itu sebagai 'Projek hartanah percutian paling inovatif dan berjaya di Chile,' resort San Alfonso del Mar dengan bangganya menunjukkan pengiktirafan Buku Rekod Dunia Guinness dalam laman webnya.

"Kesimpulannya, saiz kolam ini adalah bersamaan dengan 6,000 saiz kolam renang biasa sepanjang lapan meter," kata resort berkenaan di laman webnya.

"Dengan saiznya yang amat mengagumkan, kolam itu menampilkan air berwarna biru tropika sejernih kristal yang diperoleh menerusi teknologi canggih.

"Sebagai tambahan, suhu air kolam pada musim panas ialah 26 darjah Celsius, sembilan darjah lebih panas berbanding suhu lautan dan sudah tentu tetamu kami amat menghargainya," tambahnya.

Tetamu dan pengunjung resort yang terletak 100 kilometer ke barat ibu negara, Santiago, juga boleh menggunakan bot kecil atau berkayak dalam kolam berkenaan. Malah, ada laporan mengatakan, feri juga boleh beroperasi dalam kolam itu.

Pakar biokimia Chile, Fernando Fischmann yang memimpin firma Crystal Lagoons Corporation dan bertanggungjawab mereka cipta kolam itu, berkata teknik kejuruteraan termoden membolehkan pihaknya membina 'sebuah kawasan umpama syurga dunia' meskipun di mana-mana saja. - Agensi

try , Rabu, Januari 30, 2008 | 0 komentar :: Best Blogger Tips
  • Share On Facebook
  • Digg This Post
  • Stumble This Post
  • Tweet This Post
  • Save Tis Post To Delicious
  • Float This Post
  • Share On Reddit
  • Bookmark On Technorati
Blog Gadgets

...lagi Artikel yang Berkaitan :

Terima kasih atas kunjungannya, Bila anda suka dengan artikel ini silakanlah JOIN TO MEMBER BLOG atau berlangganan geratis Artikel dari blog ini, daftarkan email anda pada form subscribe diatas . Pergunakan vasilitas diblog ini untuk mempermudah anda. Bila ada masalah dalam penulisan artikel ini silahkan kontak saya melalui kotak komentar yang ada dibawah atau gunakan fasilitas yang ada diblog ini untuk menghubingi saya.

Salam Blogger.... !!! .

0 komentar :: :

1. Komentar SPAM Akan secepatnya dihapus
2. Pastikan untuk " Berlangganan Lewat Email " untuk membangun kreatifitas blog ini
3. Cek komentar masuk sebelum bertanya.
4. Link aktiv tidak akan berpungsi.
5. Dilarang menyebarluaskan artikel tanpa persetujuan dari saya.
6. Untuk mengajukan pertanyaan diluar postingan diatas, silahkan klik " Forum Diskusi "
7. Bergabung dengan kami untuk menjadi member Klik " Join to Member "
8. Komentar yang mengandung code tag HTML, konversikan terlebih dulu silahkan klik " Konversi Kode "

Konversi Kode Forum Diskusi Join to Blog